Skip to main content

Posts

.::kasihnya baginda::.

..assalamualaikum.. ..tiada kata-kata dapat saya ucapkan saat melihat video ini.. kekasih Allah juga kekasih kita semua telah pergi meninggalkan kita tanpa langsung mahu memikirkan keadaan diri baginda yang sedang sakit menahan sakaratul maut ..MasyaAllah.. baginda masih mahu memikirkan keadaan umatnya..tetapi kita? apa yang selama ini saya fikirkan? adakah baginda selalu menjadi contoh dan idol saya? berapa keratkah sunnah nya saya ikuti? sekerap manakah saya berselawat ke atas Nabi s.a.w.?? pada sesiapa yang membuat video ini terima kasih atas pesanan anda tanpa suara itu hanya Allah berkuasa membalas segala-Nya

.::berkat::.

assalamualaikum buat semua sahabat alam maya hari ini.. bagaimana khabar diri dan iman hari ini??semoga kita sentiasa mempertingkatkan iman kita selaras dengan pertambahan usia kita pada 5 ramadhan ini.. sedar x sedar..telah 5 hari kita berpuasa..ramadhan yang dinanti..ramadhan yang penuh keberkatan.. bagaimana dengan pagi ini??adakah kita sempat bersahur??sahur membezakan puasa seorang Islam itu dengan puasa Ahli Kitab. Sabda Nabi yang bermaksud: Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim). “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-...

::life-long learning::

assalamualaikum.. semoga kalian sahabiah saya sihat semua hendaknya..bersyukur kerana masih dipanjangkan usia hinggakan kita berpeluang melalui nisfu syaaban pada malam ini.. pagi yang cukup tenang..dengan titisan-titisan hujan yang garang jatuh membasahi bumi Allah yang indah.. seusai berkumpul di suatu tempat kerana menunaikan satu tanggungjawab..sempat mata ini menatap ke arah sekumpulan manusia..pelbagai ragam jelas dilihat di mata.. kamera yang memfokuskan pada semua mula ditatap satu-persatu gambarnya..lelakinya segak berkot serta bersongkok lengkap lagak pegawai diraja..sedang wanita anggun berbusana kurung dengan hijab melilit kepala.. tidak asing bagi semua untuk acara-acara seperti itu..kesibukan menyambut seseorang yang penting mula terasa..masing-masing sibuk dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan.. kehadiran tetamu-tetamu mula memenuhi ruang dewan yang agak besar..dari berpangkat..hinggakan yang tiada pangkat seperti saya yang mana seawal matahari menjengah pagi telah pu...

..nada dari hati..

assalamualaikum w.b.r. buat semua teman..semoga sihat selalu hendaknya.. saya ingin berkongsi sebuah lagu yang mungkin juga maksud yang ingin saya sampaikan sama seperti apa yang didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid terkenal tanah air ini.. sejak kumpulan ini mula ditubuhkan lagi, saya amat tertarik dengan penyampaian mereka yang menusuk jiwa..nasyid yang disampaikan juga berjaya mentarbiah diri saya selaku hamba Allah yang hina yang gemar membuat onar dan dosa.. kemunculan mereka mula mendidik jiwa saya bahawa hidup ini penghujungnya di alam akhirat sana..nasyid yang didendangkan dari jiwa..berjaya mendidik jiwa manusia juga.. namun kehendak Allah..tiada siapa yang tahu..ketua kumpulan nasyid ini telah meninggal dunia dan meninggalkan kumpulannya dengan perjuangan yang tidak akan selesai untuk mendidik jiwa manusia seperti saya.. semoga Allah merahmatinya di sana..amin..dialah kejora sinar zaman yang masih belum lagi ada penggantinya bagi diri saya..semoga ahli kump...

menatap indahnya senyumanmu

assalamualaikum w.b.r. buat semua teman yang sudi singgah ke blog saya..terima kasih...=).. kali ini bicara saya berkisarkan ibu.. ibu..mama..umi..mak..macam-macam lagi panggilan buat seorang ibu.. menatap indahnya senyuman diwajahmu membuat ku terdiam dan terpaku mengerti akan hadirnya cinta terindah saat kau peluk mesra tubuhku terima kasih umi..saya dedikasikan post ini untuk umi saya yang telah bersusah payah membesarkan saya..sejak saya kecil..sehinggalah saya kini..tiada yang dapat membalas jasa-jasa umi pada anakmu ini..walau segunung emas sekalipun..umi..anakmu ini sangat menyayangimu..ku doakan dirimu dalam redha-Nya senantiasa..amin..tanpa umi..siapalah anakanda di muka bumi ini.. banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu senyuman umi..pengubat jiwa yang duka..ketawa umi..penyembuh nestapa..marahnya umi..tanda kasihnya..geramnya umi..tanda mendidik..menangisnya umi..hatiku pedih..sakitnya umi..jiwaku menderita..bebelan umi..ku rindu..sabarnya umi..penyayangnya...

dari dalam sangkar emas part 1

kelmarin hari tidak seperti semalam juga seperti hari ini guruh di langit tidak lagi senada bersama siraman hujan yang mencurah dari awan gelap pekat nun di atas sana kata pujangga jangan curah air di tempayan andai terdengar guruh di langit dari dalam sangkar emas ini akulah seorang pemerhati setia hujan tidak lagi menangis sendu bila dimarahi guruh nan keliru dahulu dunia tidak begitu putaran cuaca menentu selalu musim tengkujuh, kemarau tepat mengikut waktu dari dalam sangkar emas ini aku menjadi pemerhati setia menghitung detik yang berlalu kenangan manis dan pahit suatu anugerah buatku