Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hadis

~terima @ beri?~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. 262. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. 263. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. 264. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (...

~doa~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Dari Anas bin Malik r.a.,beliau berkata,"Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Fatimah r.a., 'Apa yang menghalangimu dari mendengarkan wasiatku padamu?agar kamu mengatakan saat pagi dan petang hari: ' Wahai Rabb Yang Maha Hidup,Wahai Rabb Yang Maha Berdiri Sendiri(tidak memerlukan segala sesuatu) dengan rahmatMu aku memohon pertolongan,perbaikilah segala urusanku dan selamanya jangan Engkau pasrahkan urusan diriku kepadaku meski hanya sekejap mata ' ''. Syeikh al-Albani ra menjelaskan hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu as-Sunni dalam kitab 'Amalul Yaumi wal Lailah',no 46 & al-Baihaqi dalam kitab al-Asma' wash Shifat,no 112 dengan sanad yang hasan.[Silsilah ahadith ash-Shahihah,1/397] Doa yang diajar Nabi saw untuk kita beramal di waktu pagi dan petang..selamat beramal.. sumber:majalah as-Sunnah

.:::doa selepas tashahhud akhir sebelum salam:::.

..assalamualaikum w.b.r. pembuka bicara.. ..tanda mendoakan kesejahteraan buat semua.. apa khabar sahabat alam maya saya?? saya harap semuanya sihat-sihat belaka..InsyaAllah.. jika kurang sihat..jangan lupa berjumpa doktor ya.. nikmat sakit juga boleh menjadikan kita yang sentiasa alpa dengan nikmat sihat supaya selalu mengingati Allah dalam setiap masa.. x kira masa senang@susah masa lapang@sempit masa kaya@miskin masa sihat@sakit masa muda@tua pendek kata.. masa hidup kita.. sakit itu kafarah dosa bersabarlah.. mohon disihatkan semua sahabat-sahabat alam maya saya..amin.. oh,ya!ini doanya yang boleh saya kongsikan: 1] " Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, daripada seksaan neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan kematian serta daripada fitnah al-Masih al-Dajjal " [Riwayat al-Bukhari. Fathul Bari 6:407; Muslim 1:306. Lafaz hadis ini daripada riwayatnya] atau boleh baca doa ini. 2] " Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu ...

.:::berdoa:::.

Assalamualaikum w.b.r. apa khabar teman2 blog saya sekalian?semoga semuanya sihat-sihat selalu..alhamdulillah.. kali ni saya nak berkongsi ilmu berkenaan doa..doa boleh dibaca selain dari Bahasa Arab sendiri ..tulisan ini saya petik dari page Ustaz Salman di Facebook tanpa diedit hatta sepatah ayat kerana saya khuatir akan ada makna yang tertinggal atau pun tersalah.. ..selamat membaca buat semua!!=D Soalan (Ibn Taimiyyah)Ditanya berkenaan seorang lelaki yang berdoa dengan (perkataan) yang tidak mengikut tatabahasa nahu Arab(bahasa baku) lalu seorang lelaki berkata kepadanya : Sesungguhnya Allah tidak menerima doa yang tidak mengikut bahasa baku Jawapan Sesiapa yang mengucapkan perkataan ini berdosa dan menyanggahi al-Qur’an , al-Sunnah dan petunjuk para salaf.Adapun sesiapa yang mengikhlaskan diri berdoa kepada Allah dengan doa yang harus(dibenarkan) akan didengar oleh Allah dan dimakbulkan samada dengan perkataan yang mengikut bahasa baku ataupun tidak.Adapun perkataan ini ...

IMAN

assalamualaikum.. saya bersyukur masih lagi diberi peluang mengecap nikmat yang Allah kurniakan buat semua hamba iaitu nikmat hidup dan masih boleh bernafas pada hari ini..itulah nikmat supaya kita berpeluang memperbaiki iman, ilmu dan amal kita.. sahabat-sahabat..ayuhlah..kita perbaiki diri..selagi matahari belum terbit di barat..nau'zubillah..ada sepotong hadis yang ingin saya kongsikan di sini..dari page seorang sahabat alam maya..di sini link nya..harap menjadi panduan buat semua yang mencintai sunnah Nabi Muhammad s.a.w. : http://mujahidfillah.blogspot.com/ HADIS :RIWAYAT MUSLIM KITAB : IMAN BAB : Iman Penyebab Utama Masuk Syurga Dan Orang Yang Mematuhi Apa Yang Diperintahkan Akan Memasuki Syurga Hadis Abu Hurairah r.a: Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyek...
Rasulullah saw bersabda, "Biarkanlah aku,apa-apa yang telah aku tinggalkan untukmu,sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan mereka dan sikap mereka yang selalui menyalahi nabi-nabi mereka.Apabila aku melarangmu dari sesuatu maka jauhilah dan apabila aku memerintahmu dengan sesuatu, maka lakukanlah sekuat tenagamu (semampumu)" (HR Bukhari dan Muslim) Antara salah satu cara menunjukkan kita menyayangi Nabi adalah dengan mengikuti sunnahnya..Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian bahawa kita telah banyak menjauhi sunnah Nabi..Tuntutlah ilmu kerana tanpa ilmu, hati kita akan menjadi buta..Hati yang buta sukar sekali untuk diperbaiki apabila telah wujud tompok-tompok hitam yang memenuhinya.. Sama-samalah kita berusaha mengenali dan mempelajari ilmu hadis kerana itulah tinggalan terakhir Nabi sebagai pemimpin umat kita..Semoga kita mendapat keberkatan dalam mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Akhir kalam dari saya..Selamat menyamb...

hari Asyura

Di sunnahkan berpuasa khususnya tanggal 9 dan 10 Muharam. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharam"~Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah~ Adapun puasa pada 9 Muharam disunnahkan. Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan:"Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan (para sahabat) supaya berpuasa. Para sahabat berkata:"Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani." Maka Rasulullah saw bersabda:"Pada tahun depan, Insya Allah kita puasa tanggal 9." Tetapi baginda wafat sebelum datangnya tahun berikutnya" ~Hadis Riwayat Muslim~ Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:"Sesungguhnya Asyura merupakan hari diantara hari-hari Allah" ~Hadis Riwayat Muslim~ Rasulullah saw telah berpuasa Asyura sebelum baginda datang ke Madinah lagi. Kemudian baginda mendapat khabar bahawa orang-orang Yahudi berpuasa juga pada ...