Skip to main content

hari Asyura

Di sunnahkan berpuasa khususnya tanggal 9 dan 10 Muharam.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharam"~Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah~

Adapun puasa pada 9 Muharam disunnahkan.

Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan:"Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan (para sahabat) supaya berpuasa. Para sahabat berkata:"Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani." Maka Rasulullah saw bersabda:"Pada tahun depan, Insya Allah kita puasa tanggal 9." Tetapi baginda wafat sebelum datangnya tahun berikutnya" ~Hadis Riwayat Muslim~

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:"Sesungguhnya Asyura merupakan hari diantara hari-hari Allah" ~Hadis Riwayat Muslim~

Rasulullah saw telah berpuasa Asyura sebelum baginda datang ke Madinah lagi. Kemudian baginda mendapat khabar bahawa orang-orang Yahudi berpuasa juga pada hari tersebut sebagai mengagungkan hari tersebut atas sebab Nabi Musa as dan kaumnya diselamatkan oleh Allah dari kejaran Fir'aun.

Maka Rasulullah saw bersabda:"Maka aku lebih berhak terhadap Musa daripada kamu".
Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan umatnya supaya berpuasa pada hari itu.~Hadis Riwayat Bukhari~

Rasulullah saw berpuasa pada hari Asyura bukanlah kerana mengikuti orangYahudi, kerana baginda telah berpuasa sebelum baginda pergi ke Madinah lagi.

Rasulullah saw juga tidaklah menyamai Yahudi dalam mengagungkan hari Asyura dengan cara mereka. Bahkan Rasulullah saw menyelisihi mereka, iaitu dengan (niat) melakukan puasa satu hari sebelum Asyura iaitu tanggal 9 Muharam.

Ath-Thahawi dan Baihaqi meriwayatkannya dari Ibnu Abbas ra secara mauquf (dari perkataan Ibnu Abbas ra) dan sanadnya sahih. Mengikut pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalamFatawanya Juz 25 hal 313 bahawa tinggallah perkataan Ibnu Abbas ra menjadi penguat puasa pada tanggal 9 Muharam juga 10 Muharam dalam upaya menyelisihi orang Yahudi.

~Wallahu A'lam~

Comments

Popular posts from this blog

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...

~ choice ~

بسم الله الرحمن الرحيم
BEDAK Asmak dari Tanah Liat Putih Assalamualaikum semua. buat apa tu?  nak update tentang contest blogger MHAM yang pertama. even tak menang, tapi saya dapat reward dari MHAMsb tentang contest blogger series 1. nak tengok saya dapat apa? best reward saya dapat. rasa dihargai. dapat buku, fail dan macam-macam lagi.☺ MHAM sdn. bhd. ada pelbagai produk yang berkualiti. minyak herba asmak adalah yang pertama, diikuti dengan bedak asmak.  bedak asmak ni diperbuat daripada tanah liat putih tau. tiada bahan kimia, semulajadi. harga pun mampu milik, setanding kualitinya. antara kegunaan bedak asmak, ianya mampu merawat jerawat dan ekzema.  boleh hubungi saya kalau nak tanya tentang bedak asmak ni.