Skip to main content

perjalanan


ku telusuri perjalanan panjang hidupku,
pelbagai perkara datang dan pergi,
semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit
yang pastiku simpan dalam kotak kenangan

lama sudah rasanya tak berkelana 
menjenguk bumi Tuhan
menjengah jejak-jejak pengajaran
yang mungkin wujud
pada satu-satu penciptaan Tuhan
memujuk diri dengan kelana yang panjang

sukar..
menjadi sabar dan redha
tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan 
untuk berbuat demikian

lantas aku sering berfikir
apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami
selalu buntu menemani diri
akankah berulang?
mungkinkah selamanya?
sampai bila semua ini perlu berlaku?
apa yang perlu aku lakukan?
redhakah aku?
sekuat mana aku boleh bersabar?
kotak fikirku jadi tepu
berlegar-legar mencari satu jawapan

mungkin..
x seberat pada pandangan mata insan
namun yang merasai
terasa berat bebanan yang ditanggung

namun
kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan
saat emosi x mampu lagi bertahan
gugur jua airmata yang aku simpan

tabah?
entahlah..
mungkin menjengah hikmah Tuhan di balik penciptaan 
atau 
mungkin
diri ini sedang dibayar
dengan dosa-dosa lampau

QS 13:28
pujuklah hati
wahai Pencipta Hati..
tiada daya dan upayaku
melainkan berserah sepenuhnya 
PadaMu







Comments

Popular posts from this blog

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

rindu menggunung: dia+ibu+ayah

RINDU.. pada segugus senyuman milik dia pengubat dan kekuatan yang Tuhan beri pada dia, dalam hidupku, Tuhan menciptakan dia,  dan memberi keizinan untuk dia berkongsi hidup denganku.. kadang-kadang,  ketidaksempurnaanku, dia lengkapkan, dan begitu juga aku harapkan sebaliknya, padanya.. bila rindu, selalu aku khabarkan pada ibu.. perihal dia, sambil ketawa, tersenyum, sering juga dengan airmata, mengenangkan perangai dan tingkahnya yang mencuit atau mengguris naluri kecilku, berkongsi, meminta nasihat, pandangan dari ibu yang sudah lama makan garam dari anaknya ini.. dan ibu pasti kata: 'anak ibu mesti rindu ni..dari tadi asyik bercerita perihal dia..' 'anak ibu ok?' ibu.. benarlah ibu itu lebih mengerti perasaan dan laku anak-anaknya, meski jauh terpisah beribu batu, namun gerak hati ibu seakan dapat membaca diari hidup anak-anaknya.. kuasa Tuhan yang satu.. 'anak ibu sihat?' 'kenapa diam, nak?' ...