Skip to main content

satu teguran

sesak nafasku
meremang bulu romaku
menggeletar jasadku
kecut hati dan jiwaku
bila mendengar
tazkirah seorang sahabat
usai zohor tadi

Dajjal,Ya'juj dan Ma'juj
bukan khayalan
apatah lagi fantasi
ianya realiti
harus kita tempuhi
kita??
siapa??
umat Nabi Muhammad s.a.w
umat akhir zaman

Bagaimana iman kita hari ini?
semalam yang berlalu??
adakah amal semalam,
berharga bagiku??
jika ya??
alhamdulillah..
ada amalmu untuk bekal ke sana!!
jika tidak??
adakah masa dapat ku undur kembali?
Nah!!
terimalah natijah
buat kamu yang gembira
menatap dunia sementara
buat mereka yang tak pernah terleka
alangkah girangnya
Dibimbingi Allah tiap masa

Cinta Allah tidak pernah berdusta!
kuatkah iman kita,
mencintaiNya?
atau sekali dijentik
terus kita menyerah kaku?
jadi robot pada nafsu??
atau sekali disergah
terus kita gagap
menyembah selain-Nya??

Saat itu pasti tiba..
ibu lari tinggalkan kandungannya
langit jatuh tersungkur
bersama bumi yang setia
tiada lagi teman untuk muhasabah bersama
hilang sudah keluarga tercinta
semuanya lari lintang pukang
untuk selamatkan diri sendiri
mana pahala?
mana dosa?
amalan kita?
buat bekal ke sana?

Ya Allah
munajatku kepadaMu
ampunkan ketelanjuranku
ampunkanlah kekhilafanku
mengenali dunia penuh nafsu

Ya Allah
sungguh aku gerun!
aku takut!
untuk hadapi saat itu..

Wallahua'lam..semoga sahabatku yang sudi berkongsi ilmu ini dirahmati Allah sentiasa..amin...

Comments

Popular posts from this blog

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...

~ choice ~

بسم الله الرحمن الرحيم
BEDAK Asmak dari Tanah Liat Putih Assalamualaikum semua. buat apa tu?  nak update tentang contest blogger MHAM yang pertama. even tak menang, tapi saya dapat reward dari MHAMsb tentang contest blogger series 1. nak tengok saya dapat apa? best reward saya dapat. rasa dihargai. dapat buku, fail dan macam-macam lagi.☺ MHAM sdn. bhd. ada pelbagai produk yang berkualiti. minyak herba asmak adalah yang pertama, diikuti dengan bedak asmak.  bedak asmak ni diperbuat daripada tanah liat putih tau. tiada bahan kimia, semulajadi. harga pun mampu milik, setanding kualitinya. antara kegunaan bedak asmak, ianya mampu merawat jerawat dan ekzema.  boleh hubungi saya kalau nak tanya tentang bedak asmak ni.