Skip to main content

~barakallah~

assalamualaikum w.b.r. buat semua sahabat..

bagaimana khabar iman hari ini?tika dan saat ini?

semoga sentiasa bertambah..insyaAllah..

kali ini bicara saya utarakan berkisarkan tips-tips cinta yang saya peroleh dari buku "HALUAN"..

Lewat ini, ramai sahabat membicarakan soal cinta. Justeru ingin saya berkongsi di sini apa yang saya baca berkenaan cinta. Dalam cinta-mencintai, perlu ada batas-batas yang perlu difahami oleh seorang Muslim dalam mengurus dan mendidik cinta.

kata-kata ini juga saya ambil dan edit dari bicara seorang Ahli Majlis Tertinggi Haluansiswa Nasional yang juga pelajar KTD, saudara 'Ali 'Irfan bin Jamalludin..

Antara tips-tips tersebut:

1. membina dan membentuk keimanan yang benar kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan.

Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT menjadi tunggak terbinanya rasa untuk kita membentuk perasaan cinta dan agung, tulen dan benar kepada Allah.

Ibnu Qayyim ada menyebut : "Sekiranya kita memilih jalan keimanan dan ketaqwaan, ini bermakna kita memilih jalan kesukaran dan kepayahan."

2. mengurus perasaan cinta berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Perasaan ingin cinta dan mencintai adalah lumrah bagi seorang manusia yang normal. Namun begitu, janganlah kerana perasaan cinta kita itu sehingga melanggar batas-batas dan garis panduan yang ditetapkan syara'. Urus perasaan cinta dengan meletakkan iman sebagai prioriti kita sebagai seorang Islam..Iman ini sebagai faktor utama dalam mengawal tindak tanduk kita..insyaAllah..

3. sentiasa menjaga pandangan dan menjauhi maksiat serta dosa.

Secara umumnya, perasaan cinta akan disalurkan ke jalan yang salah jika soal maksiat dan dosa menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita. Justeru, konsep dosa dan pahala yang digariskan dalam Islam adalah satu mekanisme dalam manusia menjaga hati dan diri dari terjebak daripada perkara-perkara yang boleh memutuskan hubungan hati dengan Allah SWT.

4. banyakkan berdoa, bermunajat dan memohon kekuatan dari Allah.

Doa adalah otak dan jantung untuk ibadah. Malah doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.

Antara doa yang boleh dibaca jika ada orang yang meluahkan cintanya kepadamu kerana Allah SWT adalah:

"Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya"

[Doa ini riwayat Abu Daud 4:333..Menurut Albaniy, hadis ini hasan. Lihat Sahih Sunan Abu Daud 3:965]

Doa ini saya petik dari Buku Himpunan Zikir al-Kitab dan al-Sunnah oleh Sa'id bin 'Aliy bin Wahf al-Qahtaniy.

Islam tidak menghalang menzahirkan cinta kepada sesama manusia namun perlu diingat bahawa hakikat cinta yang sebenar adalah bila seorang hamba itu mencintai Allah dan Rasulnya terlebih dahulu sebelum dia mencintai seorang manusia. Semoga cintanya mendapat keredhaan dari Allah SWT.amin..

Cinta yang unggul adalah cinta berlandaskan cinta yang agung yang akan membawa kita kepada Allah SWT.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah" [Surah Adz-Dzaariyaat 51:49]

Akhir kalam dari saya, bercintalah kerana Allah. bukan kerana indah paras rupanya mahupun kerana kekayaannya atau juga kerana ketinggian budi pekertinya. tetapi kerana patuhnya dia pada ajaran agama Allah. semoga sahabat sekalian bertemu jodoh yang terbaik dari Allah. insyaAllah..amin ya rabbal 'alamin..

~never forget to pray!~

..Barakallahu lakuma..



Comments

  1. Huraian yg ringkas...tp menarik..=)

    ReplyDelete
  2. segala puji hanya milik Allah jua..=]..terima kasih sudi menjenguk mata-mata pena di blog ini..=]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...

~ choice ~

بسم الله الرحمن الرحيم

~Matahari-Palestina~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ assalamualaikum w.b.r. senyap sunyi saya di sini..lama rasanya x menulis..rindu..saya juga sedang rindu pada kenangan dengan sahabat2 saya di UTM..ada yang bercadang mahu menyambung pelajaran, ada juga telah mendapat tawaran kerja..itulah serba sedikit hidup yang patut dilalui semua orang setelah tamat pengajian..benar,kan?namun, kita di sini sangat damai dan tenang dalam melalui kehidupan, tidak seperti saudara-saudara seIslam kita di luar sana yang senantiasa berperang untuk menegakkan Islam.. ku telusuri kehidupan mereka di kaca-kaca tv hatiku terusik melihat penderitaan mereka tapi aku kagum semangat mereka mempertahankan agama suci ini walau dengan batu-batu kecil di tangan maluku dengan diriku pengecut ini tiap hari mereka bermandikan darah aku selesa menuntut ilmu di sini mereka siapa? aku siapa? mereka seaqidahku mereka saudara-saudaraku kenapa sikit sekali aku peduli? mereka sakit aku cuma mampu melihat mereka derita namun sikit sekali hulura...