Skip to main content

~preparation~


بسم الله الرحمن الرحيم

berbicara mengenai persiapan..ramai rakan-rakan serta sanak saudara yang sibuk membuat persiapan menyambut orang baru dalam keluarga masing-masing. jodoh pertemuan ajal maut di luar bidang kuasa kita. hakikatnya, umur semakin bertambah. pelbagai perkara akan berlaku seiring umur kita. celik mata selepas rehat yang panjang iaitu tidur, jangan kita lupa ucapkan alhamdulillah kerana masih berpeluang merasai kenikmatan untuk bertaubat padaNya. nyata, persiapan fizikal dan spiritual itu harus sesiri dan bukan dipisahkan.

persiapan. sejauh mana persiapan kita menuju akhirat sana. kadang-kadang, diri terlalu leka dengan nikmat dunia hingga x sedar kita semakin jauh dariNya. jiwa-jiwa terasa kosong meski dikelilingi ramai orang. hati menjadi galau, resah x menentu. hiburan yang ditatap cuma mampu memberi ketenangan untuk sebentar cuma. fitrah manusia yang memerlukan Tuhan. dia akan berusaha mencari sesuatu untuk dia bertaut sejauh manapun dia melangkah.

~sedarkah kita bila waktunya akan berakhir untuk kita?~

tahukah kita saatnya? dalam keadaan apakah kita akan menemui Pencipta kita? bagaimana iman dan amal kita tika itu? Wallahu a'lam.

persiapan bagaimanakah kita akan hulurkan padaNya? tidakkah kita merasa gerun dan takut? sediakah kita?

segalanya akan diperlihatkan pada kita di akhirat kelak. tiada dusta. tiada sorok menyorok. tiada lagi salah mempersalahkan.

alangkah beruntungnya mereka yang tawadhuk kepada Allah dan sentiasa tidak goyah dalam meniti perjalanan duniawi ini meski berjuta halangan menimpa. mereka yang berbuat amal maa'ruf nahi mungkar dijanjikan syurga dengan sungai-sungai mengalir didalamnya dan mereka kekal di dalamnya. MasyaAllah! Allah Maha Besar! Dunia cuma pinjaman untuk kita dan ujian untuk kita,siapa yang baik amalannya. Ia takkan kekal, sampai bila-bila! NEVER and EVER!

mari sahabat! kita menambah amalan kita sebelum terlambat. mari persiapkan diri kita. bukan persiapan duniawi sahaja, persiapan ukhrawi itu lebih utama lagi. ayuh teman!

Allah Maha Pengampun. Allah Maha Penyayang.

bilakah waktunya? bersediakah kita?

Comments

Popular posts from this blog

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...

~ choice ~

بسم الله الرحمن الرحيم
BEDAK Asmak dari Tanah Liat Putih Assalamualaikum semua. buat apa tu?  nak update tentang contest blogger MHAM yang pertama. even tak menang, tapi saya dapat reward dari MHAMsb tentang contest blogger series 1. nak tengok saya dapat apa? best reward saya dapat. rasa dihargai. dapat buku, fail dan macam-macam lagi.☺ MHAM sdn. bhd. ada pelbagai produk yang berkualiti. minyak herba asmak adalah yang pertama, diikuti dengan bedak asmak.  bedak asmak ni diperbuat daripada tanah liat putih tau. tiada bahan kimia, semulajadi. harga pun mampu milik, setanding kualitinya. antara kegunaan bedak asmak, ianya mampu merawat jerawat dan ekzema.  boleh hubungi saya kalau nak tanya tentang bedak asmak ni.