Skip to main content

CORETAN: SEBULAN

dengan nama Allah, coretan ini aku ukirkan..

alhamdulillah!
tiada kata secantik bahasa untuk didefinisikan perasaanku tika ini..
syukur aku panjatkan,
untuk pengalaman dalam rumahtangga genap usia sebulan ini..

adakalanya,
pasang surut kehidupan kami membuatkan aku lebih mengenali pasanganku,
lebih mencambahkan perasaan mengerti dan memahami kami,
justeru mencorakkan lagi kasih sayang dan cinta yang bertapak kukuh dalam jiwa kami

kata pepatah
tak kenal maka tak cinta
begitu juga apa yang sedang aku pelajari dalam kehidupan berumahtangga ini
setiap hari, ada saja perkara baru yang akan dipelajari, diproses, dan juga untuk dihadamkan
biar sesukar mana, dengan tujuan yang satu
inshaaAllah,
pasti ada jalannya

S.A.Y.A.C.I.N.T.A.D.I.R.I.N.Y.A.K.E.R.A.N.A.
~ALLAH~

..lafaz ijab dan qabul itu akan selalu bermain di mindaku, terbayang di mataku, inshaaAllah..

.::::cinta terpaut, sejurus dinikahkan, itulah kuasa pernikahan::::.

Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

TERPIKAT lantas MELEKAT

TERPIKAT MHAM Bersawangnya la hai blog an-nafs ni sejak aku dah kahwin ni. sekarang anak pun dah 2 orang. Alhamdulillah untuk setiap yang berlaku dalam kehidupan rumahtanggaku. Belajar menjadi menantu, isteri, dan sekaligus ibu untuk 2 orang hero sangat mencabar. Fizikal dan mental mesti bersiap sedia seiringan. Zaman anak-anak kita bukan zaman kita dahulu. Zaman milenia ini serba mencabar, lihat saja sekeliling kita, gadget menjadi teman setia, segalanya di hujung jari sahaja. Aku pun tak terkecuali. Zaman yang ekonominya sangat perlu dijaga bagi kelangsungan hidup. sejak bergelar isteri, dan pada waktu yang sama, masih lagi seorang pelajar, aku telah berkira-kira ingin menjadi seorang ibu yang boleh melihat segala tumbesaran anak-anaknya. Alhamdulillah, Allah izinkan bersama masa-masa manis ini. 4 tahun bergelar surirumah dan surihati seorang guru yang penyayang tapi tegas ni. Anak-anak dan suami teman setiaku.  surirumah ni kerjanya mulia, masyaAllah. Yakin rezeki A...