Skip to main content

Posts

BEDAK Asmak dari Tanah Liat Putih Assalamualaikum semua. buat apa tu?  nak update tentang contest blogger MHAM yang pertama. even tak menang, tapi saya dapat reward dari MHAMsb tentang contest blogger series 1. nak tengok saya dapat apa? best reward saya dapat. rasa dihargai. dapat buku, fail dan macam-macam lagi.☺ MHAM sdn. bhd. ada pelbagai produk yang berkualiti. minyak herba asmak adalah yang pertama, diikuti dengan bedak asmak.  bedak asmak ni diperbuat daripada tanah liat putih tau. tiada bahan kimia, semulajadi. harga pun mampu milik, setanding kualitinya. antara kegunaan bedak asmak, ianya mampu merawat jerawat dan ekzema.  boleh hubungi saya kalau nak tanya tentang bedak asmak ni. 

TERPIKAT lantas MELEKAT

TERPIKAT MHAM Bersawangnya la hai blog an-nafs ni sejak aku dah kahwin ni. sekarang anak pun dah 2 orang. Alhamdulillah untuk setiap yang berlaku dalam kehidupan rumahtanggaku. Belajar menjadi menantu, isteri, dan sekaligus ibu untuk 2 orang hero sangat mencabar. Fizikal dan mental mesti bersiap sedia seiringan. Zaman anak-anak kita bukan zaman kita dahulu. Zaman milenia ini serba mencabar, lihat saja sekeliling kita, gadget menjadi teman setia, segalanya di hujung jari sahaja. Aku pun tak terkecuali. Zaman yang ekonominya sangat perlu dijaga bagi kelangsungan hidup. sejak bergelar isteri, dan pada waktu yang sama, masih lagi seorang pelajar, aku telah berkira-kira ingin menjadi seorang ibu yang boleh melihat segala tumbesaran anak-anaknya. Alhamdulillah, Allah izinkan bersama masa-masa manis ini. 4 tahun bergelar surirumah dan surihati seorang guru yang penyayang tapi tegas ni. Anak-anak dan suami teman setiaku.  surirumah ni kerjanya mulia, masyaAllah. Yakin rezeki A...

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

senyumlah

senyumlah wahai diri, senyum lah.. sembunyikan lah apa yang terbuku di hati.. pengorbanan itu kan pasti bawa erti.. dugaan itu mengajar sabar dan redha.. benar,bukan? senyumlah.. kerana disebalik senyuman itu, kan pasti ada hati-hati yang tersentuh.. dengan tulusnya senyummu, walau hatimu bukan seceria senyumanmu.. senyumlah wahai diri.. senyumlah wahai hati.. biar tangismu tak didengari.. tapi, Tuhan Maha Mengerti.. ~senyumlah~

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~terindah~

hadirnya tanpa ku sedari, menggamit kasih cinta bersemi.. anugerah kurniaan Ilahi... semua itu pengalaman yang tak terhingga untuk sebuah kenangan yang pasti akan disimpan dalam ingatanku ~alhamdulillah~ menatap kehadirannya dalam rahimku, bertuahnya aku.. sayang, membesar dengan baik, sihat dan semoga dirimu dilindungi dari syaitan yang direjam.. sayang, ummi dan abah menunggu kelahiranmu.. rasa yang pelbagai, emosi yang tak tentu hala, mengidam makanan yang bermacam-macam, kelesuan..segalanya.. semuanya pengalaman terindah untuk ummi dalam mengandungkanmu.. (^_^) tiada kata yang terindah untuk menggambarkan perasaan ummi tika ini.. alhamdulillah!

CORETAN: BULAN KE-2

Bismillah di awal pertemuan, tiada siapa tahu jodoh itu bila dan di mana,juga siapa semua percaturan hak milik Tuhan yang menciptakan manusia itu berpasang-pasangan,supaya merasa tenteram kepadanya.. Alhamdulillah, genap usia 2 bulan perkahwinanku.. ruang dan masa yang telah berlalu, perlu dijadikan titik tolak sempadan dan pengajaran pada kami berdua.. biarlah masa yang bakal berlaku dipenuhi dengan mawaddah, rahmah dan sakinah hendaknya, insyaAllah.. abang,  isterimu ini sedang dan masih cuba belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untukmu, biar saat dirimu memandangku, terasa ketenangan di sanubarimu, saat kita berjauhan terpisah, diriku sentiasa ada dalam ingatanmu, dan andai badai bergelora cuba menghentak bahtera rumahtangga kita, diriku dan dirimu akan cuba sebaiknya mempertahankannya.. abang, dirimu antara insan istimewa yang Tuhan anugerahkan dalam mewarnai perjalanan hidupku.. terima kasih untuk segala cinta, kasih juga pengorban...

rindu menggunung: dia+ibu+ayah

RINDU.. pada segugus senyuman milik dia pengubat dan kekuatan yang Tuhan beri pada dia, dalam hidupku, Tuhan menciptakan dia,  dan memberi keizinan untuk dia berkongsi hidup denganku.. kadang-kadang,  ketidaksempurnaanku, dia lengkapkan, dan begitu juga aku harapkan sebaliknya, padanya.. bila rindu, selalu aku khabarkan pada ibu.. perihal dia, sambil ketawa, tersenyum, sering juga dengan airmata, mengenangkan perangai dan tingkahnya yang mencuit atau mengguris naluri kecilku, berkongsi, meminta nasihat, pandangan dari ibu yang sudah lama makan garam dari anaknya ini.. dan ibu pasti kata: 'anak ibu mesti rindu ni..dari tadi asyik bercerita perihal dia..' 'anak ibu ok?' ibu.. benarlah ibu itu lebih mengerti perasaan dan laku anak-anaknya, meski jauh terpisah beribu batu, namun gerak hati ibu seakan dapat membaca diari hidup anak-anaknya.. kuasa Tuhan yang satu.. 'anak ibu sihat?' 'kenapa diam, nak?' ...

pengalaman PJJ

~bismillah~ lazimnya, PJJ didefinisi sebagai pembelajaran jarak jauh, tapi tidak pada saya juga suami..berjauhan..kami juga sedang melalui perkahwinan jarak jauh, kerana komitmen masing-masing.. jujur, perkahwinan ini mengajar kami bersabar, saling bertolak ansur, saling percaya mempercayai, sokong menyokong antara satu sama lain.. PJJ- seeloknya, sebelum berkahwin lagi sudah ada perbincangan berkenaan PJJ ini dengan bakal suami masing-masing..redha suami itu perlu saat termeterai saja akad antara wali dan suami..ianya mungkin kelihatan mudah di pandangan mata kasar, namun ketahuilah, dengan izin Allah, kami melalui semua ini.. dan yang paling membahagiakan, saat berjumpa semula, terasa seakan pengantin baru kembali..saling cuba kenal-mengenali di antara satu sama lain,kembali.. berjauhan tak bermakna kasih sayang sesama suami isteri boleh pudar..siramilah bunga-bunga cinta yang memekar dalam hati kalian dengan kasih sayang dan cinta untuk pasangan masing-masing..i...

CORETAN: SEBULAN

dengan nama Allah, coretan ini aku ukirkan.. alhamdulillah! tiada kata secantik bahasa untuk didefinisikan perasaanku tika ini.. syukur aku panjatkan, untuk pengalaman dalam rumahtangga genap usia sebulan ini.. adakalanya, pasang surut kehidupan kami membuatkan aku lebih mengenali pasanganku, lebih mencambahkan perasaan mengerti dan memahami kami, justeru mencorakkan lagi kasih sayang dan cinta yang bertapak kukuh dalam jiwa kami kata pepatah tak kenal maka tak cinta begitu juga apa yang sedang aku pelajari dalam kehidupan berumahtangga ini setiap hari, ada saja perkara baru yang akan dipelajari, diproses, dan juga untuk dihadamkan biar sesukar mana, dengan tujuan yang satu inshaaAllah, pasti ada jalannya S.A.Y.A.C.I.N.T.A.D.I.R.I.N.Y.A.K.E.R.A.N.A. ~ALLAH~ ..lafaz ijab dan qabul itu akan selalu bermain di mindaku, terbayang di mataku, inshaaAllah.. .::::cinta terpaut, sejurus dinikahkan, itulah kuasa pernikahan::::.

nikmat pernikahan

~bismillah~ nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? alhamdulillah..selamat segala urusan.. nyata pernikahan itu juga satu nikmat untuk hamba-hambaNya.. alhamdulillah.. untuk bakal-bakal pengantin di luar sana, menikahlah, kerana ianya juga satu kedamaian.. banyak perkara baru dan pelajaran baru yang akan kita belajar.. semuanya pengalaman yang tak ternilai.. perjalanan yang bakal ditempuh pasti punya duri ranjau yang tak akan pernah hilang.. inshaaAllah, tetapkan matlamat berkahwin kerana Allah, pasti punya jalan penyelasaian.. mudah-mudahan, urusan kalian dipermudahkan.. yakin pada Allah.. ~adanya aku, wali puteriku, ku serah kini..amanahku ini padamu~

amin

~Dengan nama Allah~ Pesan mama: Sentiasa basahkan lidahmu dengan  'La Haula wa La Quwwata Illa Billah' setiap kali selepas solat untuk setiap perjalanan hidup yang akan berlaku.. untuk semua doa-doa yang ditembakkan, terima kasih atas doa-doa kalian.. semoga kalian senantiasa dirahmati juga dipermudahkan segala urusan, insyaAllah.. Semoga semuanya dalam redha Ilahi hendaknya.. InsyaAllah.. Allahumma amin..

kerana mati itu pasti

Allah! Allah! mendapat perkhabaran seorang sahabat dijemput Ilahi.. innalillahi wa inna ilaihi raji'un Allah menghantarkan pesananNya melalui perkara yang tak diduga biar seselamat mana kita menjaga diri meskipun sebaik mana kita berusaha mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini kuasa Ilahi, tiada siapa tahu akan menjemput kita pergi menghadapNya Allah! Allah! serasa diri ini semakin lalai dengan nikmat menggunung membaca entri-entri manusia-manusia yang tahu bersyukur dan menghargai kehidupan, aku bertuah masih dalam tautan ukhuwah yang sentiasa mengingatkan aku pada Rabbi siapa aku tanpa diriMu, Ya Rabb Allah! Allah! mati itu pasti ayuh serah diri pada Ilahi sebelum segalanya terlambat tak mengenal erti Ya Allah, semoga roh sahabat yang tak aku kenali tersebut ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman..mungkin kami pernah bersua muka..Wallahu 'alam.. ..Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa' fu 'anhu...

~musafirlah~

picture by: RAZ memandang alam yang terbentang luas, dirimu akan temui 1001 kisah kehidupan marilah bermusafir kerana ianya akan mengajarkan dirimu erti kesyukuran belajar dari alam, dirimu akan temui kebesaran Tuhan

baru dan lama

assalamualaikum semoga sahabat-sahabat alam maya saya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi.  setiap yang baru tu tak semestinya x baik, dan setiap yang lama tu x semestinya ditinggalkan sepenuhnya. begitula apa yang tejadi dalam blogspot saya ini. saya telah beralih ke tumblr. kerana dari sini saya bermula, dan saya akan terus bercerita dengan cara saya, melalui medium yang berbeza. ~semoga Allah redha, (HA, pinjam tagline ye..)~

tersentak?

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Lailaha illallah Muhammad Rasulullah ~Astaghfirullah~ bila hati menghadap Tuhan baru tersedar kelemahan  tidak lihatkah alam yang sentiasa berzikir memuji TuhanNya? bukankah Allah ciptakan ujian itu sesuai dengan kesanggupan diri hambaNya (Surah al-Baqarah) Maha Suci Allah lupa dengan hikmah tersirat lantaran alpa dengan kebenaran yang sudah tersurat Tersentakkah sebentar? * tidak pernah dia merungut walau dirinya kecil di tengah-tengah alam * bila hakikat kadang-kadang tidak menyebelahi impian punahkah harapan bila yang diimpi tidak kesampaian? Bukankah Allah tahu apa yang hambaNya tak mengerti? tersentak buat kali kedua! *..mengucap panjang di dalam hati..*

U.K.H.U.W.A.H

bismillah bicara ini ku mulakan dengan kalimah Allah indahnya persahabatan jika bersulam kasih dan sayang kerana Allah kemudian kasih itu disemikan lagi dengan masakan-masakan yang membuka selera apabila bertemu kerana saat memasak itu disimbahi kasih dan sayang untuk seorang sahabat yang sedang menanti dengan penuh kelaparan sambil bertasbih memuji yang Esa kerana mempertemukanku dengan seorang sahabat ~kala memandangnya, ku rasakan tenang, melihat tingkahnya, membuatkanku sentiasa mengingati Penciptaku Yang Satu~ ..Ya Rabbi, terima kasih memberiku sahabat sepertinya.. Buat sahabatku, terima kasih yang tak terhingga..Hanya Allah mampu membalas segala kebaikanmu..

~27th~

..bismillah.. In the name of Allah, alhamdulillah He makes them an 'easy' and longer journey in their relationship this date, after Zohor, they have been married for 27 years.. MasyaAllah such a long journey for them full of laughter full of pain and maybe a bit of sorrow but they overcome it with sabar and redha it's the keyword for love and to being loved dear mom and dad thanks for being such a good parents to us mom, dad I love you We love you from the bottom of our heart yesterday,today,tomorrow and forever insyaAllah ~happy anniversary mom and dad~ ^_^