Skip to main content

~bahagia itu ada di sana+bahumu kurindu~

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

lama rasanya x menjenguk blog saya..apa khabar sahabat2 sekalian?diharapkan pertambahan umur selari dengan pertambahan amalan juga iman..amin..untuk diri saya juga..kali ni saya cuma mahu berkongsi puisi hilal asyraf..

Bahagia Yang Selama-lama

Aku impikan gembira,

Yang tiada akhirnya

Dan aku tahu,

Itu hanyalah di syurga.

Aku mula memandang dunia,

Dengan pandangan yang berlainan,

Ibarat formula-formula yang terapung,

Menanti untuk diselesaikan

Hari ini ujian ini,

Dan esok ujian itu,

Hingga aku sendiri menjadi mangli

Dan air mataku telah kering berhenti

Gembira, sedih

Suka, duka

Putaran ini wujud di dunia,

Kesedaran hidup di alam fana

Aku patut berhenti berfantasi

Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini

Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya

Hanya wujud di syurga sana

Sama ada aku memilih untuk berdiri

Atau aku tidak akan mendapatkannya nanti

~Hilal Asyraf~

1235AM

040311

Irbid, Jordan

dan kerana saya merindui sahabat saya..puisi ini untuknya..yang senantiasa ada menemani saya waktu susah mahupun senang..gembira mahupun berduka..juga saya petik dari puisi hilal asyraf..kerana saya suka makna dan penyampaiannya..

Bahumu yang kurindu

Kala aku sukar,

Kau sentiasa menyuakan bahumu,

Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,

Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,

Sukar mencari sepertimu,

Kerna setakat ini kau seorang sahaja,

Berjauhan kita takdir Tuhan,

Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,

Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,

Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,

Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,

Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.

Bila bersendiri,

Aku rindu saat kita bersua,

Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,

Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,

Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,

Bila kau berkata “Enta nak ana bantu apa? Ana usahakan.”

Kadangkala hingga tertitis air mata ini,

Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi

Hatta berjauhan,

Kau masih memberikan bahumu,

Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,

Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,

Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,

Nyata bahumu kurindu,

Untuk kuluah segala-gala,

Kerna kau sahaja,

Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.

~Hilal Asyraf

1100PM

010311

Irbid, Jordan.

unik kejadian Allah..rindu pada seseorang itu kerana-Nya..

~kerinduan saat berjauhan~

Comments

Popular posts from this blog

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...

~ choice ~

بسم الله الرحمن الرحيم

~Matahari-Palestina~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ assalamualaikum w.b.r. senyap sunyi saya di sini..lama rasanya x menulis..rindu..saya juga sedang rindu pada kenangan dengan sahabat2 saya di UTM..ada yang bercadang mahu menyambung pelajaran, ada juga telah mendapat tawaran kerja..itulah serba sedikit hidup yang patut dilalui semua orang setelah tamat pengajian..benar,kan?namun, kita di sini sangat damai dan tenang dalam melalui kehidupan, tidak seperti saudara-saudara seIslam kita di luar sana yang senantiasa berperang untuk menegakkan Islam.. ku telusuri kehidupan mereka di kaca-kaca tv hatiku terusik melihat penderitaan mereka tapi aku kagum semangat mereka mempertahankan agama suci ini walau dengan batu-batu kecil di tangan maluku dengan diriku pengecut ini tiap hari mereka bermandikan darah aku selesa menuntut ilmu di sini mereka siapa? aku siapa? mereka seaqidahku mereka saudara-saudaraku kenapa sikit sekali aku peduli? mereka sakit aku cuma mampu melihat mereka derita namun sikit sekali hulura...