Skip to main content

~matahari kembali~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


assalamualaikum..

saya nak sambung berkenaan Matahari, walaupun esok pagi saya ada last paper..doakan saya ye sahabat, agar dipermudahkan segala urusan untuk paper last esok..syukran..

membaca Matahari, membuat saya selalu tertanya-tanya pada diri..kali ini salah satu pertanyaan saya terjawab bila saya membaca 'Ikhlas'..

mungkin setiap orang berbeza pandangan dan persepsinya tentang ikhlas..jom kita terjah "IKHLAS" ini!

cerpen yang dimulai dengan madah ini..

"Pernahkah kau bertanya kepada matahari,
tidakkah dia bosan akan tugasnya?
seharian memberi cahaya.
Siapakah pernah terfikir,
apakah matahari itu ikhlas pada Penciptanya?"

kalimah terbaik pada perspektif saya..

saya tidak akan berleter panjang di sini, saya mahu sahabat2 merasai apa yang saya rasa daripada pembacaan saya, kerana saya membaca dengan jiwa dan mata hati saya..

cerpen IKHLAS yang memancarkan ikhlas dari segi perbuatan oleh seorang anak dalam membantu ibunya..pernah anda tidak ikhlas dalam membantu ibu ayah? saya biarkan soalan ini tanpa jawapan..biar diri anda sendiri yang menjawab persoalan ini..sejauh mana ikhlas itu diterapkan dalam diri bila membantu ibu dan ayah?

begitulah garapan yang ada dalam cerpen ini..saya amat suka pada part ini.

"Tak mengapa, akak. Mungkin Allah hendak bagi pengajaran pada kita"

"Allah nak ajar akak ikhlas"

Sakitnya menusuk terus ke pangkal hati.Ikhlas?

saat tiba pada part ini, saya hampir menitiskan air mata bila mengenangkan pengorbanan ayahanda dan bonda saya..

"Maisarah sayang, sebenarnya semua kawan ummi macam ummi. Banyak kerja. Cuma ummi saja yang tak cekap guna komputer"

saya pernah ke pejabat ayahanda saya, menunggu ayahanda saya untuk menghantar saya ke stesen bas setelah cuti semester berlalu..masa beliau banyak dihabiskan di pejabat, salah satunya kerana sebab ini. ianya seperti gambaran pada waktu itu.

saya berusaha menyembunyikan perasaan sayu saya melihat ayahanda berusaha keras demi amanahnya pada agama dan negara..saya sayang ayahanda dan bonda saya..kerana usaha keras dan doa dari merekalah, saya menjadi orang berguna sekarang..namun air mata saya luruh juga saat bas ekspres mula meninggalkan kampung halaman..

Allah benar-benar telah memberikan pengajaran kepadaku. Keikhlasan itu hanya lahir dari hati yang merasa. Tanpa ikhlas maka amal tidak diterima. Ya Allah, pengajaran ini menusuk kalbu. Kau menguji dan mengajarku. Ya Allah, aku telah menyusahkan ummi dengan kegopohan dan ketidakikhlasanku. Ampunkan aku. Jadikanlah aku hamba-Mu yang ikhlas dan kuat.

sekian untuk kali ini..bedah buku dari perspektif saya sendiri..


Comments

Popular posts from this blog

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...

~ choice ~

بسم الله الرحمن الرحيم
BEDAK Asmak dari Tanah Liat Putih Assalamualaikum semua. buat apa tu?  nak update tentang contest blogger MHAM yang pertama. even tak menang, tapi saya dapat reward dari MHAMsb tentang contest blogger series 1. nak tengok saya dapat apa? best reward saya dapat. rasa dihargai. dapat buku, fail dan macam-macam lagi.☺ MHAM sdn. bhd. ada pelbagai produk yang berkualiti. minyak herba asmak adalah yang pertama, diikuti dengan bedak asmak.  bedak asmak ni diperbuat daripada tanah liat putih tau. tiada bahan kimia, semulajadi. harga pun mampu milik, setanding kualitinya. antara kegunaan bedak asmak, ianya mampu merawat jerawat dan ekzema.  boleh hubungi saya kalau nak tanya tentang bedak asmak ni.