Skip to main content

Posts

BEDAK Asmak dari Tanah Liat Putih Assalamualaikum semua. buat apa tu?  nak update tentang contest blogger MHAM yang pertama. even tak menang, tapi saya dapat reward dari MHAMsb tentang contest blogger series 1. nak tengok saya dapat apa? best reward saya dapat. rasa dihargai. dapat buku, fail dan macam-macam lagi.☺ MHAM sdn. bhd. ada pelbagai produk yang berkualiti. minyak herba asmak adalah yang pertama, diikuti dengan bedak asmak.  bedak asmak ni diperbuat daripada tanah liat putih tau. tiada bahan kimia, semulajadi. harga pun mampu milik, setanding kualitinya. antara kegunaan bedak asmak, ianya mampu merawat jerawat dan ekzema.  boleh hubungi saya kalau nak tanya tentang bedak asmak ni. 
Recent posts

TERPIKAT lantas MELEKAT

TERPIKAT MHAM Bersawangnya la hai blog an-nafs ni sejak aku dah kahwin ni. sekarang anak pun dah 2 orang. Alhamdulillah untuk setiap yang berlaku dalam kehidupan rumahtanggaku. Belajar menjadi menantu, isteri, dan sekaligus ibu untuk 2 orang hero sangat mencabar. Fizikal dan mental mesti bersiap sedia seiringan. Zaman anak-anak kita bukan zaman kita dahulu. Zaman milenia ini serba mencabar, lihat saja sekeliling kita, gadget menjadi teman setia, segalanya di hujung jari sahaja. Aku pun tak terkecuali. Zaman yang ekonominya sangat perlu dijaga bagi kelangsungan hidup. sejak bergelar isteri, dan pada waktu yang sama, masih lagi seorang pelajar, aku telah berkira-kira ingin menjadi seorang ibu yang boleh melihat segala tumbesaran anak-anaknya. Alhamdulillah, Allah izinkan bersama masa-masa manis ini. 4 tahun bergelar surirumah dan surihati seorang guru yang penyayang tapi tegas ni. Anak-anak dan suami teman setiaku.  surirumah ni kerjanya mulia, masyaAllah. Yakin rezeki A...

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

senyumlah

senyumlah wahai diri, senyum lah.. sembunyikan lah apa yang terbuku di hati.. pengorbanan itu kan pasti bawa erti.. dugaan itu mengajar sabar dan redha.. benar,bukan? senyumlah.. kerana disebalik senyuman itu, kan pasti ada hati-hati yang tersentuh.. dengan tulusnya senyummu, walau hatimu bukan seceria senyumanmu.. senyumlah wahai diri.. senyumlah wahai hati.. biar tangismu tak didengari.. tapi, Tuhan Maha Mengerti.. ~senyumlah~

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~terindah~

hadirnya tanpa ku sedari, menggamit kasih cinta bersemi.. anugerah kurniaan Ilahi... semua itu pengalaman yang tak terhingga untuk sebuah kenangan yang pasti akan disimpan dalam ingatanku ~alhamdulillah~ menatap kehadirannya dalam rahimku, bertuahnya aku.. sayang, membesar dengan baik, sihat dan semoga dirimu dilindungi dari syaitan yang direjam.. sayang, ummi dan abah menunggu kelahiranmu.. rasa yang pelbagai, emosi yang tak tentu hala, mengidam makanan yang bermacam-macam, kelesuan..segalanya.. semuanya pengalaman terindah untuk ummi dalam mengandungkanmu.. (^_^) tiada kata yang terindah untuk menggambarkan perasaan ummi tika ini.. alhamdulillah!

CORETAN: BULAN KE-2

Bismillah di awal pertemuan, tiada siapa tahu jodoh itu bila dan di mana,juga siapa semua percaturan hak milik Tuhan yang menciptakan manusia itu berpasang-pasangan,supaya merasa tenteram kepadanya.. Alhamdulillah, genap usia 2 bulan perkahwinanku.. ruang dan masa yang telah berlalu, perlu dijadikan titik tolak sempadan dan pengajaran pada kami berdua.. biarlah masa yang bakal berlaku dipenuhi dengan mawaddah, rahmah dan sakinah hendaknya, insyaAllah.. abang,  isterimu ini sedang dan masih cuba belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untukmu, biar saat dirimu memandangku, terasa ketenangan di sanubarimu, saat kita berjauhan terpisah, diriku sentiasa ada dalam ingatanmu, dan andai badai bergelora cuba menghentak bahtera rumahtangga kita, diriku dan dirimu akan cuba sebaiknya mempertahankannya.. abang, dirimu antara insan istimewa yang Tuhan anugerahkan dalam mewarnai perjalanan hidupku.. terima kasih untuk segala cinta, kasih juga pengorban...