Friday, June 24, 2011
~terima @ beri?~
Sunday, February 6, 2011
~doa~
'Apa yang menghalangimu dari mendengarkan wasiatku padamu?agar kamu mengatakan saat pagi dan petang hari: 'Wahai Rabb Yang Maha Hidup,Wahai Rabb Yang Maha Berdiri Sendiri(tidak memerlukan segala sesuatu) dengan rahmatMu aku memohon pertolongan,perbaikilah segala urusanku dan selamanya jangan Engkau pasrahkan urusan diriku kepadaku meski hanya sekejap mata' ''.
Monday, November 29, 2010
.:::doa selepas tashahhud akhir sebelum salam:::.
Thursday, October 21, 2010
.:::berdoa:::.
Assalamualaikum w.b.r.
apa khabar teman2 blog saya sekalian?semoga semuanya sihat-sihat selalu..alhamdulillah..
kali ni saya nak berkongsi ilmu berkenaan doa..doa boleh dibaca selain dari Bahasa Arab sendiri ..tulisan ini saya petik dari page Ustaz Salman di Facebook tanpa diedit hatta sepatah ayat kerana saya khuatir akan ada makna yang tertinggal atau pun tersalah..
..selamat membaca buat semua!!=D
Soalan
(Ibn Taimiyyah)Ditanya berkenaan seorang lelaki yang berdoa dengan (perkataan) yang tidak mengikut tatabahasa nahu Arab(bahasa baku) lalu seorang lelaki berkata kepadanya : Sesungguhnya Allah tidak menerima doa yang tidak mengikut bahasa baku
Jawapan
Sesiapa yang mengucapkan perkataan ini berdosa dan menyanggahi al-Qur’an , al-Sunnah dan petunjuk para salaf.Adapun sesiapa yang mengikhlaskan diri berdoa kepada Allah dengan doa yang harus(dibenarkan) akan didengar oleh Allah dan dimakbulkan samada dengan perkataan yang mengikut bahasa baku ataupun tidak.Adapun perkataan ini (iaitu doa yang tidak mengikut kaedah bahasa ditolak) tidak ada asalnya. Bahkan bagi pendoa yang bukan kebiasaannya mengikut kaedah bahasa yang tepat hendaklah tidak bersungguh-sungguh (membuat-buat) menjaga kaedah bahasa arab.
Sebahagian dari salaf mengucapkan : Apabila datang (kesungguhan) menjaga tatabahasa nahu arab maka hilanglah khusyu’. Ini samalah seperti dibenci membuat-buat doa dalam bentuk sajak, seandainya berlaku tanpa dibuat-buat maka tidaklah dilarang. Kerasa asal doa adalah daripada hati , adapun lidah adalah sekadar mengikut kata hati.
Sesiapa yang menjadikan keutamaannya dalam berdoa adalah membetulkan lidahnya(bahasa dan perkataannya) , maka lemahlah menghadirkan jiwanya ketika berdoa.Disebabkan itulah orang yang dalam keadaan terdesak akan berdoa dengan doa yang dibukakan kedalam hatinya , dalam keadaan dia tidak pernah mengucapkan doa itu sebelumnya.Perkara ini dirasai oleh setiap mukmin dalam hatinya.
Doa diharuskan dalam Bahasa Arab dan selain Arab. Allah Subhanahu Wataala mengetahui niat orang yang beroda dan kehendaknya sekalipun lidahnya tidak tepat kerana sesungguhnya Dia mengetahui jeritan suara-suara yang berlainan bahasa diatas kehendak yang berbeza-beza.
سُئِلَ عَنْ رَجُلٍ دَعَا دُعَاءً مَلْحُونًا فَقَالَ : لَهُ رَجُلٌ مَا يَقْبَلُ اللَّهُ دُعَاءً مَلْحُونًا ؟
الْجَوَابُ
فَأَجَابَ : مَنْ قَالَ هَذَا الْقَوْلَ فَهُوَ آثِمٌ مُخَالِفٌ لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَلِمَا كَانَ عَلَيْهِ السَّلَفُ وَأَمَّا مَنْ دَعَا اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ بِدُعَاءِ جَائِزٍ سَمِعَهُ اللَّهُ وَأَجَابَ دُعَاءَهُ سَوَاءٌ كَانَ مُعْرَبًا أَوْ مَلْحُونًا وَالْكَلَامُ الْمَذْكُورُ لَا أَصْلُ لَهُ ؛ بَلْ يَنْبَغِي لِلدَّاعِي إذَا لَمْ يَكُنْ عَادَتُهُ الْإِعْرَابَ أَنْ لَا يَتَكَلَّفَ الْإِعْرَابَ قَالَ بَعْضُ السَّلَفِ : إذَا جَاءَ الْإِعْرَابُ ذَهَبَ الْخُشُوعُ وَهَذَا كَمَا يُكْرَهُ تَكَلُّفُ السَّجْعِ فِي الدُّعَاءِ فَإِذَا وَقَعَ بِغَيْرِ تَكَلُّفٍ فَلَا بَأْسَ بِهِ فَإِنَّ أَصْلَ الدُّعَاءِ مِنْ الْقَلْبِ وَاللِّسَانُ تَابِعٌ لِلْقَلْبِ . وَمَنْ جَعَلَ هِمَّتَهُ فِي الدُّعَاءِ تَقْوِيمَ لِسَانِهِ أَضْعَفَ تَوَجُّهَ قَلْبِهِ وَلِهَذَا يَدْعُو الْمُضْطَرُّ بِقَلْبِهِ دُعَاءً يَفْتَحُ عَلَيْهِ لَا يَحْضُرُهُ قَبْلَ ذَلِكَ وَهَذَا أَمْرٌ يَجِدُهُ كُلُّ مُؤْمِنٍ فِي قَلْبِهِ . وَالدُّعَاءُ يَجُوزُ بِالْعَرَبِيَّةِ وَبِغَيْرِ الْعَرَبِيَّةِ وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ يَعْلَمُ قَصْدَ الدَّاعِي وَمُرَادَهُ وَإِنْ لَمْ يُقَوِّمْ لِسَانَهُ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ ضَجِيجَ الْأَصْوَاتِ بِاخْتِلَافِ اللُّغَاتِ عَلَى تَنَوُّعِ الْحَاجَاتِ
(terjemahan dari majmu-al-fatawa).
Monday, April 5, 2010
IMAN
saya bersyukur masih lagi diberi peluang mengecap nikmat yang Allah kurniakan buat semua hamba iaitu nikmat hidup dan masih boleh bernafas pada hari ini..itulah nikmat supaya kita berpeluang memperbaiki iman, ilmu dan amal kita..
sahabat-sahabat..ayuhlah..kita perbaiki diri..selagi matahari belum terbit di barat..nau'zubillah..ada sepotong hadis yang ingin saya kongsikan di sini..dari page seorang sahabat alam maya..di sini link nya..harap menjadi panduan buat semua yang mencintai sunnah Nabi Muhammad s.a.w. : http://mujahidfillah.blogspot.com/
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Iman Penyebab Utama Masuk Syurga Dan Orang Yang Mematuhi Apa Yang Diperintahkan Akan Memasuki Syurga
Hadis Abu Hurairah r.a:
Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku. Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini.
..syukran buat mujahidfillah atas ilmu nya..semoga Allah merahmatimu..amin..
Friday, February 26, 2010
Rasulullah saw bersabda,
"Biarkanlah aku,apa-apa yang telah aku tinggalkan
untukmu,sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah
banyaknya pertanyaan mereka dan sikap mereka yang selalui menyalahi nabi-nabi
mereka.Apabila aku melarangmu dari sesuatu maka jauhilah dan apabila aku
memerintahmu dengan sesuatu, maka lakukanlah sekuat tenagamu (semampumu)"
(HR Bukhari dan Muslim)
Sama-samalah kita berusaha mengenali dan mempelajari ilmu hadis kerana itulah tinggalan terakhir Nabi sebagai pemimpin umat kita..Semoga kita mendapat keberkatan dalam mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Akhir kalam dari saya..Selamat menyambut Maulidur Rasul..(+_+)
Saturday, February 13, 2010
Islam mula-mula asing
"Islam pada mulanya asing, dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya yang terasing"
[Sahih Muslim, jilid 1, no.118]