Sunday, January 30, 2011

~denyut kasih medik~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

kisah seorang Doktor mengaplikasikan tatacara seorang Muslim dalam hidup seorang Doktor dengan pelbagai cabaran dan pengalaman..sesuai untuk bacaan seisi keluarga..

dialah Denyut Kasih Medik karya Dr.Farhan Hadi..

nanti saya akan ceritakan lebih lanjut apa yang menarik dari buku ini ye..ada perkara yang perlu saya selesaikan setakat ini..tapi rasanya,semua menarik untuk dipelajari dari novel ini..(*_^)

sekian dahulu dari saya..sehingga bertemu kembali..

Wednesday, January 26, 2011

~milik kitakah?~

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


setiap saat
kita bergantung denganNya
setiap masa
nikmatNya kita dapat
mengapa masih mencari
selain Dia

tiada apa milik kita

usah sombong
mendongak ke langit
memiliki nikmat Allah

mari bersyukur
bersujud kepadaNya
kerna kita
hanya mengusahakan
apa yang telah disediakanNya

usah takut dan gentar
dari selainNya
kerna kuasaNya
lebih agung dari segala
milik kita

205. Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. [Surah al-A'raaf 7:205]

mari berdoa:
....."Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. [Surah al-A'raaf 7:23]





Tuesday, January 25, 2011

~believe in yourself~

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



video

..motivasi pagi..

..u r what u believe..

Monday, January 24, 2011

nada dari hati

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tuhan
ku bisikkan kerinduan
keinsafan
pengharapan
Tuhan
kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Ada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku


Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Tuhan
ku bisikkan kerinduan
keinsafan
pengharapan
Tuhan
ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ya Tuhan
..Terimalah..

..nada dari hati..
..kuatkan ku atas ujian ini Ya Allah..


.:::untukmu yang dicintai:::.

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

sajak oleh Aminah Qutb
[buku:pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul]


buat seseorang yang amat ku kasihi dan cintai,kerana Allah..ku doakan semoga semuanya berjalan dengan baik..sehingga masa yang ditetapkan..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia.Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa"[Riwayat al-Baihaqi]

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara:Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu"[Riwayat Muslim]



"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"[Surah an-Nur 24:26]

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"[Surah al-Rum 30:21]

berita gembira itu membuatkanku teruja dan rasa gembira..ada penambahan ahli keluarga..insyaAllah..namun dalam masa sama..ku rasa cemburu pada dia yang telah berkongsi kasih dari seseorang yang ku sayangi..maafkanku kerana belum ikhlas menerima si dia dalam hidupmu..kau akan pergi jauh melayari bahtera itu bersama-samanya..ku hanya mampu mendoakan yang terbaik untukmu yang kucintai..

untukmu yang kucintai..selamat menempuh segala-galanya dengan tabah dan sabar..perjalananmu masih jauh beribu batu..alam yang baru akan penuh dengan warna-warni yang dirimu sendiri tidak tahu apa sudahnya..hanya pada Allah tempat memohon kekuatan..

untukmu yang kucintai..ku ingin kau tahu bahawa ku menyayangimu..kerana Allah s.w.t.

p/s:berkongsi kisah kasih seseorang yang kucintai..

doa kepada orang yang meluahkan cintanya kepada kamu kerana Allah
"Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya"
[Riwayat Abu Dawud, 4:333. Kata al-Albaniy:hadis hasan. Lihat:Sahih Sunan Abi Dawud, 3:965]

Saturday, January 22, 2011

~rapuh dalam langkah~

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

muhasabah diri sebelum meninggalkan dunia buat sementara..insyaAllah..jangan lupa membaca doa sebelum tidur..bismikallah humma ahya wa amut..dengan namaMu Ya Allah kami hidup dan kami mati..

rapuh,opick
http://www.4shared.com/audio/WcK15QsT/Opick_-_Rapuh.htm

Friday, January 21, 2011

~rindu dan cinta~

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



rindu dengan umi dan ayah yang saya sayangi walaupun hari-hari mendengar suara mereka..mendengar suara dengan melihat wajah mereka tidak sama nikmatnya..=]..nasib baik cuti tengah semester akan tiba tidak lama lagi..

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya



Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia



ingin berkongsi sedikit lagu lama yang punya maksud mendalam bagi saya..kasih yang tak pernah kurang..hanya inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka..oh,saya rindu wajah mereka yang saya sayangi!

boleh dengar lagu ini di sini..hmm..layan lagu lamasekali-sekala..best!=]..

p/s:berkongsi kerinduan yang menggunung..T_T

Thursday, January 20, 2011

bicara potrait


dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

kenapa potrait?dengan gambar..sejuta makna boleh diluah..dengan gambar..kita memahami maksud penyampaian orang..ramai yang saya kenali gemar berbicara dengan gambar..saya juga mentafsir gambar dengan pelbagai cerita..seperti juga gambar di bawah ini..adakah ini kawasan perumahan..atau kah kawasan pelancongan..

kisah sedih..kisah gembira..kisah cinta..kisah kasih..semua boleh terlakar hanya dengan satu gambar..dan saya suka menyebutnya sebagai potrait..kerana pada saya..potrait lebih membawa banyak kesan..pada jurufoto2 di luar sana..kalau saya salah..sila betulkan ye..hee..saya budak baru belajar..kalau salah,tolong betulkan.. sila jangan marah ye..=]..saya belajar dari kesilapan..moga cepat ingat dan langsung tidak lupa..




apa yg saya bebelkan ini?kerana saya terpesona melihat keindahan gambar yang disnap oleh kenalan2 alam maya saya..dengan kamera,mereka membuka mata manusia melihat keindahan agama suci Islam ini..dengan kamera juga..mereka mentafsir sesuatu makna..tahniah untuk live your seoul, violet biru dan marnilam..capture2 dr mereka memang sangat menarik..itu baru tiga orang..ramai lagi yang berbakat..kadang-kadang rasa ingin menjadi seperti mereka..

..salam ukhuwah dari saya..

p/s:kadang2 impian boleh membawa kepada realiti..

Saturday, January 15, 2011

kemaafan

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



adakah kemaafan itu perlu pada hari raya sahaja?tidak..bahkan hati kita akan merasa tenang dan senang jika kita memaafkan orang lain sebelum kita tidur..di samping itu..kita fikirkan dan imbas kembali perbuatan kita pada orang lain pada waktu yang sama..mari belajar daripada kesilapan..kata pepatah..nak tau baik kita,tanyalah kawan..dan nak tau buruk kita,mari bertanya pada lawan..


maaf kadang-kadang sukar untuk diungkapkan..apatah lagi bila bertemu empat mata..jangan dibiarkan ego menguasai diri kita dan belajarlah memaafkan orang lain..tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah berbuat silap..dengan cara memaafkan,kita akan bisa merasai kelapangan..cubalah..kerana saya juga tidak terkecuali..mari sama-sama kita belajar memaafkan dan memohon maaf..dengan ikhlas hati..

di sini saya ingin kongsikan post yang telah menyentuh naluri saya..dari Abu Umar,langitIlahi V2..


akhir kalam..berundur bukan bererti kalah..mengelak bukan bermakna pengecut..jom koreksi diri!=]..



Wednesday, January 12, 2011

~semangat mereka=semangatku~

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

matahari pagi mula menampakkan sinarnya walaupun cuaca masih lagi redup seperti semalam di bumi Allah ini..ku bangun dengan semangat..agaknya inilah namanya semangat mencari sesuap nasi..

teringat ayah dan umi yang bersengkang mata demi sesuap nasi untuk anak-anak mereka ini..umi..ayah..terima kasih..



hari pertama yang mencabar..orang baru katakan..banyak yang perlu dipelajari..meskipun ku pernah menggunakan mesin itu sebelum ini..namun teknologi teramatlah cepat berubah seiring dengan pemikiran manusia era ini..baru dua jenis mesin..namun ku merasakan seperti ingin berhenti kerana terlalu banyak masalah yang datang..

ya!semangat perlu dikuatkan!dari sini,ku belajar penat mencari sesuap nasi..teringat ayah yang berulang-alik ke tempat kerja siang dan malam..hinggakan ku merasakan masa untuk kami sekeluarga semakin berkurang..balik dari pejabat telah lewat pagi..menyelesaikan kerja-kerja yang semakin bertambah..dengan masa tidur yang sering terganggu..dengan masa cuti yang sentiasa 'standby'..dengan masa makan yang sentiasa kelam kabut..esok pagi-pagi lagi ayah telah pergi kerja..sibuknya mengalahkan PM..=]..namun ayah bukan begitu..cuti-cuti kami seboleh-bolehnya diisi dengan makan bersama dan berjalan-jalan bersama..mujur ayah kaki berjalan orangnya..=]..

umi juga begitu..seawal pagi zaman persekolahan kami..sarapan selalunya tersedia di atas meja bersama 7biji kismis sebagai permulaan makanan..nasi goreng..kadang-kadang nasi lemak..roti..pelbagai idea bernas berkenaan resipi..boleh diserahkan pada umi..main campak-campak je..begitu kata umi..hee..umi memang pakar memasak..selama ini kami membesar dengan masakan umi..namun sejak duduk di asrama..nasi kawah telah menjadi menu utamaku..sedap juga..tapi x boleh lawan masakan umi..=]..masakan umi bebas dari segala jenis pak aji tu..pelik juga bila orang berkata x sedap makan tanpa pak aji..hmm...lain orang lain ragamnya,kan?x mengapa..kita biarkan mereka dengan selera mereka..

saat ku sakit kerana demam denggi..ku lihat riak muka mereka juga resah..buat itu x kena..buat ini x kena..bukan riak sahaja..mereka juga seakan hilang arah buat beberapa ketika..makan x lalu..mandi x basah..mak mana x sayang anak,angah..jawapan umi ayah bila ku bertanya..hampir 2 minggu ku demam di rumah..sehingga ku beralah ingin ke hospital bila kaki telah semakin lemah untuk berjalan..rupa-rupanya kami dua beradik demam denggi..siang malam umi dan ayah melawat kami di wad denggi..masakkan makanan kegemaranku dan adik bongsuku tatkala kami telah boleh menelan makanan kembali..kalau boleh..ingin menemani kami di wad..tiap-tiap pagi umi ayah menelefon bertanyakan keadaan kami sebelum sempat doktor memeriksa keadaan kami..terima kasih umi ayah..bersusah payah kerana kami..

kerana susah payah mereka itu telah menjadi semangat untukku meneruskan kerja itu..ku tahu..ku x patut cepat berputus asa begitu..Allah x suka hambaNya yang berputus asa..lama-kelamaan ku rasa seronok mempelajari benda baru..walau masa yang diperuntukkan sedikit..ku dapat belajar banyak benda..semangat..perilaku manusia..mesin..masa..akaun..punch card..emosi..kerjasama..komunikasi..hmm..banyak benda..sampai x teringat..

ragam manusia..mungkin jika kita berada pada tempat orang yang bekerja itu..baru kita tahu betapa mencabarnya kerja mereka walaupun dari hakikat pandangan mata kita..ianya mungkin x sesukar mana..jangan memandang enteng pekerjaan seseorang itu..ya!itu yang telah ku belajar pada masa sesingkat ini..

emosi..kena pandai menggunakannya..jangan tersalah guna..punch card..masa itu ibarat pedang..jika kita x menggunakannya..ia akan memotong kita..setiap hari umur kita bertambah..jadi..kena guna sebaik-baiknya..

ku berazam akan menjalankan amanah ini sebaik-baiknya walaupun khidmatku jarang-jarang digunakan..insyaAllah..

kawan-kawan..jangan marah ye..sekadar berkongsi pengalaman hari ini bersama kalian..doakan kejayaan saya di medan ilmu yang terakhir ini ya..kerja itu sampingan sahaja..buat kegunaan sesuatu untuk satu hari nanti..meskipun nilainya mungkin x seberapa..tapi dengan titik peluh sendiri..saya puas..=]..

hingga ketemu lagi ya..

salam ukhuwah dari saya..

p/s:sesuatu itu akan saya kongsikan nanti bersama di sini..insyaAllah..



Thursday, January 6, 2011

.:::nikmat:::.



dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

nikmat..ya..nampaknya nikmat sihat saya sedang diuji..sakit itu kaffarah dosa..saya terima dengan lapang dada..insyaAllah..nikmat sihat yang kadang-kadang saya alpa dengannya..terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi membantu..dan yang paling utama..terima kasih pada ummi kesayangan saya yang menelefon lewat petang tadi untuk bertanyakan perkembangan diri ini..

mama..uhibbuk ya mama.. ya sohibati..syukran jazilan..

dan untuk sahabat-sahabat saya di alam maya ini..jagalah kesihatan kamu semua dengan sebaik-baiknya ya..jika sudah qada' dan qadar kamu ditimpa penyakit..jangan mengalah dan berputus asa..itu tandanya kita masih lagi diuji dengan tahap keimanan di samping tahap kesabaran kita..doakan agar dipermudahkan urusan saya ya..syukran jazilan..kita harus merasa bangga dengan pilihan dan ujian Allah pada kita..mari kita berlapang dada akan ujian-Nya..insyaAllah..

"Apakah manusia mengira, mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?"
[QS Al-Ankabut 29:2]


"Dan sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan (nikmatmu), tetapi sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih"
[QS Ibrahim 14:7]

p/s:hanya Allah berkuasa membalas jasa baik kalian(SMM, ZH, NSN, NAN, NAO)..saya berbangga mempunyai kalian dalam mewarnai hidup saya sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini..

Sunday, January 2, 2011

~rindu segenap sudut wajah tua itu~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Entah kenapa..rasa rindu pada seraut wajah itu..telah lama benar dia meninggalkan kami..kenangan terakhir bersamanya masih lagi terpahat di ingatan..

pandang lempeng kelapa buatan makngah..teringatku itu kesukaannya..dia sangat suka berkata-kata denganku..namun kata-katanya penuh dengan nasihat..walaupun dia tau waktu itu aku masih si kecik yang menagih tawa sentiasa..tidak terfikir dalam pemikiranku dia akan pergi tanpa tinggalkan pesan untukku lagi..tanpa ku tahu akan ketentuan Tuhan itu..

"ingat lagi angah lempeng ni ye?"..begitu kata makngahku bila ku pujuk dia untuk membuat lempeng kelapa yang biasa kami gelar "lempeng atuk"..kerana dia sangat suka lempeng ini..katanya ini makanan yang dia selalu makan waktu susah-susah dulu..

"lama da atuk pergi ye makngah..rasa baru je"..spontan jawapan itu terkeluar dari mulutku..memang!suasana itu yang masih aku rasa tambahan lagi apabila kedatangan syawal yang meriah..kerana peninggalan atuk seusai subuh..tatkala sujud terakhir subuhnya..

kami yang berada di kampung ayah dan memang seronok beraya..sangat-sangat terkejut!umiku apatah lagi..baru ramadan lalu atuk bercanda dan bergurau senda bersama kami sekeluarga di rumah kami..rupa-rupanya kami tak akan bertemunya lagi..

kata umi.."atuk sayang kat kamu sebab atuk kata kamu serupa umi waktu kecik-kecik dulu"..memang aku sangat sayang atuk..dia banyak mengajarku pelbagai perkara..ada yang masih kekal di ingatan..dan ada juga yang telah luput dimamah usia..

masih ku ingat..usai subuh..kami dan sepupu-sepupu akan beramai-ramai menunggu tazkirah dari atuk..solat kami juga sentiasa berjemaah..lelaki bertukar-tukar jadi imam..kami perempuan setia menjadi makmum..bila melihat rumah opah di kampung..kenangan-kenangan itu seakan berputar-putar di layar mata..sebelum maghrib..kami telah beratur menunggu azan masuk untuk berjemaah bersama-sama..aku rindu kenangan itu..

makan pun kami berjemaah..pendek kata..semuanya diisi dengan tawa..apatah lagi bila sudah berkumpul sanak saudara..petang-petang kami yang budak-budak ini habiskan bermain di laman opah..main police entry, air pasang air surut..macam-macam lagi..mak-mak dan ayah-ayah juga opah dan atuk ketawa terbahak-bahak melihat gelagat kami di anjung rumah..waktu mak-mak sebuk memasak di dapur waktu tengahari..kami pakai dapur opah di luar rumah bersama dengan periuk yang dah tak serupa periuk di laman belakang rumah opah..kami juga masak..tapi masak tipu-tipu je..yang lelaki-lelaki pagi-pagi sudah bangun membersihkan laman rumah dan apa-apa yang patut..

almari pink depan bilik opah tu pun masih ku ingat kata-katanya.."hensem tu perasaan..terhensem tu perasan"..hahaha..sukaku dengan kata-kata itu..penangan majalah ujang..majalah ujang dulu dengan sekarang agak berbeza..kami sepupu-sepupu berebut-rebut membaca majalah ujang..sambil di sebelah lain bahagian rumah ada yang bersembang,main lawan-lawan tangan,menonton berita sambil menunggu solat isyak dan seterusnya makan malam berjemaah..sangat teratur jadual hidup atuk..begitu juga kami..

bila atuk pergi..kemeriahan itu semakin pudar..mungkin masing-masing masih terasa dengan pemergian atuk..bila masing-masing semakin membesar..semuanya tinggal kenangan..kenangan manis buatku..namun di kemeriahan tahun baru ini..aku rindu pada segenap sudut wajah tua itu..meski berkedut namun senyumannya masih ikhlas memandang kami cucu-cucunya..apa yang salah..disapanya baik-baik..mana tak berkenan..diusapnya hati kami dengan kata-kata yang langsung tak mengguris hati..itulah atuk..

waktu atuk pergi..kami di perak bergegas pulang dengan juraian air mata mengiringi pemergian atuk juga kepulangan kami..tidak sempat menatap wajah atuk buat kali terakhir kerana kemunculan kami sangat-sangat lewat di rumah..atuk telah siap dikebumikan..terkilan sangat terkilan..namun apa daya..kami merancang..Allah tentukan..


sepatah kata yang mampu aku ucapkan tatkala ini..

"atuk..angah rindu atuk.."

Semoga atuk ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Angah sayang atuk..sampai hujung nyawa angah..

"Kullu nafsin dza iqatul maut.......wa mal hayaat uddunyaa illa mataa' ul ghurur"
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian..........dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
[Ali-Imran 3:185]
 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating