Sunday, August 15, 2010

.::kasihnya baginda::.


..assalamualaikum..

video

..tiada kata-kata dapat saya ucapkan saat melihat video ini..

kekasih Allah juga kekasih kita semua telah pergi meninggalkan kita tanpa langsung mahu memikirkan keadaan diri baginda yang sedang sakit menahan sakaratul maut

..MasyaAllah..

baginda masih mahu memikirkan keadaan umatnya..tetapi kita?

apa yang selama ini saya fikirkan?

adakah baginda selalu menjadi contoh dan idol saya?

berapa keratkah sunnah nya saya ikuti?

sekerap manakah saya berselawat ke atas Nabi s.a.w.??

pada sesiapa yang membuat video ini

terima kasih atas pesanan anda tanpa suara itu

hanya Allah berkuasa membalas segala-Nya


.::berkat::.

assalamualaikum buat semua sahabat alam maya hari ini..

bagaimana khabar diri dan iman hari ini??semoga kita sentiasa mempertingkatkan iman kita selaras dengan pertambahan usia kita pada 5 ramadhan ini..

sedar x sedar..telah 5 hari kita berpuasa..ramadhan yang dinanti..ramadhan yang penuh keberkatan..

bagaimana dengan pagi ini??adakah kita sempat bersahur??sahur membezakan puasa seorang Islam itu dengan puasa Ahli Kitab.

Sabda Nabi yang bermaksud:

Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas, sambil bangun untuk bersahur..apa kata kita ringan-ringankan untuk menunaikan ibadah sunat..jika kita sanggup bersengkang mata menatap helaian buku untuk menghadapi peperiksaan semata-mata untuk lulus cemerlang..

mungkin kita boleh membuka dan menutup ulangkaji kita itu dengan solat sunat 2 rakaat..memohon keberkatan atas ilmu yang Allah beri pada kita..berterima kasih pada pemilik segala ilmu di dunia juga akhirat dengan bersujud pada-Nya..

orang yang sombong adalah hamba yang tidak mahu berterima kasih pada tuannya..dalam kondisi di sini..kita sebagai hamba..dan Allah adalah Tuan kita..

sama-samalah kita koreksi diri..tambah apa yang kurang..lebihkan apa yang ada..

.::selamat menambah ilmu,iman dan amal::.

.::dari-Nya kita datang..kepada-Nya kita kembali::.

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating