Sunday, August 15, 2010

.::berkat::.

assalamualaikum buat semua sahabat alam maya hari ini..

bagaimana khabar diri dan iman hari ini??semoga kita sentiasa mempertingkatkan iman kita selaras dengan pertambahan usia kita pada 5 ramadhan ini..

sedar x sedar..telah 5 hari kita berpuasa..ramadhan yang dinanti..ramadhan yang penuh keberkatan..

bagaimana dengan pagi ini??adakah kita sempat bersahur??sahur membezakan puasa seorang Islam itu dengan puasa Ahli Kitab.

Sabda Nabi yang bermaksud:

Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas, sambil bangun untuk bersahur..apa kata kita ringan-ringankan untuk menunaikan ibadah sunat..jika kita sanggup bersengkang mata menatap helaian buku untuk menghadapi peperiksaan semata-mata untuk lulus cemerlang..

mungkin kita boleh membuka dan menutup ulangkaji kita itu dengan solat sunat 2 rakaat..memohon keberkatan atas ilmu yang Allah beri pada kita..berterima kasih pada pemilik segala ilmu di dunia juga akhirat dengan bersujud pada-Nya..

orang yang sombong adalah hamba yang tidak mahu berterima kasih pada tuannya..dalam kondisi di sini..kita sebagai hamba..dan Allah adalah Tuan kita..

sama-samalah kita koreksi diri..tambah apa yang kurang..lebihkan apa yang ada..

.::selamat menambah ilmu,iman dan amal::.

.::dari-Nya kita datang..kepada-Nya kita kembali::.

0 comments:

Post a Comment

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating