Showing posts with label kapsul hati. Show all posts
Showing posts with label kapsul hati. Show all posts

Friday, June 24, 2011

~secebis ingatan untuk diri~



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Al-Fudhail bin Iyadh mengatakan,

"meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'

dan melakukan amal kerana adalah syirik.

sementara dengan ikhlas,

Allah akan menyelamatkan anda dari keduanya"

~petikan dari buku Syarah Arba'in Nawawiyah~

Tuesday, May 31, 2011

Sinergi_Kita dan Mereka


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


saya sedang bersemangat memenuhi masa terluang dengan membaca sinergi kembali..dan kali ini saya akan bercerita tentang sinergi pula..

Sinergi
..kerana iman,kita disatukan..
1+1=3

~mereka itu penjahat
kita adalah malaikat
Itu bukan di tangan kau untuk putuskan
mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat
maka pandanglah dengan iman
nanti kau akan nampak ruang kesatuan~

"Hidayah adalah milik Allah. Mereka yang faham, tugasnya menyampaikan, bukan menghukum"

hanya yang pernah membaca sinergi faham akan maksud saya..

Sinergi benar-benar tak mengecewakan akal dan jiwa manusia yang mendambakan kasih-Nya..

bacalah kalian!dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!
baca dan fahamilah!

Monday, May 30, 2011

~Matahari : Sang Penyeru~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sang Penyeru membuatkan air mata saya menitis..bulu roma saya meremang..lantas terucap kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah..beristighfar saya untuk kesekian kalinya..

imaginasi penulis tak terjangkau dek akal fikiran saya membuatkan saya berasa seperti berada di dalam cerpen tersebut..

benar kata Nabi Muhammad saw:
"Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan ia akan kembali dagang sebagaimana datangnya ia. Maka beruntunglah mereka yang dagang"

ya!berbahagialah kiranya yang sentiasa dalam petunjuk dan hidayah-Nya..

"Walau seluruh manusia menolak kehadiran Allah, Dia tetap ada, menguasai dan kekuasaanNya tidak pernah kurang waima manusia tidak mempercayaiNya. Semua manusia tetap tidak mampu memberikan mudarat kepadaNya, atau kepada manusia yang lain tanpa izinNya. Allah itu Kaya. Sesiapa yang berpaling daripadaNya tidak menjadikan kekayaanNya itu kurang walau sedikit pun"

Benar!Andai kering lautan sekalipun, kuasaNya tak mampu kita tandingi..kun fayakun!

saya seperti tenggelam dalam khayalan ke 2000 tahun selepas berlakunya Perang Dunia Ketiga itu..cuba bayangkan jika anak-anak kita tidak lagi terdidik mengenali Allah dan Rasulnya, mengetahui tentang iman dan Islam..di mana kedudukan Islam satu hari nanti? Natijahnya nanti adalah anak cucu cicit kita yang akan tenggelam dengan nafsu serakah dan pesona dari dunia sementara ini..sedangkan satu masa dulu, Islam begitu gah di 2/3 dunia..

bayangkan jika saat ini kita membiarkan anak-anak kita menonton televisyen waktu maghrib khususnya tanpa mengendahkan suara azan yang berkumandang di corong-corong pembesar suara masjid..apatah lagi jika kita tidak menyuruh mereka menunaikan solat..ke mana akan hilangnya suara-suara dendangan azan itu nanti?

bayangkan jika masjid-masjid yang gah besarnya dan menarik hiasannya, namun kosong tanpa manusia untuk solat berjemaah mahupun aktiviti-aktiviti sepatutnya yang patut ada di kawasan masjid? apa yang akan jadi pada rumah-rumah Allah ini?

nah!inilah yang cuba diselongkarkan penulis muda ini..sungguh bertuah mereka yang mendidik anak muda ini..

"Kalaulah mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan pekerjaan ini sehinggalah Allah sendiri yang menghentikanku"

Kata-kata itu menusuk kalbuku.

Bagaimana orang yang terlalu tua seperti atuk, mempunyai semangat yang amat kuat untuk menyampaikan sesuatu yang salah?

Atuk cuba bangkit.

"Semoga Allah merahmati kamu."

Atuk mengesat sedikit darah yang bersisa pada bibirnya. Dia yang terlentang cuba untuk bangkit. Kudrat tuanya dikerah. Kedua-dua tangannya menjadi tongkat menolak tubuhnya untuk berdiri.

"Semoga Allah mencampakkan hidayah kepada kamu."

Atuk mengukir senyum lagi.

pukulan demi pukulan diterima atuk yang tak upaya itu. hanya kerana dia mengaku Tuhannya adalah Allah..dan ramai orang memanggilnya gila, sewel dan tukang sihir.
tiba-tiba, jeritan si anak muda itu memecah suasana.

"Berhenti!"

"kamu panggil diri kamu orang kota, orang zaman maju. Aku kira kalau kamu terus menghukum tanpa menyelidik, apakah sangat darjat yang kamu ada?"

dan seterusnya, kalimah suci itu akhirnya terungkap dari bibir anak muda itu..hatinya telah tersentuh! bagaimana hati-hati sahabat-sahabat sekalian?

"Seka air matamu. Jalan ini sememangnya dihiasi dengan perkara-perkara sebegini. Kau sudah percaya bahawa Allah itu adalah Ilah dan tiada Ilah selain Dia. Maka, janganlah kau takut atau sedih, Allah itu sentiasa bersama-sama kita. Dia akan menunjukkan kuasa-Nya."

Aku menggigit bibir. Yakin dengan Allah. Allahlah yang mendatangkan keyakinan ini kepadaku.

"Dan sabar itu lebih cantik (Yusuf 12:18)"

Dendam hanya akan merosakkan jiwa dan akal manusia..mari kita ambil pengajaran dari Sirah Nabi Muhammad saw. pada permulaan dakwah baginda.

"Tetapi atuk, bukankah semua orang tidak menerima dakwah kita?"

Atuk tersenyum. "Semua?"

Benar! Hidayah milik Allah jua..dan fitrah manusia, mencari kebenaran..

propaganda mereka berlaku lagi..kali ini untuk menghapuskan terus atuk tua itu.

"Jangan risau, Allah bersama kita. Aku sudah kata yang Allah akan bantu kita. Aku kira ada keajaiban yang Allah ingin tunjukkan kepada semua. Supaya mereka percaya dan beriman kepadaNya, untuk kita bermuhasabah dan menguatkan iman kepadaNya"

lebih molek rasanya sahabat-sahabat sekalian menghabiskan membaca cerpen ini sendirian..bacalah!dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..bacalah!dengan mata hatimu..kau akan terlihat persamaannya dengan apa yang kita semua alami sekarang ini..mungkin ianya tidak begitu serupa pada pandanganmu, kerana kita sememangnya diciptakan berbeza-beza akal fikirnya..bacalah!kerana ada sesuatu yang perlu kau lihat dengan mata kasarmu!

Menyeru ibarat menembak rambang, pasti ada yang Allah pilih untuk terkena dan merasakannya. Tugas kita hanyalah sebagai penyeru. Allah jugalah yang menyampaikan hidayahNya.

Ya Allah, jadikanlah aku sang penyeru..

berjuang itu sememangnya pahit kerana ganjaran syurga itu amat manis..serulah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!


Wednesday, March 30, 2011

~inspiration from Kalamullah~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

assalamualaikum w.b.r.

la tahzan ya shahibi..innallaha maa'na

..just a simple word that much inspiring me..



kredit to bukhari and atiqah

~wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri, Yang Menguasai segala urusan, dengan rahmatmu aku mohon pertolongan, baikilah urusanku keseluruhannya. Dan janganlah engkau serahkan aku pada diriku walau sekelip mata~

Sunday, March 27, 2011

~key of productive~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

assalamualaikum..

just want to share this video with my friends out there..enjoy and learn from it on how to be a productive Muslim..solat is one of the key to be a productive person..

..pray before you are being prayed..never forget this!



~reminder for me and all my lovely friends~



wish all the best for our future and Hereafter..

..it's not late to improve our iman..because today or tomorrow maybe we die..


Monday, January 24, 2011

nada dari hati

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tuhan
ku bisikkan kerinduan
keinsafan
pengharapan
Tuhan
kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Ada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku


Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Tuhan
ku bisikkan kerinduan
keinsafan
pengharapan
Tuhan
ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ya Tuhan
..Terimalah..

..nada dari hati..
..kuatkan ku atas ujian ini Ya Allah..


Wednesday, December 22, 2010

~1+1=3~

assalamualaikum w.b.r.

untuk semua pengunjung blog saya..terima kasih..

sinergi..apa itu??kekuatan..

kali ini..bicara saya berkisar sebuah novel yang pada pengamatan saya, sangat sesuai disajikan untuk para muslimin dan muslimah yang mahu memperbaiki diri..untuk periksa iman kita semula..tahap mana iman kita..saya sendiri begitu terkesan dengan novel ini..gaya bahasanya juga senang untuk difahami..

saya syorkan untuk membacanya pada semua teman-teman blog saya..jika belum membacanya lagi..kadang-kadang..perkataan dari seseorang boleh menyedarkan kita sesuatu yang kita belum atau tidak sedar..semoga Allah merahmati penulis muda ini..amin..

ingin juga saya berkongsi kata-kata menarik dari novel ini..

~kalau benar sahabat,
biar berpimpin tangan merentas syurga,
bukan menjadi pengkhianat,
melempar sahabat ke neraka,
maka jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab seksa-Nya~

sahabat..ya..sahabat yang benar-benar membawa kita ke arah kebaikan..perlu dicari..tapi jangan sampai meninggalkan sahabat yang lain..sahabat juga kekuatan kita dalam mencari redha Allah di muka bumi ini..

nak tau lebih lanjut?jom dapatkan buku ini..kerana formulanya:1+1=3

kenapa 3??dapatkan novel sinergi garapan hilal asyraf di pasaran..masih belum terlambat..

salam kasih dari saya..kerana saya menyayangi teman-teman semua kerana Allah s.w.t.



Saturday, December 18, 2010

~warkah cinta~

assalamualaikum w.b.r.

salam pertemuan kembali..

setelah ber'blogwalking' di beberapa blog teman alam maya saya..suka saya ingin berkongsi sesuatu yang saya baca dari blog seorang teman ini..

nak tau apa dia??

kisah iman..jom baca disini..



selamat membaca buat semua..

Monday, November 29, 2010

~kecil ujian+besar iman~

assalamualaikum w.b.r

salam sejahtera ke atas kamu duhai sahabat-sahabatku

apa khabar semua?

lama x ketemu ya!^_*

kali ni cuma ingin berkongsi satu ayat:

"JANGANLAH DIPINTA KECILKAN UJIAN SEBALIKNYA PINTALAH DIKUATKAN IMAN MENGHADAPI UJIAN"

sama-sama kita pertingkat iman kita setiap hari..siraminya selalu agar iman kita kembang mekar dan subur mengikut ketetapan al-Quran juga sunnah Nabi.

jangan lupa untuk tambah ilmu juga..

~salam kasih kerna Allah dari seorang hamba Allah~

Sunday, August 15, 2010

.::kasihnya baginda::.


..assalamualaikum..



..tiada kata-kata dapat saya ucapkan saat melihat video ini..

kekasih Allah juga kekasih kita semua telah pergi meninggalkan kita tanpa langsung mahu memikirkan keadaan diri baginda yang sedang sakit menahan sakaratul maut

..MasyaAllah..

baginda masih mahu memikirkan keadaan umatnya..tetapi kita?

apa yang selama ini saya fikirkan?

adakah baginda selalu menjadi contoh dan idol saya?

berapa keratkah sunnah nya saya ikuti?

sekerap manakah saya berselawat ke atas Nabi s.a.w.??

pada sesiapa yang membuat video ini

terima kasih atas pesanan anda tanpa suara itu

hanya Allah berkuasa membalas segala-Nya


Friday, January 22, 2010

tika wajah penat memikirkan dunia
maka berwuduklah
tika tangan letih menggapai cita-cita
maka serulah...
ALLAHU AKBAR
tika bahu tiada kuasa memikul amanah
maka bersujudlah
ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH
agar tunduk di saat yang lain angkuh
agar teguh di saat yang lain runtuh
agar tegar di saat yang lain masih terhampar

Tuesday, January 12, 2010

Syurga


Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah
tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;
aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih
kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku.
Tempat kerja syurga dunia harianku.
Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

ARWAH ASRI RABBANI

Wednesday, December 30, 2009

..Promises of God..

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul.
He breaks our heart to make us whole.
He sends us pain so we can be stronger.
He sends us failure so we can be humble.
He sends us illness so we can take care of ourselves.
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gaves us..
Allah is great!!!
 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating