Tuesday, January 31, 2017

BEDAK Asmak dari Tanah Liat Putih

Assalamualaikum semua.

buat apa tu? 

nak update tentang contest blogger MHAM yang pertama. even tak menang, tapi saya dapat reward dari MHAMsb tentang contest blogger series 1.

nak tengok saya dapat apa? best reward saya dapat. rasa dihargai. dapat buku, fail dan macam-macam lagi.☺


MHAM sdn. bhd. ada pelbagai produk yang berkualiti. minyak herba asmak adalah yang pertama, diikuti dengan bedak asmak. 


bedak asmak ni diperbuat daripada tanah liat putih tau. tiada bahan kimia, semulajadi. harga pun mampu milik, setanding kualitinya.

antara kegunaan bedak asmak, ianya mampu merawat jerawat dan ekzema. 


boleh hubungi saya kalau nak tanya tentang bedak asmak ni. 



Monday, December 19, 2016

TERPIKAT lantas MELEKAT

TERPIKAT MHAM

Bersawangnya la hai blog an-nafs ni sejak aku dah kahwin ni. sekarang anak pun dah 2 orang. Alhamdulillah untuk setiap yang berlaku dalam kehidupan rumahtanggaku. Belajar menjadi menantu, isteri, dan sekaligus ibu untuk 2 orang hero sangat mencabar. Fizikal dan mental mesti bersiap sedia seiringan. Zaman anak-anak kita bukan zaman kita dahulu. Zaman milenia ini serba mencabar, lihat saja sekeliling kita, gadget menjadi teman setia, segalanya di hujung jari sahaja.

Aku pun tak terkecuali. Zaman yang ekonominya sangat perlu dijaga bagi kelangsungan hidup. sejak bergelar isteri, dan pada waktu yang sama, masih lagi seorang pelajar, aku telah berkira-kira ingin menjadi seorang ibu yang boleh melihat segala tumbesaran anak-anaknya. Alhamdulillah, Allah izinkan bersama masa-masa manis ini. 4 tahun bergelar surirumah dan surihati seorang guru yang penyayang tapi tegas ni. Anak-anak dan suami teman setiaku. 

surirumah ni kerjanya mulia, masyaAllah. Yakin rezeki Allah ada di mana-mana janji kita berusaha. Aku jadikan anak-anak pembakar semangat untuk aku berjaya meskipun aku tiada gaji tetap macam wanita berkerjaya lain. Aku mula mencari idea untuk membantu suamiku supaya dapat meringankan beliau tapi dalam masa sama, anak-anak membesar depan mataku.

Ting! Allah menunjukkan jalan dengan menghantar seorang sahabat. Zaini salah seorang sahabat yang aku kenali sewaktu belajar. Beliau seorang wanita gigih dan cekal, selalu berkongsi idea, semangat dan harapan dalam kehidupan. Beliau memperkenalkanku dengan perniagaan online, menjana pendapatan secara maya. 

Alhamdulillah, 'ala kulli hal. Allah mudahkan segalanya. Tanpa modal juga kita boleh berjaya, insyaAllah. janji kita berusaha. Rezeki Allah yang tentukan, kita usaha, usaha dan usaha.

Aku bermula dengan menjadi dropshipper Zaini. Pelbagai produk kami usahakan, bertukar idea memajukan lagi, sokong menyokong, bantu membantu. Banyak tunjuk ajar dan ilmu dicurahkan padaku. Dari tak tahu apa-apa, aku mula belajar apa itu dropship, tanpa modal. Jika sebelum ini mindaku telah di 'set' kan dengan nak mula meniaga mesti ada modal, kini aku belajar bahawa meniaga ini ada pelbagai caranya.

Lepas satu produk, satu produk lagi aku usahakan untuk menambah pendapatan. sebenarnya, meniaga ni ajar aku tentang usaha dan tawakal. aku seronok berada sekeliling cycle positif. belajar marketing, strategi bisnes, pelbagai lagi kenangan manis sepanjang setahun meniaga maya ini.

bertemu pelbagai niche bisnes, dari berseorangan, aku mula diserapkan dalam jemaah. sesungguhnya bergerak berjemaah itu lebih baik dan ketahuilah berkongsi idea dan semangat berpasukan itu sangat membantu dalam memajukan lagi diri dan perniagaan.

Tak lama kemudian, Zaini perkenalkan aku dengan Minyak Herba Asmak


video

Alternatif herba yang membantu merawat penyakit asma (lelah), semput, batuk, kahak, kembung. Antara produk yang berkesan dan serasi untuk seisi keluargaku. alhamdulillah. Aku suka cuba dulu sebelum jual produk tersebut. 

dengan produk-produk yang masuk dalam store kami, aku mula mengumpul untung dan asingkan gaji. Gaji pula aku buat beli modal data internet dan beli produk yang aku jual. (^__^). rumahku tak ada Wi-Fi. siapa kata dropshipper tak boleh maju dan berjaya? jika ada kemahuan, pasti ada usaha. 

jom tengok store kami di Facebook dan Instagram. masih dalam proses penambahbaikan lagi untuk content marketing dalam 2 sosial media ni. mohon tunjuk ajar. (*__^) 

Facebook:  Razuan store

Instagram:  razuan_store

sambung semula tentang minyak herba asmak ni. hihi. mula zaini kenalkan, aku lebih tertarik pada cara founder memperkenalkan produk dan approaching founder pada prospek. sebenarnya, prospek boleh jadi regular customer atau potential agent tau. see? 

aku tertarik dengan kandungan bahan yang ada dalam minyak herba asmak ni. ada minyak zaitun, minyak kelapa dara, gamat dan habbatus sauda. oh, lupa nak tunjuk yang mana. ni gambar packaging baru. 

see? nice. sekarang ada versi minion tau. comel. haha. aku suka betul minion ni. aku letak dalam beg duit. senang bawak ke mana-mana. bila rasa tak selesa, berangin ke, lenguh badan ke, kembung ke, aku sapu je. alternatif selain ubat. 


minyak herba asmak ni ada 30ml dan 10ml. 10ml ni la yang aku jatuh cinta tu. cukup-cukup masuk dalam purse. purse simple, mak anak 2. heee. 

ada satu hari tu, migrain aku menyerang kembali. lepas spray habasyi, aku sapu minyak herba asmak kat kepala. perlahan-lahan, beransur hilang. memang ambil masa, tapi sekurang-kurangnya, kita ikhtiar. (+__+).


nak buat sebagai minyak telon pun boleh. hari tu, anak aku kembung, kebetulan ada dekat sisi, ambil, aku sapu kat betis anak, perut, belakang dia, alhamdulillah. lega dia tak lama lepas tu. along pula jenis berpeluh akan miang, ada satu malam tu, aku sapu kat leher dia, lena dia tidur malam tu. seronok sangat dapat tengok anak-anak sihat. alhamdulillah. alhamdulillah.

bila tengok anak-anak, teringat pada anak-anak seakidah kita di syria, rohingya. Allahu Akbar, moga Allah lindungi mereka. (T__T). moga Allah ampunkan kelalaian kita dalam mendidik anak-anak dengan ketidaksabaran kita, kata-kata kita, perlakuan kita. moga Allah tetapkan hati dan iman kita dalam agama Islam. Allah, berat ujian mereka, dan berat juga ujian anak-anak kita di sini yang dihidangkan dengan hiburan merata-rata. Nauzubillah. mohon doa semua untuk anak-anak kita semua.

dari dropshipper, aku mula kumpul modal untuk jadi agen. alhamdulillah, Allah permudahkan lagi. Customer pertama minyak herba asmakku adalah regular customer razuan store kami, Puan Marni Md Nor. mula-mula, beliau beli 10ml minion tu, kemudian repeat dengan 30ml sebab beri pada kakaknya.

Bila produk berkualiti, automatik customer akan repeat. Biarlah gambar berbicara tentang keberkesanan minyak herba asmak ini.


Founder produk minyak herba asmak, Puan Nor Fazilah Abd Mohd juga turut educate kami, agen-agen ni untuk memasarkan kebaikan dan keberkesanan produk dengan cara yang betul supaya rezeki yang kami terima halal dan barakah. kami ditempatkan dalam jemaah yang ramai dari seluruh negeri. 

Banyak kebaikan jadi pengedar ni. Kami sedang dalam proses membina rangkaian mham yang berilmu.

saya agent yang bermastautin di Kuantan. boleh hubungi saya di page FB razuan store atau personal FB: Rubiatul Addawiyah

 Puan founder turut mengeluarkan versi 30ml yang multipurpose, sebab boleh menabung. Menabung satu amalan mulia. Packaging ni start bulan november lepas. kotak pun comel, ada gambar kartun lagi. menarik. hihi. 



jom follow IG, FB dan YouTube minyak herba asmak ni. 




alamak, anak-anak dah bangun. hihi. ni pun curi masa bercerita. lama tak menulis dah. biasalah bila beranak kecil, kan. seronok tengok anak-anak membesar sihat cerdas dan cergas. saya doakan untuk anak-anak reader juga. ok, nanti kita sambung cerita lagi. ada sebarang pertanyaan, klik aja kat link-link di atas.

terima kasih sudi baca.

Friday, October 4, 2013

perjalanan


ku telusuri perjalanan panjang hidupku,
pelbagai perkara datang dan pergi,
semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit
yang pastiku simpan dalam kotak kenangan

lama sudah rasanya tak berkelana 
menjenguk bumi Tuhan
menjengah jejak-jejak pengajaran
yang mungkin wujud
pada satu-satu penciptaan Tuhan
memujuk diri dengan kelana yang panjang

sukar..
menjadi sabar dan redha
tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan 
untuk berbuat demikian

lantas aku sering berfikir
apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami
selalu buntu menemani diri
akankah berulang?
mungkinkah selamanya?
sampai bila semua ini perlu berlaku?
apa yang perlu aku lakukan?
redhakah aku?
sekuat mana aku boleh bersabar?
kotak fikirku jadi tepu
berlegar-legar mencari satu jawapan

mungkin..
x seberat pada pandangan mata insan
namun yang merasai
terasa berat bebanan yang ditanggung

namun
kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan
saat emosi x mampu lagi bertahan
gugur jua airmata yang aku simpan

tabah?
entahlah..
mungkin menjengah hikmah Tuhan di balik penciptaan 
atau 
mungkin
diri ini sedang dibayar
dengan dosa-dosa lampau

QS 13:28
pujuklah hati
wahai Pencipta Hati..
tiada daya dan upayaku
melainkan berserah sepenuhnya 
PadaMu







Friday, August 2, 2013

senyumlah

senyumlah wahai diri,
senyum lah..
sembunyikan lah apa yang terbuku di hati..

pengorbanan itu kan pasti bawa erti..
dugaan itu mengajar sabar dan redha..
benar,bukan?

senyumlah..
kerana disebalik senyuman itu,
kan pasti ada hati-hati yang tersentuh..
dengan tulusnya senyummu,
walau hatimu bukan seceria senyumanmu..

senyumlah wahai diri..
senyumlah wahai hati..
biar tangismu tak didengari..
tapi,
Tuhan Maha Mengerti..

~senyumlah~

Saturday, June 15, 2013

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan,
tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam,
kita tahu, 
semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri..

tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, 
pada orang yang mahu berfikir..

selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran..

rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati..
jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya..
tapi,rasa tenang itu tetap ada..
kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha..
beriman dengan Qada' dan Qadar..

selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati..
mungkin bukan secara berhadapan,
ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu,
apa masalah yang dia hadapi...
tapi, kerana dia juga beriman,
kami berkongsi solusi,
atas dasar yang sama..

terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik,
tapi,tetap,
ujian itu selalu ada..
untuk setiap hamba-hambaNya..

ketidakpastian itu,
pasti akan ada..
sampai Allah menjemput kita..

dan tugas kita sebagai hamba,
berusaha dan terus berusaha,
sebaiknya
sambil bertawakal pada Nya
kerana Dia
Pemilik Kita..

..Wallahu a'lam..


Monday, April 8, 2013

~terindah~

hadirnya tanpa ku sedari,

menggamit kasih cinta bersemi..

anugerah kurniaan Ilahi...

semua itu pengalaman yang tak terhingga untuk sebuah kenangan yang pasti akan disimpan dalam ingatanku

~alhamdulillah~

menatap kehadirannya dalam rahimku, bertuahnya aku..

sayang, membesar dengan baik, sihat dan semoga dirimu dilindungi dari syaitan yang direjam..

sayang, ummi dan abah menunggu kelahiranmu..

rasa yang pelbagai, emosi yang tak tentu hala, mengidam makanan yang bermacam-macam, kelesuan..segalanya..

semuanya pengalaman terindah untuk ummi dalam mengandungkanmu..

(^_^)

tiada kata yang terindah untuk menggambarkan perasaan ummi tika ini..

alhamdulillah!


Tuesday, March 19, 2013

CORETAN: BULAN KE-2

Bismillah

di awal pertemuan, tiada siapa tahu jodoh itu bila dan di mana,juga siapa
semua percaturan hak milik Tuhan yang menciptakan manusia itu berpasang-pasangan,supaya merasa tenteram kepadanya..

Alhamdulillah, genap usia 2 bulan perkahwinanku..
ruang dan masa yang telah berlalu, perlu dijadikan titik tolak sempadan dan pengajaran pada kami berdua..
biarlah masa yang bakal berlaku dipenuhi dengan mawaddah, rahmah dan sakinah hendaknya, insyaAllah..

abang, 
isterimu ini sedang dan masih cuba belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untukmu,
biar saat dirimu memandangku, terasa ketenangan di sanubarimu,
saat kita berjauhan terpisah, diriku sentiasa ada dalam ingatanmu,
dan
andai badai bergelora cuba menghentak bahtera rumahtangga kita,
diriku dan dirimu akan cuba sebaiknya mempertahankannya..

abang,
dirimu antara insan istimewa yang Tuhan anugerahkan dalam mewarnai perjalanan hidupku..

terima kasih untuk segala cinta, kasih juga pengorbananmu dalam menjadikan rumahtangga kita sempurna..

padaNya juga tempat kita berlindung dan bertawakal untuk segala perjalanan hidup kita bersama..






Wednesday, March 6, 2013

rindu menggunung: dia+ibu+ayah

RINDU..

pada segugus senyuman milik dia
pengubat dan kekuatan yang Tuhan beri pada dia, dalam hidupku,
Tuhan menciptakan dia, 
dan memberi keizinan untuk dia berkongsi hidup denganku..
kadang-kadang, 
ketidaksempurnaanku, dia lengkapkan,
dan begitu juga aku harapkan sebaliknya, padanya..

bila rindu,
selalu aku khabarkan pada ibu..
perihal dia, sambil ketawa, tersenyum, sering juga dengan airmata,
mengenangkan perangai dan tingkahnya yang mencuit atau mengguris naluri kecilku,
berkongsi, meminta nasihat, pandangan dari ibu yang sudah lama makan garam dari anaknya ini..

dan ibu pasti kata:
'anak ibu mesti rindu ni..dari tadi asyik bercerita perihal dia..'
'anak ibu ok?'

ibu..
benarlah ibu itu lebih mengerti perasaan dan laku anak-anaknya,
meski jauh terpisah beribu batu,
namun gerak hati ibu seakan dapat membaca diari hidup anak-anaknya..
kuasa Tuhan yang satu..

'anak ibu sihat?'

'kenapa diam, nak?'

'sabarlah, sayang, Allah sedang mengujimu'

'kamu bahagia, nak?'

ayah pula..
tak banyak bercakap, saat melepaskan anaknya ini satu masa dulu, 
untuk hidup bersama orang yang telah menerima amanahnya,
sering,
keletah ayah dan senyuman tuanya itu menggamit-gamit,

'bagaimana hidup sebagai seorang isteri?'

'pakat baik-baik ye, nak..ayah doakan untuk kamu berdua..'

'anak ayah sorang ni..'

dan paling tak dapat ditahan lagi airmata ini bila ibu berkata:
'lepas mesej dengan kamu tadi, ibu terlelap..ibu mimpi kamu berdua balik tadi'

Hmmm..ibu, saya juga rindu ibu ayah..T_T

.:::semoga Tuhan beri ganjaran, untuk setiap pengorbanan dan redha ibu ayah padaku juga dia:::.



Ibu, ayah, tunggu kepulangan kami ya..




 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating