Monday, November 29, 2010

.:::doa selepas tashahhud akhir sebelum salam:::.

..assalamualaikum w.b.r. pembuka bicara..
..tanda mendoakan kesejahteraan buat semua..

apa khabar sahabat alam maya saya??

saya harap semuanya sihat-sihat belaka..InsyaAllah..
jika kurang sihat..jangan lupa berjumpa doktor ya..
nikmat sakit juga boleh menjadikan kita yang sentiasa alpa dengan nikmat sihat supaya selalu mengingati Allah dalam setiap masa..
x kira masa senang@susah
masa lapang@sempit
masa kaya@miskin
masa sihat@sakit
masa muda@tua
pendek kata..
masa hidup kita..

sakit itu kafarah dosa
bersabarlah..
mohon disihatkan semua sahabat-sahabat alam maya saya..amin..

oh,ya!ini doanya yang boleh saya kongsikan:

1] "Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, daripada seksaan neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan kematian serta daripada fitnah al-Masih al-Dajjal"

[Riwayat al-Bukhari. Fathul Bari 6:407; Muslim 1:306. Lafaz hadis ini daripada riwayatnya]

atau boleh baca doa ini.

2] "Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah al-Masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan belenggu hutang"

[Riwayat al-Bukhari 2:102; Muslim 1:412. Lafaz hadis ini menurut riwayat Muslim]

buku:Pelindung Diri, Himpunan Zikir al-Kitab dan al-Sunnah, Sa'id bin 'Aliy bin Wahf al-Qahtaniy.

selamat beramal..(^_*)


~kecil ujian+besar iman~

assalamualaikum w.b.r

salam sejahtera ke atas kamu duhai sahabat-sahabatku

apa khabar semua?

lama x ketemu ya!^_*

kali ni cuma ingin berkongsi satu ayat:

"JANGANLAH DIPINTA KECILKAN UJIAN SEBALIKNYA PINTALAH DIKUATKAN IMAN MENGHADAPI UJIAN"

sama-sama kita pertingkat iman kita setiap hari..siraminya selalu agar iman kita kembang mekar dan subur mengikut ketetapan al-Quran juga sunnah Nabi.

jangan lupa untuk tambah ilmu juga..

~salam kasih kerna Allah dari seorang hamba Allah~

Friday, November 12, 2010

~fenomena Maher Zain di rumahku juga??~

assalamualaikum w.b.r

salam pembuka bicara
penuh santun saya menyapa
apa khabar semua?

(^_*)

2-3 hari ni nampaknya mood berpantun sudah menjelma..(^_^)

sekadar mengenang akar umbi yang x lapuk dek zaman..

hmm..bagaimana ingin saya cerita ya?

ingatkan fenomena maher zain ini cuma diluar sana..x sangka pula ia juga menular di rumah saya..

si kecik "adik" yang sudah kami anggap sebagai adik bongsu kami itu sudah pandai menyebut nama Allah seawal usia 2 tahun tanpa pelat..

Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh isi alam ini..

"siapa jadikan adik?"

"Allah"



ringkas jawapan si kecil itu..meski dia belum benar mengerti apa yang dia ucapkan..

benarlah..bayi itu seperti kain putih..kita yang mencorakkannya untuk menjadi Majusi, Nasrani atau Islam sendiri..

"InsyaAllah"

"InsyaAllah"

laju kalimah itu meluncur dari bibir mungilnya mendendangkan lagu Maher Zain..MasyaAllah..Subhanallah..hebat sungguh kejadianMu Ya Allah..

si kecil itu pun bisa melagukan kalimah Allah..

bagaimana kita?

saya juga suka mendengar alunan nasyid dari Maher Zain terutamanya lagu InsyaAllah..

bait-bait kata yang terkandung dalam lagu tersebut benar-benar memberi saya motivasi saat kecewa dan kurang bersemangat..

siapa lagi yang perlu ubah diri kalau bukan diri sendiri,kan?

salah satu caranya..saya dengar lagu Maher Zain ini..

~InsyaAllah~

turn to Allah
He's never far away
put your trust to Him
raise your hand and pray

don't despair and never loose hope
cause Allah is always by your side

ini full version punya lirik yang saya dah edit sikit..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away

Put your trust in Him
Raise your hands and pray


Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way

Showed me the way

Insya Allah we`ll find the way

syukran Maher Zain atas kesedaran ini..dalam ramainya artis yang lahir seperti cendawan tumbuh dan hedonisme yang semakin merajai ini..masih ada artis seperti dia yang boleh menyedarkan kita sebagai manusia yang seringkali alpa dan leka ini..semoga Allah merahmati dia atas usahanya itu..

~InsyaAllah..Allah sentiasa bersama kita..walau apa pun keadaan kita~

terima kasih adik!kak ngah sangat2 menyayangi kamu..x sabar rasanya nak dengar kamu bebel..baru pandai bercakaplah katakan..

semoga kamu menjadi syabab yang berjuang demi agama Allah!

kak ngah sayang kamu...



Allah Maha Besar!

Thursday, November 11, 2010

~kemana halanya destinasi cinta kita?~

assalamulaikum w.b.r

bertemu kembali sahabat-sahabat alam maya saya

saya doakan kalian sihat sentiasa dan dirahmati Allah walau di mana kalian berada

doakan untuk saya juga ya..^_*

syukran..

terpikat dengan bait-bait lagu ini

mari sama-sama kita umpil makna tersirat nya

mesti ramai yang pernah dengar nasyid dendangan mestica ni,kan??

saya suka dengan muziknya, bait-bait madah nya yang tersirat dan tersurat..

~destinasi cinta tajuk diberi~
mari sama-sama kita renungi

eh,berpantun pulak saya..(^_^)

terimalah..

~destinasi cinta~

Ku menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu

suka x??(^_*)

teringat kekhilafan diri dalam mentafsir cinta..

rupa-rupanya syaitan sentiasa ingin menguasai anak adam

walau dimana..jua ketika..

"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam"

ampunkan dosa-dosaku Ya Allah

tanpa sedar..

selagi denyut nadi belum berhenti..
durjana syaitan kan cuba menodai
segumpal darah bernama hati

selagi kita masih bernyawa dan bergelar manusia yang mempunyai jiwa

dia xpernah akan berhenti mengganggu kita

sehingga kita mengikut petunjuk dia

sungguh durjana sikap syaitan itu!

lantas dia akan mentertawakan kita di akhirat kelak

kerana telah berjaya menyesatkan kita

jauh dari keimanan sebenar kepada Allah


selamat bermujahadah

buat saya..juga teman-teman saya..

dalam melawan hawa nafsu dan kata-kata syaitan

yang selalu ada bila kita lalai dan leka

dari mengingati Allah

sekian dari saya

untuk cuaca petang yang sangat mendamaikan ini

~air mata yang gugur kerana takutkan Allah itu lebih bermakna dari segala air mata yang tumpah di muka bumi ini~

boleh dengar nasyid tu di sini
http://www.youtube.com/watch?v=o0Wq8sJcSqs

antara doa-doa dalam memohon ketetapan hati:
rujukan : motivasi diri; ubat hati; Ustazah Siti Nor Bahiyah

1. "Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada
jalan ketaatan kepada-Mu" [Riwayat Muslim]

2. "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami
kepada agama-Mu" [riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Hakim, dianggap sebagai sahih oleh
al-Hakim dan al-Zahabi]
















Wednesday, November 10, 2010

~wajah kesayangan hamba~

assalamualaikum w.b.r.

rindu semakin menggamit untuk menjejakkan kaki ke kampung halaman..

berteduh di dalam syurga dunia itu

baiti jannati

usrati hayaati

buku yang dibaca sempena exam seakan-akan tulisan yang tak berwarna dan kosong halaman muka suratnya..

bila rindu menjelma

duduk dan berdiri

tidur dan makan

seakan hilang manis madunya

semua yang dibuat bagaikan pudar warnanya

begitulah kasih dari kesayangan hamba

nun jauh di mata

namun sentiasa dekat menghiasi kamar hati

menatap wajah-wajah kesayangan hamba

seolah-olah kembali di dunia nyata

bila kasih mereka

menguntum kembang mekar di jiwa

wajah-wajah kesayangan hamba

yang mencorakkan seri kehidupan hamba

di muka bumi yang sementara ini

semoga wajah-wajah kesayangan hamba

sabar menunggu kepulangan hamba

hamba sangat-sangat butuhkan

pelukan mesra ayahanda bonda

senyuman dari wajah-wajah kesayangan hamba

bisa mewarna-warnikan lagi kembara hamba

di bumi perantauan ini

hamba sangat-sangat merindui

mendengar suara-suara kesayangan hamba dari dekat

dalam menasihati juga membimbing hamba

~salam kasih dari anakanda jauh di perantauan~

~buat wajah-wajah kesayangan hamba yang jauh di mata~

~hamba sangat-sangat merindui untuk menatap wajah-wajah kesayangan hamba~

..nantikan kepulangan anakanda ya wahai ayahanda bonda tercinta..



Saturday, November 6, 2010

~doamu titian kejayaanku~

assalamualaikum buat semua sahabat alam maya saya..

apa khabar kalian semua?semoga sihat senantiasa hendaknya..amin..

lagu ini saya tujukan buat umi ayah saya yang tercinta nun jauh di kampung halaman..

rindunya rasa pada mereka..

mereka yang telah membesarkan saya..

dari kecil hingga dewasa ini..

terima kasih x terhingga

tanpa mereka..

siapalah saya..

x mampu saya balas jasa-jasa mereka..

hanya doa mampu saya hulurkan buat mereka..

Ya Allah..

kasihanilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sewaktu kecilku..

ampunkan dosa-dosa mereka..

rahmati mereka dunia juga akhirat

semoga kasih kami sekeluarga hingga hujung nyawa..

amin..

maafkan anakmu kernaku tidak sempurna..

ampunkan dosa-dosaku
doakan kejayaanku dunia jua akhirat
duhai umi ayahku..

lagu ini khas untuk umi dan ayah..

uhibbu ya ummi wa abi

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah umi
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

nasyid ini boleh didownload di link ini..selamat mendengar..^_^
http://www.4shared.com/audio/j8HS6tM6/Devotees_-_Aku_merinduimu.htm

..ya ruuhi wa hayati..

Thursday, November 4, 2010

~penyejuk mata..penenang di hati~

assalamualaikum buat semua sahabat bloggers sekalian..

video ini mungkin ramai yang pernah lihat..namun ingin juga saya kongsikan di sini kerana background musicnya yang menggamit naluri yang sangat sesuai dengan kartun tersebut..

..moralnya..hargailah orang yang kita sayang..

..selamat menonton..




video
 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating