Showing posts with label ceritera tafsiran mata. Show all posts
Showing posts with label ceritera tafsiran mata. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

~saman?~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

syahdunya mendengarkan bacaan imam untuk solat terawih tadi..terasa syahdu lagi jika faham makna ayat-ayat bacaan imam..beruntung siapa yang berkongsi rusuk kiri imam ini..hanya Allah berkuasa membalas jasa-jasa imam ini..mudah-mudahan 'imam' saya sepertinya..amin..

fasa kedua ramadan telah tiba..sekejap saja rasanya masa berlalu..sudah 10 hari kita berpuasa..

selesai terawih tadi, ada sedikit tazkirah yang saya rasa patut untuk dikongsikan bersama di sini..kata ustaz, bayangkan jika polis memansuhkan saman..analogi yang baik..apa yang akan kita lakukan..ada kawan yang menjawab, "sukalah orang nanti,xpayah bayar saman"..

mengapa kita langsung tak terfikirkan analogi seperti ini sebelum ini?sedangkan al-Quran kalam Allah itu sentiasa menjadi teman di sisi..tafsirnya kita baca..tapi dosa masih tetap juga menjadi sebahagian daripada diri kita..benar,kan..saya juga tak terkecuali..

nah!ramadhan fasa kedua sudah menjelma..tiada yang Allah berikan di bulan mulia ini..melainkan semuanya rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka..jenguklah pintu ramadhan ini untuk kita menambah amal-amal kita sebaiknya..ajal kita mungkin saja sekarang, atau pagi nanti..semua itu bukan dalam bidang kuasa kita..sebab itu Allah telah memberi kita panduan dan petunjuk untuk kita mempercayai adanya hari pembalasan itu setelah datangnya kematian..di sana nanti, mata,tangan,kaki..pendek kata,anggota tubuh kita yang akan memperihalkan segala perilaku buruk dan baik kita..tiada lagi tipuan yang dusta..tiada lagi tempat untuk kita melarikan diri seperti kita berada di dunia..tiada lagi teman kita mengadu kasih dan harapan..

Allah menciptakan dunia sebagai jambatan kita menuju akhirat..siapa yang kalah dan hubbun dunya..akan majulah dia di dunia fana penuh tipu daya juga muslihat ini..dunia dipandang seenak-enaknya..akhirat diketepikan seolah-olah tiada timbangan yang akan dipersoalkan nanti..sebaliknya, jika dia mencintai akhirat, dia akan sebaik-baiknya mengusahakan dunia ini kerana Allah dan hari akhirat..berbeza,kan?

namun jangan pula sehingga kita menyembah ramadhan..maksudnya, dalam ramadhan saja amal-amal ini kita peruntukkan..ramadhan sebagai bulan untuk kita berehat dan muhasabah diri serta untuk menambah kekuatan supaya kita menjadi kuat untuk 11 bulan yang akan datang..

"Barangsiapa menyembah ramadhan, ramadhan akan mati..tetapi barangsiapa yang menyembah Allah, Allah tetap hidup dan tidak akan mati "

oleh itu, mari sahabat-sahabatku sekalian!!kita kejar akhirat yang kekal ini..berbahagialah kiranya yang dapat mensucikan dirinya hingga tiba ajalnya..semoga kita semua digolongkan dalam golongan tersebut..amin..

~tazkirah ringkas~

Sunday, July 31, 2011

~salam ramadhan~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

~elaika~


bila buntu,
ku ucapkan namaMu,
bila gelisah,
ku mohon padaMu,
bila tenang dan senang,
bukankah itu petanda Kau mengujiku?
sungguh!
limpah kurniaMu teramat luas
untuk ku rasai

Lihat pada alam Tuhan yang luas terbentang, terasa kerdil sebagai hamba yang selalu menentang

di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua atas segala salah dan silap saya..terima kasih untuk mereka yang sentiasa menemani dan mewarnai hidup saya..saya doakan kalian senantiasa dalam rahmat dan naungan Allah..

..salam ramadhan dari saya..

..mari kita kejar bulan penuh rahmat dan maghfirah ini..

Saturday, July 30, 2011

~nota az-zahra'~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


assalamualaikum..

di rumah saya x astro..tapi bila berkesempatan menonton astro..tertekan pula channel baru..tv al hijrah..masyaAllah..pengisiannya, pada saya, patut dipuji..contohnya, laukana bainana..rancangan seperti itulah yang patut ditonton kerana saya melihat pada zaman serba canggih ini, manusia semakin hilang akhlaknya..

saya berkesempatan menonton nota az-zahra' tadi..

menitis air mata saya melihat kesungguhan seorang wanita ini..tak perlulah saya sebutkan namanya, kerana umum telah mengetahui perihal wanita ini..kesungguhannya membela nasib anak-anak malang itu membuatkan saya berfikir akan kehidupan saya selama ini..

katanya,
"yang paling saya gembira, bila anak-anak saya khatam Quran"

diterapkan anak-anaknya dengan ilmu dunia juga akhirat..

katanya lagi,
"sayang anak dipukul-pukulkan, barulah menjadi insan berguna"

keikhlasannya, kesabarannya dalam mendidik anak-anak yang langsung tiada pertalian darah dengannya, hanya Allah mampu membalas jasanya..mendidik anak sendiri saja banyak cabarannya..ini pulak mendidik anak orang lain..tentu lebih lagi cabarannya..bukan calang-calang orang yang mampu melakukan sebegitu..

entah kenapa, saya rasa sayu..mulia sungguh hati wanita ini..mampukah saya jika berada di tempatnya? dan saya belajar banyak perkara daripadanya..

katanya lagi:

Kalau kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita..
Kalau kita kejar dunia, akhirat akan lari dari kita..

..fikir-fikirkan sedalam-dalamnya..

Sunday, July 24, 2011

~ucaplah alhamdulillah~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salamun a'laik..apa khabar semua?

setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza-beza untuk sesuatu situasi yang berlaku..namun, setiap situasi itu bukanlah diciptakan secara sia-sia..pasti punya alasan, sebab juga akibat untuk situasi itu..membaca fanzuru..saya didedahkan dengan cara berfikir secara 360 darjah dan secara 3D..

kadang-kadang, apa yang kita impikan x seperti apa yang kita bayangkan..kadang-kadang, langsung ianya tak pernah terlintas dalam akal fikiran kita..namun ketahuilah..apa yang Allah telah aturkan amat baik perancangannya daripada perancangan manusia..

nah!lalu apakah yang patut kita lakukan?

ucapkanlah alhamdulillah!!

teringat saya surah ar-Rahman..maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

nikmat iman dan Islam..
nikmat bernafas..
nikmat melihat..
nikmat berfikir..

maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..hanya kita sendiri bisa mencorakkan nikmat-nikmat yang diberi itu dengan sebaiknya..

Indahnya Islam..tidak pernah Allah menzalimi hamba-hambaNya..kita sendiri yang sentiasa menzalimi diri kita..

ayuh! kita intai-intai kesilapan, kesalahan, kealpaan kita selama ni sebelum tibanya saat kematian kita yang entah bila akan menjelma itu..kebetulan pula..x lama lagi, bulan puasa bakal tiba..mari kita tambah-tambahkan kekurangan kita untuk bekal kita ke sana nanti..insyaAllah..

memandang laut kebiru-biruan yang tiada penghujungnya itu, terfikir saya bagaimana penghujung hidup saya kelak? Wallahua'lam..

jika ada yang bertanya, mengapa kita perlu beramal sedangkan setiap hamba itu mempunyai qada dan qadarnya..

ketahuilah..tiada siapa pun yang mengetahui tentang qada dan qadarnya..maka janganlah mempersoalkan apa yang akal kita tak mampu jangkaukan..mari beramal selagi udara itu mampu kita sedut melalui hidung kita..dan selagi mata kita mampu melihat keindahan dunia ciptaanNya..dan juga akal kita mampu berfikir tentang kekuasaan Allah yang tiada taranya itu..

jangan pernah lupa tujuan kita dicipta di muka bumi yang penuh dugaan ini..

sebelum terlewat, ucaplah ALHAMDULILLAH!

~bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!~

Friday, July 15, 2011

~sulit~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


kadang-kadang, hidup ini amat sulit untuk dimengertikan..

seperti kata mutiara bernilai..kerana Tuhan bekerja dalam rahsia..

benar bukan?

kadang-kadang, terasa hidup ini amat sukar untuk difahami..rencananya, kisahnya, watak-wataknya, semuanya dalam genggaman Yang Maha Esa..kita manusia yang diciptakan terbatas akal fikirnya..

kadang-kadang, hidup ini amat payah ditafsirkan..rancangan kita tidak sehebat rancangan Dia..penuh kisah kasih pada sesiapa yang mengerti kesahihan kalam-kalamNya..

kisah kita hanya Dia yang mengetahui..kerna kita berada di bawah naungan langit indah ciptaanNya..

kita bertuah berpijak di dunia ciptaanNya..kita beruntung menjadi hambaNya..

kadang-kadang..kesulitan itu akan menjadi indah bila kita sentiasa berpayung pada hujan rahmat dan salju kasihNya..

Kerja Allah tidak pernah rahsia bagi yang mahu memahaminya..~Tn.Rohidzir Rais~


~bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan!~

Sunday, July 10, 2011

~cetusan rasa~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

membaca karya Dr.MAZA seperti mengerti apa yang dirasai..pelbagai tafsiran saya dengar, baca dan lihat..keliru mungkin..Wallahua'lam..



seperti juga membaca coretan oleh Genta Rasa..cukup lembut hatta berkesan untuk saya memahami maksudnya mungkin..Wallahua'lam..








Wednesday, June 22, 2011

~a journey to remember~



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


assalamualaikum ya sahabat..kabare?waras nggak?



tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..

lihat sahaja gambaran hujan yang membasahi alam..bukankah hujan itu berupaya menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan juga bisa menyejukkan suhu bumi walaupun sebentar?



mari ucapkan alhamdulillah atas turunnya hujan ini..sesekali kita mengeluh kerana kepanasan bumi..nah!hari ini Allah telah turunkan hujan rahmatNya..



biar sesibuk mana pun kita di saat ini..jangan pernah berhenti berdoa padaNya..



teringat saya kenangan journey di Korea..alhamdulillah,berpeluang menjejakkan kaki saya ke sana..kabusnya setiap pagi seperti ini, namun kerana negaranya yang mempunyai 4musim, semakin lama suhunya semakin meningkat..maklum kerana sekarang musim panas..

awal musim panas, suhunya masih lagi mampu membuatkan orang-orang yang tak berapa biasa dengan musim sejuk seperti saya ini menggigil kesejukan..saat-saat paginya sangat-sangat saya tunggu kerana saya kepingin benar melihat kabus pagi di negara orang lain..terasa seperti mahu bermastautin di sana..namun setelah melawat Boramae Safety Experience Center, saya rasa beruntung menetap di Malaysia..



kabus paginya sangat tebal..sehingga boleh mengeluarkan 'asap' dari mulut..saya pun xtau nak membahasakan 'asap' itu sebagai apa..=)..tapi saya dan kawan-kawan begitu teruja..kata seorang kawan, suhu pada pagi saat mula-mula kami sampai adalah 18 darjah Celcius..pengalaman pertama sampai di negara orang dan pengalaman pertama menaiki kapal terbang..bermacam-macam terlintas di fikiran..(tulah,suka sangat tengok cerita thriller..=)..)

untuk bergerak ke KAIST, kami memulakan perjalanan dari Incheon seawal 6pagi..subuh di sana pada jam 3.30pagi..saya senang dengan cuaca sesejuk dan nyaman itu..tambahan lagi,Incheon pada waktu pagi jauh dari kesibukan..damai sangat saya rasa..

KAIST..Korea Advanced Institute of Science and Technology..ia adalah sebuah universiti terkenal di Korea..kami melawat Fakulti Elektrik di KAIST dan berjumpa dengan beberapa orang pelajar Malaysia yang belajar pelbagai jurusan di sana..mereka adalah pelajar-pelajar yang sangat berdedikasi..saya rasa bertuah dapat berjumpa serta berkongsi pengalaman mereka..

jatuh bangunnya sesebuah negara adalah juga disebabkan oleh generasinya..justeru saya melihat generasi mereka sangat mementingkan pendidikan setelah apa yang mereka alami sebelum ini..daripada tiada apa-apa,mereka bangkit menjadi sebuah negara yang maju dan berteknologi tinggi setelah merdeka..

~tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain~




Tuesday, May 31, 2011

~kerana dirimu begitu berharga~



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


duhai muslimah,

dirimu tercipta begitu berharga

jangan kau sia-siakan dirimu duhai temanku

tidakkah kau tahu menutup aurat itu bukanlah satu kekurangan..malah ianya sebagai menghormati dirimu sendiri..

tidak mahukah dirimu menjadi permata yang sangat bernilai dan berharga?

bukankah permata itu sentiasa

disimpan rapi sebelum dimiliki oleh seseorang yang sangat membutuhkan kamu?

kemudian dipakainya dan dijaganya sebaiknya..

itulah perumpamaan kamu duhai temanku..

dirimu tercipta dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan
yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk

didiklah dirimu dengan keimanan
bukan dengan harta atau kepujian
kelak tidak derita
berharap pada yang binasa

dengarlah teman
kerana dirimu begitu berharga

ayuh sama-sama kita jaga aurat kita..kita x rugi sikit pun..Allah janjikan sesuatu untuk kita wahai muslimah..




untukmu teman-temanku..

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu
disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malumu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama

Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

~kerana dirimu begitu berharga~

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Surah al-Ahzab 33:59]



Sinergi_Kita dan Mereka


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


saya sedang bersemangat memenuhi masa terluang dengan membaca sinergi kembali..dan kali ini saya akan bercerita tentang sinergi pula..

Sinergi
..kerana iman,kita disatukan..
1+1=3

~mereka itu penjahat
kita adalah malaikat
Itu bukan di tangan kau untuk putuskan
mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat
maka pandanglah dengan iman
nanti kau akan nampak ruang kesatuan~

"Hidayah adalah milik Allah. Mereka yang faham, tugasnya menyampaikan, bukan menghukum"

hanya yang pernah membaca sinergi faham akan maksud saya..

Sinergi benar-benar tak mengecewakan akal dan jiwa manusia yang mendambakan kasih-Nya..

bacalah kalian!dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!
baca dan fahamilah!

Monday, May 30, 2011

~Matahari : Sang Penyeru~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sang Penyeru membuatkan air mata saya menitis..bulu roma saya meremang..lantas terucap kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah..beristighfar saya untuk kesekian kalinya..

imaginasi penulis tak terjangkau dek akal fikiran saya membuatkan saya berasa seperti berada di dalam cerpen tersebut..

benar kata Nabi Muhammad saw:
"Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan ia akan kembali dagang sebagaimana datangnya ia. Maka beruntunglah mereka yang dagang"

ya!berbahagialah kiranya yang sentiasa dalam petunjuk dan hidayah-Nya..

"Walau seluruh manusia menolak kehadiran Allah, Dia tetap ada, menguasai dan kekuasaanNya tidak pernah kurang waima manusia tidak mempercayaiNya. Semua manusia tetap tidak mampu memberikan mudarat kepadaNya, atau kepada manusia yang lain tanpa izinNya. Allah itu Kaya. Sesiapa yang berpaling daripadaNya tidak menjadikan kekayaanNya itu kurang walau sedikit pun"

Benar!Andai kering lautan sekalipun, kuasaNya tak mampu kita tandingi..kun fayakun!

saya seperti tenggelam dalam khayalan ke 2000 tahun selepas berlakunya Perang Dunia Ketiga itu..cuba bayangkan jika anak-anak kita tidak lagi terdidik mengenali Allah dan Rasulnya, mengetahui tentang iman dan Islam..di mana kedudukan Islam satu hari nanti? Natijahnya nanti adalah anak cucu cicit kita yang akan tenggelam dengan nafsu serakah dan pesona dari dunia sementara ini..sedangkan satu masa dulu, Islam begitu gah di 2/3 dunia..

bayangkan jika saat ini kita membiarkan anak-anak kita menonton televisyen waktu maghrib khususnya tanpa mengendahkan suara azan yang berkumandang di corong-corong pembesar suara masjid..apatah lagi jika kita tidak menyuruh mereka menunaikan solat..ke mana akan hilangnya suara-suara dendangan azan itu nanti?

bayangkan jika masjid-masjid yang gah besarnya dan menarik hiasannya, namun kosong tanpa manusia untuk solat berjemaah mahupun aktiviti-aktiviti sepatutnya yang patut ada di kawasan masjid? apa yang akan jadi pada rumah-rumah Allah ini?

nah!inilah yang cuba diselongkarkan penulis muda ini..sungguh bertuah mereka yang mendidik anak muda ini..

"Kalaulah mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan pekerjaan ini sehinggalah Allah sendiri yang menghentikanku"

Kata-kata itu menusuk kalbuku.

Bagaimana orang yang terlalu tua seperti atuk, mempunyai semangat yang amat kuat untuk menyampaikan sesuatu yang salah?

Atuk cuba bangkit.

"Semoga Allah merahmati kamu."

Atuk mengesat sedikit darah yang bersisa pada bibirnya. Dia yang terlentang cuba untuk bangkit. Kudrat tuanya dikerah. Kedua-dua tangannya menjadi tongkat menolak tubuhnya untuk berdiri.

"Semoga Allah mencampakkan hidayah kepada kamu."

Atuk mengukir senyum lagi.

pukulan demi pukulan diterima atuk yang tak upaya itu. hanya kerana dia mengaku Tuhannya adalah Allah..dan ramai orang memanggilnya gila, sewel dan tukang sihir.
tiba-tiba, jeritan si anak muda itu memecah suasana.

"Berhenti!"

"kamu panggil diri kamu orang kota, orang zaman maju. Aku kira kalau kamu terus menghukum tanpa menyelidik, apakah sangat darjat yang kamu ada?"

dan seterusnya, kalimah suci itu akhirnya terungkap dari bibir anak muda itu..hatinya telah tersentuh! bagaimana hati-hati sahabat-sahabat sekalian?

"Seka air matamu. Jalan ini sememangnya dihiasi dengan perkara-perkara sebegini. Kau sudah percaya bahawa Allah itu adalah Ilah dan tiada Ilah selain Dia. Maka, janganlah kau takut atau sedih, Allah itu sentiasa bersama-sama kita. Dia akan menunjukkan kuasa-Nya."

Aku menggigit bibir. Yakin dengan Allah. Allahlah yang mendatangkan keyakinan ini kepadaku.

"Dan sabar itu lebih cantik (Yusuf 12:18)"

Dendam hanya akan merosakkan jiwa dan akal manusia..mari kita ambil pengajaran dari Sirah Nabi Muhammad saw. pada permulaan dakwah baginda.

"Tetapi atuk, bukankah semua orang tidak menerima dakwah kita?"

Atuk tersenyum. "Semua?"

Benar! Hidayah milik Allah jua..dan fitrah manusia, mencari kebenaran..

propaganda mereka berlaku lagi..kali ini untuk menghapuskan terus atuk tua itu.

"Jangan risau, Allah bersama kita. Aku sudah kata yang Allah akan bantu kita. Aku kira ada keajaiban yang Allah ingin tunjukkan kepada semua. Supaya mereka percaya dan beriman kepadaNya, untuk kita bermuhasabah dan menguatkan iman kepadaNya"

lebih molek rasanya sahabat-sahabat sekalian menghabiskan membaca cerpen ini sendirian..bacalah!dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..bacalah!dengan mata hatimu..kau akan terlihat persamaannya dengan apa yang kita semua alami sekarang ini..mungkin ianya tidak begitu serupa pada pandanganmu, kerana kita sememangnya diciptakan berbeza-beza akal fikirnya..bacalah!kerana ada sesuatu yang perlu kau lihat dengan mata kasarmu!

Menyeru ibarat menembak rambang, pasti ada yang Allah pilih untuk terkena dan merasakannya. Tugas kita hanyalah sebagai penyeru. Allah jugalah yang menyampaikan hidayahNya.

Ya Allah, jadikanlah aku sang penyeru..

berjuang itu sememangnya pahit kerana ganjaran syurga itu amat manis..serulah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!


Sunday, May 29, 2011

mission possible part 2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


alhamdulillah..berkesempatan menyambung cerita saya sebelum ianya luput dari ingatan..

usai LDK1 selesai, kami kemudian meneruskan program kumpulan kami dengan LDK2..kami menyuruh mereka menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara diri mereka dengan idola-idola mereka..Nabi Muhammad s.a.w. patut menjadi idola bagi setiap Muslim..akhlaknya akhlak al-Quran..tiada siapa dapat menandingi karisma yang dimiliki baginda..justeru, ianya patut menjadi contoh terbaik dalam kehidupan..

kebebasan kami beri dalam memilih idola selain baginda kerana umum mengetahui baginda sangat cemerlang akhlak dan sahsiahnya..ada yang menyebut ayah dan ibu sebaga idola, ada juga menyenaraikan cikgu-cikgu mereka sebagai idola dan ada juga yang menyebut pelumba kereta dan paling saya tidak akan lupa, Bill Gates sebagai idolanya..kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang dimiliki mereka patut digilap lagi..bukankah mereka itu aset Islam?siapa lagi yang perlu bertanggungjawab mendidik dan membimbing mereka kalau bukan ibubapa dan cikgu-cikgu mereka yang sentiasa ada 24 jam bersama mereka?saya dapat lihat potensi cemerlang yang ada dalam diri setiap mereka..di sinilah wujudnya peranan penting seorang guru dan ibubapa dalam melahirkan generasi yang cemerlang pemikiran dan sahsiahnya..saya tersenyum sendiri mendengar mereka membentangkan idola-idola mereka..siapa pun idola mereka, nyata setiap idola mempunyai akal fikiran dan tubuh badan yang tidak jauh beza dengan mereka..saya juga berpeluang belajar sesuatu dari mereka dan LDK2 ini..

mental..tubuh badan..bagaimana kita sendiri mengawal kemampuan yang Allah anugerahkan ini..ke jalan sepatutnya atau sebaliknya..cuba bayangkan 24jam yang ada dalam hidup seseorang..nah!saya juga turut termotivasi dengan LDK2 ini..

saya teringat membaca Sirah Nabawiyah Raheeq al-Makhtum karangan Syeikh Mubarakfury tentang peranan baginda sebagai seorang pemimpin,juga dalam masa yang sama,suami dan ayah yang terbaik buat isteri-isteri dan anak-anak baginda..jika di medan perang, bagaimana baginda berfikir sebagai jeneral perang tentang strategi dan taktik-taktik perang dalam menewaskan musuh-musuh Islam seperti pembinaan parit dalam Perang Khandaq..perang juga tidak menggagalkan umat Islam terdahulu dalam menguatkan keimanan mereka kepada Allah..solat tidak pernah ditinggalkan,malah sempat untuk berjemaah dalam saat-saat genting seperti itu..kekuatan seperti ini yang patut kita adaptasikan dalam kehidupan anak-anak muda kini..

saya juga melihat kekuatan ini pada pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM..ianya bukan pujian semata-mata tetapi jika pentadbiran dan murabbi bertindak seperti itu,maka tidak mustahil generasi yang bakal dilahirkan adalah generasi Islam yang kukuh keimanan dan tinggi tahap ilmunya..saat azan bergema sahaja,segala kerja ditinggalkan dan bersegera menunaikan solat demi kerana keimanan dan kecintaan kepada Pemilik Sekalian Alam..

sains juga telah membuktikan bahawa solat itu menyumbang kepada produktiviti setiap pekerja..Hasil kajian daripada Jabatan Kejuruteraan Biomedikal UM oleh Prof. Dr. Wan Abu Bakar, Dr. Fatimah dan Ng Siew Chok telah membuktikan bahawa pergerakan-pergerakan dalam solat mempunyai manfaat tersendiri. Contohnya, pergerakan otot sewaktu solat, ianya umpama senaman ringan buat orang yang bersolat. Otak juga menjadi tenang selepas bersolat dan dibuktikan juga bahawa solat berjemaah akan menyebabkan badan menjadi lebih bertenaga..ini kerana cas positif yang wujud akan dialirkan kepada badan orang yang bercas negatif..

dalam masa yang sama,baginda juga berusaha meminimumkan kemusnahan dan memaksimakan keadilan tetap menjadi keutamaan..orang-orang tua,kanak-kanak juga kaum hawa menjadi keutamaan baginda..makhluk Allah seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan dipelihara dalam setiap peperangan..lihat saja kejahatan Israel dalam memusnahkan semua ini..tanpa mengira sesiapa,bom diledakkan di merata-rata..Ya Allah,kuatkan iman dan hati sahabat-sahabat seIslamku di sana..

sesi pembentangan berjalan dengan baik..saya lihat masing-masing memberi tumpuan dengan baik sekali..kadang-kadang diselang seli juga dengan gelak tawa dan gurau senda..

untuk mengelakkan rasa mengantuk, kami,fasilitator yang sememangnya telah sepakat untuk membuat 'game' sebelum LDK3 telah mendapat sambutan hangat dari adik-adik kumpulan1..

lelaki dan perempuan di asingkan..kami arahkan mereka membentuk satu bulatan dan berpegangan tangan..game ini untuk menguji semangat kerjasama dan berfikir dengan pantas..gelung tali kami masukkan antara salah seorang peserta dan mereka dikehendaki menggerakkan tali tersebut tanpa menggunakan tangan..kumpulan lelaki memenangi 'game' ini kerana bilangan mereka yang sedikit..kalah menang adat pertandingan..saya teruja melihat kerjasama antara mereka semua terutamanya kumpulan perempuan..mereka berusaha sebaik dan sehabis mungkin untuk menggerakkan gelung tali tersebut..semangat ini yang kami ingin terapkan dalam diri mereka..

selesai warm up ini, kami teruskan dengan LDK3..situasi kegagalan yang pernah semua orang alami..saya juga tak terkecuali dalam situasi kegagalan ini..kegagalan yang menjadi titik tolak dalam kehidupan saya sekarang..kegagalan yang saya jadikan pengajaran dan sempadan dalam menjalani kehidupan kini..gagal tak bererti kita tidak boleh berjaya..kegagalan itu antara guru terbaik kehidupan..Allah tak menjadikan kegagalan itu tanpa hikmah.. seperti dalam buku Life is an Open Secret..about a narrator walked down a street.

Scene 1:
I walk down a street, and there's a deep hole in the sidewalk. I fall in. It takes forever to get out. It's not my fault.

Scene 2:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It still takes a long time to get out. It's my fault.

Scene 3:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It's becoming a habit. It is definitely my fault. I get out immediately.

Scene 4:
I walk down the same street and see the deep hole in the sidewalk. I walk around it.

Scene 5:
I walk down a different street.

See?Either way, you need to decide and make the change. Not use the same excuses and definitely, don't make others as your excuses! It is your choice to decide your path and destiny!

ataupun, untuk lebih bermotivasi dalam menghadapi kegagalan..apa kata kita baca tulisan Hilal Asyraf dalam Langit Ilahi..


Daripada lompong-lompong kesilapan kita itu, kita belajar.

~ picture by Stranger of Deviant Art

Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadangkala dipandang sebagai sesuatu yang amat negatif dalam kehidupan insan. Ya, kalau kita lihat secara sekali lalu – silap dan salah – sememangnya adalah negatif.

Tetapi sebagai manusia, kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.

Ramai orang fobia dengan kesalahan dan kesilapan. Kerana mereka takut, ada celoreng hitam dalam perjalanan kehidupan mereka. Namun sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif 100%.

Kita patut memandang kegagalan, kesilapan dan kesalahan itu daripada luar kotak kebiasaan.

Kita ingat kita dah faham

Kadangkala, kita bersedia hingga sampai tahap kita merasakan bahawa kita telah faham atau merasakan bahawa kita telah mampu melakukan terhadap sesuatu perkara.

Untuk soalan periksa kita rasa kita sudah boleh jawab semua jenis soalan. Untuk tugasan kerja kita rasa kita mampu melakukan apa sahaja yang mendatang.

Namun tiba-tiba, kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham rupanya tidak tepat. Apa yang kita siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki dalam pekerjaan. Kita telah tersalah. Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.

Di sini kalau keimanan itu wujud bersama kita, pertama sekali kita akan pulang bersangka baik kepada Allah SWT.

“Mustahil Allah nak zalim pada aku.”

Hal ini kerana, jelas wujud di dalam Hadith yang ke-24, dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah: Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim.

Maka kita akan melihat semula kesilapan kita itu.

“Kenapa aku silap? Di mana aku silap? Macam mana aku boleh tersilap.”

Dan ketahuilah, apabila kita muhasabah semula, kita akan mendapat satu perkara baru. Pengajaran baru. Yang mana sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam kesilapan kita tadi, kita tidak akan mempelajari pengajaran tersebut. Kita tidak akan mengetahuinya. Namun dengan kasih sayang Allah SWT, dengan hikmahNya yang tersangat luas, Allah ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita.

Tidakkah kita memerhatikan?

Keberanian mengambil risiko

Apabila mempunyai rasa tidak takut untuk melakukan kesilapan, tidak takut untuk gagal, maka kita akan mempunyai kekuatan untuk mengambil risiko. Semestinya mengambil risiko sekiranya boleh, kita patut elakkan. Namun akan wujud situasi-situasi di mana, walaupun selepas perkiraan yang rapi, tetap wujud risiko yang menanti. Maka di situlah ketidak takutan untuk melakukan kesilapan tadi memberikan kekuatan untuk mengecas keberanian kita dalam mengambil risiko tadi.

Hal ini kerana, kita yakin bahawa, sekiranya kita tersilap, kita akan mempelajari sesuatu yang baru lagi.

Membaca kehidupan, kadangkala 1000 kali lebih bermakna dari membaca buku

Akhirnya apabila mendalami perkara ini, yakni belajar daripada kesilapan ini, kita akan melihat bahawa kesilapan, kegagalan, kesalahan, itu semua adalah pelengkap kepada kehidupan. Orang yang memerhatikan kesilapannya semula, kegagalannya semula, akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi, kepekaan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah peduli akan kegagalan mereka.

Inilah dia apa yang suka saya katakan sebagai ‘membaca kehidupan’. Bukan sekadar bergantung kepada teori-teori di dalam buku semata-mata. Namun melihat juga apa yang telah kita lalui di dalam kehidupan kita.

Belajar daripada kesilapan, belajar daripada kegagalan, itu semua banyak membantu untuk membina satu peribadi yang lebih mantap.

Tidak semestinya perlu silap dahulu. =)

Ada orang akan berkata kepada saya:

“Kalau macam itu, kita tak payah susah-susah belajar. Biar gagal dulu. Lepas gagal baru belajar.”

Saya tersenyum dan tertawa. Beginilah, mudahnya saya katakan begini:

“Kalau ada orang yang dah pernah terjun dalam api, dan kemudian cakap api itu panas, bersama bukti yang kukuh menunjukkan kecelakaan yang boleh dibawa oleh penerjunan ke dalam api(ada kesan kulit terbakar pada tubuh dia dan sebagainya), agak-agak wujudkah keperluan untuk kita turun ke dalam api juga?”

Tidak semestinya kita perlu silap dahulu. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah salah satu seni. Namun, apabila tiba masanya bila kita tidak lagi mempunyai pilihan melainkan berhadapan dengan risiko untuk melakukan kesilapan, maka jangan takut. Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bergeraklah.

Kalau berjaya itu alhamdulillah. Kalau gagal itu, kita belajar lagi. Dan semestinya, bila kita gagal, kita akan nampak sesuatu yang selama ini rupanya kita tidak perasan, melainkan apabila kita gagal.

Kadang-kadang, kejayaan atas angin kita itu, tak punya makna.

Tahukah apa itu kejayaan atas angin? Itulah dia kejayaan palsu.

Contoh, kita berjaya di dalam peperiksaan bukan kerana kita pakar atau faham dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi bernasib baik. Bernasib baik kerana sudah ada soalan bocor. Nasib baik kerana apa yang kita baru baca pada malam peperiksaan masuk. Nasib baik kerana, pensyarah tambahkan markah. Nasib baik kerana, kita sudah buat banyak latih tubi, dan jenis-jenis soalan tersebut masuk periksa.

Ini adalah kejayaan yang pada saya tak ada maknanya. Sebab kita sebenarnya tidak akan mampu memanfaatkan ilmu di dalam hal ini. Kita sebenarnya tidak pakar. Kita sebenarnya bodoh. Kita hanya bernasib baik. Berbelas A, atau segulung ijazah tidak bermakna sekiranya kita berjaya demikian.

Maka, dalam situasi ini, pada saya, kalau kita gagal, kalau kita tidak mendapat markah yang baik, kadangkala itu lebih baik. Moga-moga apabila kita gagal itu, kita tergerak untuk belajar lagi, melihat semula mengapa kita gagal. Di mana kita gagal. Agar kita belajar lebih banyak lagi. Faham dengan lebih baik lagi.

Sebab itu kadang-kadang, orang-orang yang bermarkah rendah lebih memahami mata pelajaran, atau pengkhususan dalam kos yang diambilnya. Kerana bila mereka mendapat markah yang rendah, mereka mengulangkaji semula. Belajar semula. Memahaminya semula. Berbanding mereka yang ‘bernasib baik’, cemerlang dan kemudian tidak melihat semula.

Penutup: Melihat kembali hikmah dalam kegagalan. Belajar dari kesilapan.

Pernah seorang pakcik berkata kepada saya, selepas saya kemalangan kenderaan.

“Memang begitulah. Nanti lepas ni, mesti lebih cekap bawa kereta.”

Saya tertawa. Tetapi memang betul. Selepas kemalangan itu, saya jadi lebih cekap. Lebih cermat. Lebih peka. Lebih sensitiv apabila memandu. Tidak leka dan lalai.

Belajar daripada kesilapan.

Tetapi apakah kita mesti ‘mengkemalangankan’ diri kita baru nak sedar?

Tidak semestinya. Kita boleh mula belajar daripada kemalangan orang lain dahulu. Namun begitulah, kadangkala kita dah belajar dah daripada kemalangan orang lain. Kita dah usaha dah untuk cermat. Kita rasa kita dah paling sensitiv dah. Namun, apabila Allah izin kita kemalangan juga, akan terbukalah pintu-pintu ‘kecacatan’ yang selama ini rupanya kita tidak lihat.

Maka daripada kemalangan itu kita belajar lagi. Menjadi yang lebih baik lagi. Lebih baik dari apa yang kita rasa selama ini kita telah baik.

Dan begitulah dalam hal-hal yang lain. Kegagalan, kesilapan, kesalahan, semua itu hakikatnya adalah pengajaran halus daripada Allah SWT. Daripada semua itu, kita belajar,mengambil iktibar. Menjadi yang lebih baik lagi.

*to be continued*

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating