Skip to main content

~Matahari : Sang Penyeru~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sang Penyeru membuatkan air mata saya menitis..bulu roma saya meremang..lantas terucap kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah..beristighfar saya untuk kesekian kalinya..

imaginasi penulis tak terjangkau dek akal fikiran saya membuatkan saya berasa seperti berada di dalam cerpen tersebut..

benar kata Nabi Muhammad saw:
"Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan ia akan kembali dagang sebagaimana datangnya ia. Maka beruntunglah mereka yang dagang"

ya!berbahagialah kiranya yang sentiasa dalam petunjuk dan hidayah-Nya..

"Walau seluruh manusia menolak kehadiran Allah, Dia tetap ada, menguasai dan kekuasaanNya tidak pernah kurang waima manusia tidak mempercayaiNya. Semua manusia tetap tidak mampu memberikan mudarat kepadaNya, atau kepada manusia yang lain tanpa izinNya. Allah itu Kaya. Sesiapa yang berpaling daripadaNya tidak menjadikan kekayaanNya itu kurang walau sedikit pun"

Benar!Andai kering lautan sekalipun, kuasaNya tak mampu kita tandingi..kun fayakun!

saya seperti tenggelam dalam khayalan ke 2000 tahun selepas berlakunya Perang Dunia Ketiga itu..cuba bayangkan jika anak-anak kita tidak lagi terdidik mengenali Allah dan Rasulnya, mengetahui tentang iman dan Islam..di mana kedudukan Islam satu hari nanti? Natijahnya nanti adalah anak cucu cicit kita yang akan tenggelam dengan nafsu serakah dan pesona dari dunia sementara ini..sedangkan satu masa dulu, Islam begitu gah di 2/3 dunia..

bayangkan jika saat ini kita membiarkan anak-anak kita menonton televisyen waktu maghrib khususnya tanpa mengendahkan suara azan yang berkumandang di corong-corong pembesar suara masjid..apatah lagi jika kita tidak menyuruh mereka menunaikan solat..ke mana akan hilangnya suara-suara dendangan azan itu nanti?

bayangkan jika masjid-masjid yang gah besarnya dan menarik hiasannya, namun kosong tanpa manusia untuk solat berjemaah mahupun aktiviti-aktiviti sepatutnya yang patut ada di kawasan masjid? apa yang akan jadi pada rumah-rumah Allah ini?

nah!inilah yang cuba diselongkarkan penulis muda ini..sungguh bertuah mereka yang mendidik anak muda ini..

"Kalaulah mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan pekerjaan ini sehinggalah Allah sendiri yang menghentikanku"

Kata-kata itu menusuk kalbuku.

Bagaimana orang yang terlalu tua seperti atuk, mempunyai semangat yang amat kuat untuk menyampaikan sesuatu yang salah?

Atuk cuba bangkit.

"Semoga Allah merahmati kamu."

Atuk mengesat sedikit darah yang bersisa pada bibirnya. Dia yang terlentang cuba untuk bangkit. Kudrat tuanya dikerah. Kedua-dua tangannya menjadi tongkat menolak tubuhnya untuk berdiri.

"Semoga Allah mencampakkan hidayah kepada kamu."

Atuk mengukir senyum lagi.

pukulan demi pukulan diterima atuk yang tak upaya itu. hanya kerana dia mengaku Tuhannya adalah Allah..dan ramai orang memanggilnya gila, sewel dan tukang sihir.
tiba-tiba, jeritan si anak muda itu memecah suasana.

"Berhenti!"

"kamu panggil diri kamu orang kota, orang zaman maju. Aku kira kalau kamu terus menghukum tanpa menyelidik, apakah sangat darjat yang kamu ada?"

dan seterusnya, kalimah suci itu akhirnya terungkap dari bibir anak muda itu..hatinya telah tersentuh! bagaimana hati-hati sahabat-sahabat sekalian?

"Seka air matamu. Jalan ini sememangnya dihiasi dengan perkara-perkara sebegini. Kau sudah percaya bahawa Allah itu adalah Ilah dan tiada Ilah selain Dia. Maka, janganlah kau takut atau sedih, Allah itu sentiasa bersama-sama kita. Dia akan menunjukkan kuasa-Nya."

Aku menggigit bibir. Yakin dengan Allah. Allahlah yang mendatangkan keyakinan ini kepadaku.

"Dan sabar itu lebih cantik (Yusuf 12:18)"

Dendam hanya akan merosakkan jiwa dan akal manusia..mari kita ambil pengajaran dari Sirah Nabi Muhammad saw. pada permulaan dakwah baginda.

"Tetapi atuk, bukankah semua orang tidak menerima dakwah kita?"

Atuk tersenyum. "Semua?"

Benar! Hidayah milik Allah jua..dan fitrah manusia, mencari kebenaran..

propaganda mereka berlaku lagi..kali ini untuk menghapuskan terus atuk tua itu.

"Jangan risau, Allah bersama kita. Aku sudah kata yang Allah akan bantu kita. Aku kira ada keajaiban yang Allah ingin tunjukkan kepada semua. Supaya mereka percaya dan beriman kepadaNya, untuk kita bermuhasabah dan menguatkan iman kepadaNya"

lebih molek rasanya sahabat-sahabat sekalian menghabiskan membaca cerpen ini sendirian..bacalah!dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..bacalah!dengan mata hatimu..kau akan terlihat persamaannya dengan apa yang kita semua alami sekarang ini..mungkin ianya tidak begitu serupa pada pandanganmu, kerana kita sememangnya diciptakan berbeza-beza akal fikirnya..bacalah!kerana ada sesuatu yang perlu kau lihat dengan mata kasarmu!

Menyeru ibarat menembak rambang, pasti ada yang Allah pilih untuk terkena dan merasakannya. Tugas kita hanyalah sebagai penyeru. Allah jugalah yang menyampaikan hidayahNya.

Ya Allah, jadikanlah aku sang penyeru..

berjuang itu sememangnya pahit kerana ganjaran syurga itu amat manis..serulah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!


Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...