Sunday, May 29, 2011

mission possible part 2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


alhamdulillah..berkesempatan menyambung cerita saya sebelum ianya luput dari ingatan..

usai LDK1 selesai, kami kemudian meneruskan program kumpulan kami dengan LDK2..kami menyuruh mereka menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara diri mereka dengan idola-idola mereka..Nabi Muhammad s.a.w. patut menjadi idola bagi setiap Muslim..akhlaknya akhlak al-Quran..tiada siapa dapat menandingi karisma yang dimiliki baginda..justeru, ianya patut menjadi contoh terbaik dalam kehidupan..

kebebasan kami beri dalam memilih idola selain baginda kerana umum mengetahui baginda sangat cemerlang akhlak dan sahsiahnya..ada yang menyebut ayah dan ibu sebaga idola, ada juga menyenaraikan cikgu-cikgu mereka sebagai idola dan ada juga yang menyebut pelumba kereta dan paling saya tidak akan lupa, Bill Gates sebagai idolanya..kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang dimiliki mereka patut digilap lagi..bukankah mereka itu aset Islam?siapa lagi yang perlu bertanggungjawab mendidik dan membimbing mereka kalau bukan ibubapa dan cikgu-cikgu mereka yang sentiasa ada 24 jam bersama mereka?saya dapat lihat potensi cemerlang yang ada dalam diri setiap mereka..di sinilah wujudnya peranan penting seorang guru dan ibubapa dalam melahirkan generasi yang cemerlang pemikiran dan sahsiahnya..saya tersenyum sendiri mendengar mereka membentangkan idola-idola mereka..siapa pun idola mereka, nyata setiap idola mempunyai akal fikiran dan tubuh badan yang tidak jauh beza dengan mereka..saya juga berpeluang belajar sesuatu dari mereka dan LDK2 ini..

mental..tubuh badan..bagaimana kita sendiri mengawal kemampuan yang Allah anugerahkan ini..ke jalan sepatutnya atau sebaliknya..cuba bayangkan 24jam yang ada dalam hidup seseorang..nah!saya juga turut termotivasi dengan LDK2 ini..

saya teringat membaca Sirah Nabawiyah Raheeq al-Makhtum karangan Syeikh Mubarakfury tentang peranan baginda sebagai seorang pemimpin,juga dalam masa yang sama,suami dan ayah yang terbaik buat isteri-isteri dan anak-anak baginda..jika di medan perang, bagaimana baginda berfikir sebagai jeneral perang tentang strategi dan taktik-taktik perang dalam menewaskan musuh-musuh Islam seperti pembinaan parit dalam Perang Khandaq..perang juga tidak menggagalkan umat Islam terdahulu dalam menguatkan keimanan mereka kepada Allah..solat tidak pernah ditinggalkan,malah sempat untuk berjemaah dalam saat-saat genting seperti itu..kekuatan seperti ini yang patut kita adaptasikan dalam kehidupan anak-anak muda kini..

saya juga melihat kekuatan ini pada pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM..ianya bukan pujian semata-mata tetapi jika pentadbiran dan murabbi bertindak seperti itu,maka tidak mustahil generasi yang bakal dilahirkan adalah generasi Islam yang kukuh keimanan dan tinggi tahap ilmunya..saat azan bergema sahaja,segala kerja ditinggalkan dan bersegera menunaikan solat demi kerana keimanan dan kecintaan kepada Pemilik Sekalian Alam..

sains juga telah membuktikan bahawa solat itu menyumbang kepada produktiviti setiap pekerja..Hasil kajian daripada Jabatan Kejuruteraan Biomedikal UM oleh Prof. Dr. Wan Abu Bakar, Dr. Fatimah dan Ng Siew Chok telah membuktikan bahawa pergerakan-pergerakan dalam solat mempunyai manfaat tersendiri. Contohnya, pergerakan otot sewaktu solat, ianya umpama senaman ringan buat orang yang bersolat. Otak juga menjadi tenang selepas bersolat dan dibuktikan juga bahawa solat berjemaah akan menyebabkan badan menjadi lebih bertenaga..ini kerana cas positif yang wujud akan dialirkan kepada badan orang yang bercas negatif..

dalam masa yang sama,baginda juga berusaha meminimumkan kemusnahan dan memaksimakan keadilan tetap menjadi keutamaan..orang-orang tua,kanak-kanak juga kaum hawa menjadi keutamaan baginda..makhluk Allah seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan dipelihara dalam setiap peperangan..lihat saja kejahatan Israel dalam memusnahkan semua ini..tanpa mengira sesiapa,bom diledakkan di merata-rata..Ya Allah,kuatkan iman dan hati sahabat-sahabat seIslamku di sana..

sesi pembentangan berjalan dengan baik..saya lihat masing-masing memberi tumpuan dengan baik sekali..kadang-kadang diselang seli juga dengan gelak tawa dan gurau senda..

untuk mengelakkan rasa mengantuk, kami,fasilitator yang sememangnya telah sepakat untuk membuat 'game' sebelum LDK3 telah mendapat sambutan hangat dari adik-adik kumpulan1..

lelaki dan perempuan di asingkan..kami arahkan mereka membentuk satu bulatan dan berpegangan tangan..game ini untuk menguji semangat kerjasama dan berfikir dengan pantas..gelung tali kami masukkan antara salah seorang peserta dan mereka dikehendaki menggerakkan tali tersebut tanpa menggunakan tangan..kumpulan lelaki memenangi 'game' ini kerana bilangan mereka yang sedikit..kalah menang adat pertandingan..saya teruja melihat kerjasama antara mereka semua terutamanya kumpulan perempuan..mereka berusaha sebaik dan sehabis mungkin untuk menggerakkan gelung tali tersebut..semangat ini yang kami ingin terapkan dalam diri mereka..

selesai warm up ini, kami teruskan dengan LDK3..situasi kegagalan yang pernah semua orang alami..saya juga tak terkecuali dalam situasi kegagalan ini..kegagalan yang menjadi titik tolak dalam kehidupan saya sekarang..kegagalan yang saya jadikan pengajaran dan sempadan dalam menjalani kehidupan kini..gagal tak bererti kita tidak boleh berjaya..kegagalan itu antara guru terbaik kehidupan..Allah tak menjadikan kegagalan itu tanpa hikmah.. seperti dalam buku Life is an Open Secret..about a narrator walked down a street.

Scene 1:
I walk down a street, and there's a deep hole in the sidewalk. I fall in. It takes forever to get out. It's not my fault.

Scene 2:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It still takes a long time to get out. It's my fault.

Scene 3:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It's becoming a habit. It is definitely my fault. I get out immediately.

Scene 4:
I walk down the same street and see the deep hole in the sidewalk. I walk around it.

Scene 5:
I walk down a different street.

See?Either way, you need to decide and make the change. Not use the same excuses and definitely, don't make others as your excuses! It is your choice to decide your path and destiny!

ataupun, untuk lebih bermotivasi dalam menghadapi kegagalan..apa kata kita baca tulisan Hilal Asyraf dalam Langit Ilahi..


Daripada lompong-lompong kesilapan kita itu, kita belajar.

~ picture by Stranger of Deviant Art

Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadangkala dipandang sebagai sesuatu yang amat negatif dalam kehidupan insan. Ya, kalau kita lihat secara sekali lalu – silap dan salah – sememangnya adalah negatif.

Tetapi sebagai manusia, kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.

Ramai orang fobia dengan kesalahan dan kesilapan. Kerana mereka takut, ada celoreng hitam dalam perjalanan kehidupan mereka. Namun sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif 100%.

Kita patut memandang kegagalan, kesilapan dan kesalahan itu daripada luar kotak kebiasaan.

Kita ingat kita dah faham

Kadangkala, kita bersedia hingga sampai tahap kita merasakan bahawa kita telah faham atau merasakan bahawa kita telah mampu melakukan terhadap sesuatu perkara.

Untuk soalan periksa kita rasa kita sudah boleh jawab semua jenis soalan. Untuk tugasan kerja kita rasa kita mampu melakukan apa sahaja yang mendatang.

Namun tiba-tiba, kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham rupanya tidak tepat. Apa yang kita siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki dalam pekerjaan. Kita telah tersalah. Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.

Di sini kalau keimanan itu wujud bersama kita, pertama sekali kita akan pulang bersangka baik kepada Allah SWT.

“Mustahil Allah nak zalim pada aku.”

Hal ini kerana, jelas wujud di dalam Hadith yang ke-24, dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah: Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim.

Maka kita akan melihat semula kesilapan kita itu.

“Kenapa aku silap? Di mana aku silap? Macam mana aku boleh tersilap.”

Dan ketahuilah, apabila kita muhasabah semula, kita akan mendapat satu perkara baru. Pengajaran baru. Yang mana sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam kesilapan kita tadi, kita tidak akan mempelajari pengajaran tersebut. Kita tidak akan mengetahuinya. Namun dengan kasih sayang Allah SWT, dengan hikmahNya yang tersangat luas, Allah ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita.

Tidakkah kita memerhatikan?

Keberanian mengambil risiko

Apabila mempunyai rasa tidak takut untuk melakukan kesilapan, tidak takut untuk gagal, maka kita akan mempunyai kekuatan untuk mengambil risiko. Semestinya mengambil risiko sekiranya boleh, kita patut elakkan. Namun akan wujud situasi-situasi di mana, walaupun selepas perkiraan yang rapi, tetap wujud risiko yang menanti. Maka di situlah ketidak takutan untuk melakukan kesilapan tadi memberikan kekuatan untuk mengecas keberanian kita dalam mengambil risiko tadi.

Hal ini kerana, kita yakin bahawa, sekiranya kita tersilap, kita akan mempelajari sesuatu yang baru lagi.

Membaca kehidupan, kadangkala 1000 kali lebih bermakna dari membaca buku

Akhirnya apabila mendalami perkara ini, yakni belajar daripada kesilapan ini, kita akan melihat bahawa kesilapan, kegagalan, kesalahan, itu semua adalah pelengkap kepada kehidupan. Orang yang memerhatikan kesilapannya semula, kegagalannya semula, akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi, kepekaan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah peduli akan kegagalan mereka.

Inilah dia apa yang suka saya katakan sebagai ‘membaca kehidupan’. Bukan sekadar bergantung kepada teori-teori di dalam buku semata-mata. Namun melihat juga apa yang telah kita lalui di dalam kehidupan kita.

Belajar daripada kesilapan, belajar daripada kegagalan, itu semua banyak membantu untuk membina satu peribadi yang lebih mantap.

Tidak semestinya perlu silap dahulu. =)

Ada orang akan berkata kepada saya:

“Kalau macam itu, kita tak payah susah-susah belajar. Biar gagal dulu. Lepas gagal baru belajar.”

Saya tersenyum dan tertawa. Beginilah, mudahnya saya katakan begini:

“Kalau ada orang yang dah pernah terjun dalam api, dan kemudian cakap api itu panas, bersama bukti yang kukuh menunjukkan kecelakaan yang boleh dibawa oleh penerjunan ke dalam api(ada kesan kulit terbakar pada tubuh dia dan sebagainya), agak-agak wujudkah keperluan untuk kita turun ke dalam api juga?”

Tidak semestinya kita perlu silap dahulu. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah salah satu seni. Namun, apabila tiba masanya bila kita tidak lagi mempunyai pilihan melainkan berhadapan dengan risiko untuk melakukan kesilapan, maka jangan takut. Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bergeraklah.

Kalau berjaya itu alhamdulillah. Kalau gagal itu, kita belajar lagi. Dan semestinya, bila kita gagal, kita akan nampak sesuatu yang selama ini rupanya kita tidak perasan, melainkan apabila kita gagal.

Kadang-kadang, kejayaan atas angin kita itu, tak punya makna.

Tahukah apa itu kejayaan atas angin? Itulah dia kejayaan palsu.

Contoh, kita berjaya di dalam peperiksaan bukan kerana kita pakar atau faham dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi bernasib baik. Bernasib baik kerana sudah ada soalan bocor. Nasib baik kerana apa yang kita baru baca pada malam peperiksaan masuk. Nasib baik kerana, pensyarah tambahkan markah. Nasib baik kerana, kita sudah buat banyak latih tubi, dan jenis-jenis soalan tersebut masuk periksa.

Ini adalah kejayaan yang pada saya tak ada maknanya. Sebab kita sebenarnya tidak akan mampu memanfaatkan ilmu di dalam hal ini. Kita sebenarnya tidak pakar. Kita sebenarnya bodoh. Kita hanya bernasib baik. Berbelas A, atau segulung ijazah tidak bermakna sekiranya kita berjaya demikian.

Maka, dalam situasi ini, pada saya, kalau kita gagal, kalau kita tidak mendapat markah yang baik, kadangkala itu lebih baik. Moga-moga apabila kita gagal itu, kita tergerak untuk belajar lagi, melihat semula mengapa kita gagal. Di mana kita gagal. Agar kita belajar lebih banyak lagi. Faham dengan lebih baik lagi.

Sebab itu kadang-kadang, orang-orang yang bermarkah rendah lebih memahami mata pelajaran, atau pengkhususan dalam kos yang diambilnya. Kerana bila mereka mendapat markah yang rendah, mereka mengulangkaji semula. Belajar semula. Memahaminya semula. Berbanding mereka yang ‘bernasib baik’, cemerlang dan kemudian tidak melihat semula.

Penutup: Melihat kembali hikmah dalam kegagalan. Belajar dari kesilapan.

Pernah seorang pakcik berkata kepada saya, selepas saya kemalangan kenderaan.

“Memang begitulah. Nanti lepas ni, mesti lebih cekap bawa kereta.”

Saya tertawa. Tetapi memang betul. Selepas kemalangan itu, saya jadi lebih cekap. Lebih cermat. Lebih peka. Lebih sensitiv apabila memandu. Tidak leka dan lalai.

Belajar daripada kesilapan.

Tetapi apakah kita mesti ‘mengkemalangankan’ diri kita baru nak sedar?

Tidak semestinya. Kita boleh mula belajar daripada kemalangan orang lain dahulu. Namun begitulah, kadangkala kita dah belajar dah daripada kemalangan orang lain. Kita dah usaha dah untuk cermat. Kita rasa kita dah paling sensitiv dah. Namun, apabila Allah izin kita kemalangan juga, akan terbukalah pintu-pintu ‘kecacatan’ yang selama ini rupanya kita tidak lihat.

Maka daripada kemalangan itu kita belajar lagi. Menjadi yang lebih baik lagi. Lebih baik dari apa yang kita rasa selama ini kita telah baik.

Dan begitulah dalam hal-hal yang lain. Kegagalan, kesilapan, kesalahan, semua itu hakikatnya adalah pengajaran halus daripada Allah SWT. Daripada semua itu, kita belajar,mengambil iktibar. Menjadi yang lebih baik lagi.

*to be continued*

0 comments:

Post a Comment

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating