Wednesday, August 17, 2011

~therapy~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

wondering for the best therapy?

check this out!

Those who believe (in the Oneness of Allah), and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.
[13:28]

trust me! you'll find that peace by just remembering Allah in your heart and mind.


~rejuvenation in the midst of Ramadhan~


Tuesday, August 16, 2011

~agheebu~


dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

video

~arabic~

كلمات النشيده: أغيب

أغيب وذو اللطائف لا يغيب وأرجوه رجاء لا يخيب

وأسأله السلامة من زمان بليت به نوائبه تشيب

وأنزل حاجتي في كل حال إلى من تطمئن به القلوب

فكم لله من تدبير أمر طوته عن المشاهدة الغيوب

وكم في الغيب من تيسير عسر ومن تفريج نائبة تنوب

ومن كرم ومن لطف خفي ومن فرج تزول به الكروب

ومن لي غير باب الله باب ولا مولا سواه ولا حبيب

كريم منعم بر لطيف جميل الستر للداعي مجيب

حليم لا يعاجل بالخطايا رحيم غيث رحمته يصوب

فيا ملك الملوك أقل عثاري فإني عنك أنأتني الذنوب

وأمرضني الهوى لهوان حظي ولكن ليس غيرك لي طبيب

فآمن روعتي واكبت حسودا فإن النائبات لها نيوب

وآنسني بأولادي وأهلي فقد يستوحش الرجل الغريب

ولي شجن بأطفال صغار أكاد إذا ذكرتهم أذوب

ولكني نبذت زمام أمري لمن تدبيره فينا عجيب

هو الرحمن حولي واعتصامي به وإليه مبتهلا أتيب

إلهي أنت تعلم كيف حالي فهل يا سيدي فرج قريب

في ديان يوم الدين فرج هموما في الفؤاد لها دبيب

وصل حبلي بحبل رضاك وانظر إلي وتب علي عسى أتوب

وراع حمايت وتول نصري وشد عراي إن عرت الخطوب

وألهمني لذكرك طول عمري فإن بذكرك الدنيا تطيب

وقل عبد الرحيم ومن يليه لهم في ريف رأفتنا نصيب

فظني فيك يا سندي جميل ومرعى ذود آمالي خصيب

وصل على النبي وآله ما ترنم في الآراك العندليب


Saturday, August 13, 2011

~Ask and Give~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


video

when we asked for something, sometimes it never happened..

WHY??

because He knows what's the best for us..

no matter how hard we try,

remember that He always give us a hikmah..

to think,
to feel,
to be patient,
to keep close to HIM

SEE??
He's very kind..

SO??

What are you waiting for??
just keep in touch with HIM

solah and du'a!!
don't forget HIM in every second of your life!!

REMEMBER!!
today maybe we DIE!!

let's die in Islam and Iman..such a great present for our life and akhirah..
insyaAllah..amin ya Rab..



Friday, August 12, 2011

~untukmu kekasihku~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

untuk kekasihku..teman sepermainanku..teman suka dan dukaku..temanku sedari kecil hingga kini..ku nukilkan sesuatu untukmu, agar kau tabah hingga hujungnya..

Allah menurunkan sesuatu secara berhikmah, kan? jangan mengaku kalah ya sayang..

manusia itu tak pernah diuji melainkan dengan kadar kesanggupan dirinya..begitu juga kamu..pasti ada sebab dan hikmah di sebalik segalanya..sabar ya kamu..

saya mencintai kamu..kerana Allah Taala..

saya mahu kamu baca dalam keadaan yang sangat tenang..dan mari sama-sama kita ambil iktibar dari nukilan ini..

ni saya copy paste dari izzati hashim..terima kasih ya sahabat..nukilan kamu sangat2 saya suka..

Bismillahirrahmanirahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, written exam yang dinanti-nantikan sudah berlalu. Moga natijahnya nanti yang terbaik buat diri, insyaAllah (=
Lusa dah nak kembali ke tanah air. Terasa cepat masa berlalu. Sungguh. Sekejap sangat.
Masa laju berlari meninggalkan kita. Dan kita? Masih terpaku di dunia sendiri?


Sembang panjang bersama adik tersayang, Azhani. Rasa sebak bermukim. Bicara dia semakin matang. Pesanan dia semakin menyentuh kalbu. Teguran dia makin membina. Alhamdulillah, terasa lega. Lega memikirkan dia yang baru melangkah ke alam universiti. ('=

Membisikkan kerisauan yang ada kepadanya. Laju dia memotong bicara,

"cuba kuat semangat! Jangan lemah semangat! Cuba tengok aku, cool je kan walau dah macam-macam berlaku?"

Tersentak. Terdiam.

Dia menyambung bicaranya,
"cuba tengok aku. Tak payah tengok orang lain. Tengok yang paling dekat ni. Contoh yang terhampir."

"dari dulu, sejak sekolah, apa yang aku impikan bukan semua dapat. Susah. Ada impian, yang lain yang datang. Nak yang tu, yang ni yang dapat. Tolak yang situ, sini pula yang datang."

"dan tengok along, impian itu sentiasa tertunai kan? Boleh dikatakan semua benda yang dihajati tertunai.
Kenapa nak mengeluh lagi?"

Terkedu.
Dia tahu itu, dia perasan itu. ('=

"Bukan mengeluh, jauh sekali tidak bersyukur. Cuma entah. Hati terasa lain. Risau."


Dia menyambung,
"dah tahu macam tu, apa lagi. Pergi ambil wuduk, solatlah. Minta kekuatan dengan Dia. Doa banyak-banyak, biar segala kerisauan tu berlalu pergi.
Selama ni mungkin along sentiasa nampak kesenangan saja, dan mungkin kali ini Allah nak ajar sesuatu melalui ujianNya."

('=

Dia dah makin matang. Sungguh.
Ujian demi ujian menguatkan dia, alhamdulillah. Ujian itu satu tarbiah buat diri kan? Jika kita mengambil ibrah darinya.

Allahu Allah. ('=

Tidak akan selamanya kemahuan kita, kehendak kita akan ditunaikan secara direct oleh Allah. Dan tidak selamanya apa yang kita minta selamanya tidak dikabulkan oleh Dia yang maha memberi. Pasti ada, mungkin tidak di sini, di sana kelak?

Kadangkala, yang minta itu tiada kunjung tibanya tapi yang minta jauh itu yang teruji. Allah maha mengetahui apa yang terbaik kan?

Lagipun, hendak dibandingkan permintaan kita dengan segala nikmat pemberianNya, tidak terbanding bukan? Terlalu banyak, infinity. Bersyukurlah wahai diri. Ajar diri untuk sentiasa bersyukur.

Antara Dua.
Jika ujian datang menghimpit, hanya ada dua pilihan. Sama ada kamu berpaling dan kembali kepadaNya atau kamu terus melangkah dan semakin jauh dariNya.
Dan pilihan itu sentiasa ada di tanganmu.

terima kasih izzati hashim..untuk post kamu yang sangat bermakna untuk kekasih saya..=)

Thursday, August 11, 2011

~saman?~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

syahdunya mendengarkan bacaan imam untuk solat terawih tadi..terasa syahdu lagi jika faham makna ayat-ayat bacaan imam..beruntung siapa yang berkongsi rusuk kiri imam ini..hanya Allah berkuasa membalas jasa-jasa imam ini..mudah-mudahan 'imam' saya sepertinya..amin..

fasa kedua ramadan telah tiba..sekejap saja rasanya masa berlalu..sudah 10 hari kita berpuasa..

selesai terawih tadi, ada sedikit tazkirah yang saya rasa patut untuk dikongsikan bersama di sini..kata ustaz, bayangkan jika polis memansuhkan saman..analogi yang baik..apa yang akan kita lakukan..ada kawan yang menjawab, "sukalah orang nanti,xpayah bayar saman"..

mengapa kita langsung tak terfikirkan analogi seperti ini sebelum ini?sedangkan al-Quran kalam Allah itu sentiasa menjadi teman di sisi..tafsirnya kita baca..tapi dosa masih tetap juga menjadi sebahagian daripada diri kita..benar,kan..saya juga tak terkecuali..

nah!ramadhan fasa kedua sudah menjelma..tiada yang Allah berikan di bulan mulia ini..melainkan semuanya rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka..jenguklah pintu ramadhan ini untuk kita menambah amal-amal kita sebaiknya..ajal kita mungkin saja sekarang, atau pagi nanti..semua itu bukan dalam bidang kuasa kita..sebab itu Allah telah memberi kita panduan dan petunjuk untuk kita mempercayai adanya hari pembalasan itu setelah datangnya kematian..di sana nanti, mata,tangan,kaki..pendek kata,anggota tubuh kita yang akan memperihalkan segala perilaku buruk dan baik kita..tiada lagi tipuan yang dusta..tiada lagi tempat untuk kita melarikan diri seperti kita berada di dunia..tiada lagi teman kita mengadu kasih dan harapan..

Allah menciptakan dunia sebagai jambatan kita menuju akhirat..siapa yang kalah dan hubbun dunya..akan majulah dia di dunia fana penuh tipu daya juga muslihat ini..dunia dipandang seenak-enaknya..akhirat diketepikan seolah-olah tiada timbangan yang akan dipersoalkan nanti..sebaliknya, jika dia mencintai akhirat, dia akan sebaik-baiknya mengusahakan dunia ini kerana Allah dan hari akhirat..berbeza,kan?

namun jangan pula sehingga kita menyembah ramadhan..maksudnya, dalam ramadhan saja amal-amal ini kita peruntukkan..ramadhan sebagai bulan untuk kita berehat dan muhasabah diri serta untuk menambah kekuatan supaya kita menjadi kuat untuk 11 bulan yang akan datang..

"Barangsiapa menyembah ramadhan, ramadhan akan mati..tetapi barangsiapa yang menyembah Allah, Allah tetap hidup dan tidak akan mati "

oleh itu, mari sahabat-sahabatku sekalian!!kita kejar akhirat yang kekal ini..berbahagialah kiranya yang dapat mensucikan dirinya hingga tiba ajalnya..semoga kita semua digolongkan dalam golongan tersebut..amin..

~tazkirah ringkas~

Tuesday, August 9, 2011

~bicara sang jiwa dari seorang hamba~



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


bicara kata tak semestinya benar belaka
pandangan mata selalunya menipu daya
pandangan akal selalunya tersalah
pandangan mata hati selalunya hakiki
kalau hati itu bersih

menjaga hati itu yang sukar..hanya jauhari mengenal manikam..

setiap manusia mempunyai jiwa..dan jiwa itu sepatutnya dididik dengan mengenal pencipta jiwa..mengasuh jiwa tidak sesenang yang dirangka..dalam mengajar, pasti bertemu dengan teman sejati seperti nafsu dan iman..

alhamdulillah..dalam mengasuh jiwa ini, kita dipertemukan dengan kekasih jiwa untuk jiwa sentiasa terarah di landasan yang sepatutnya..atas dasar cinta untuk mengawal jiwa ini,kekasihnya datang menjenguk sebulan sahaja..

dia itu kekasih yang penuh dengan sifat-sifat mahmudah untuk jiwa belajar muhasabah akan diri tuannya..sekali sahaja kekasih jiwa itu bertandang..

dia itu namanya ramadhan..

nafsu yang menjadi pendamping setia jiwa sentiasa terganggu dengan kehadiran kekasih jiwa ini..kerana kekasih terhebat nafsu telah dirantai jauh dari kehidupan nafsu..seakan sesak nafas nafsu mengendalikan dirinya dalam bertemu ramadhan, kekasih kepada temannya, jiwa..

iman pula menjadi semakin akrab dengan jiwa bila bertemu empat mata dengan ramadhan, kekasih jiwa..kurang sudah bertegang urat dan berselisih faham saat ramadhan setia mendampingi jiwa..

jiwa terasa semakin selesa dengan kehadiran ramadhan dan iman..bila fasa-fasa pertama selesai berdamping dengan ramadhan, jiwa merasai satu kemanisan yang jarang ditemuinya..

..jiwa kemudian menyanyi riang bila berpeluang bertemu dengan pemilikNya saat ramadhan berada di sisinya..


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia


~bicara sang jiwa dari seorang hamba~

Monday, August 8, 2011

~dosa-dosaku~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ya Rabbi,
jadikanlah air mataku
di waktu takut denganMu ini
sebagai pemadam api nerakaMu
jatuhnya air mataku
menggugurkan dosa-dosaku

Ya Rabbi
..meski dosaku terlalu banyak..
..Kau masih memberikanku peluang untuk bernafas di muka dunia ini..

..Ya Ghafur..ampunkan hambaMu..

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating