Saturday, June 5, 2010

..nada dari hati..

assalamualaikum w.b.r. buat semua teman..semoga sihat selalu hendaknya..

saya ingin berkongsi sebuah lagu yang mungkin juga maksud yang ingin saya sampaikan sama seperti apa yang didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid terkenal tanah air ini..

sejak kumpulan ini mula ditubuhkan lagi, saya amat tertarik dengan penyampaian mereka yang menusuk jiwa..nasyid yang disampaikan juga berjaya mentarbiah diri saya selaku hamba Allah yang hina yang gemar membuat onar dan dosa..

kemunculan mereka mula mendidik jiwa saya bahawa hidup ini penghujungnya di alam akhirat sana..nasyid yang didendangkan dari jiwa..berjaya mendidik jiwa manusia juga..

namun kehendak Allah..tiada siapa yang tahu..ketua kumpulan nasyid ini telah meninggal dunia dan meninggalkan kumpulannya dengan perjuangan yang tidak akan selesai untuk mendidik jiwa manusia seperti saya..

semoga Allah merahmatinya di sana..amin..dialah kejora sinar zaman yang masih belum lagi ada penggantinya bagi diri saya..semoga ahli kumpulannya tabah mengharungi dan meneruskan perjuangan di zaman mencabar ini..


video

Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka
Desir berita hadir…kala berserinya pagi

Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi

Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata

Tuhan yang Maha Tahu

Apa ketentuan takdir

Kita hanyalah hamba

Berserah kepada Dia

Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani

Merdu mengalun rima… bermadah dari hati

Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya

Menyerap dijiwa…tenggelam di alam rasa

Sukar di cari ganti

Mekar kasihmu ria

Segar menghibur hati

Tak mungkin dilupakan

Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan

Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya

Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu

Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana

Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah

Damailah…bahagialah…bersama kasihnya


.............Kepada-Nya tempat (kalian semua) kembali [QS Al-Mu'min 40:3]
 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating