Wednesday, May 4, 2011

~sekilas~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


membaca Matahari, sekilas terlintas bagaimana cahaya saya pada orang lain? adakah cahaya saya memberi makna pada orang lain? apakah hanya cukup sekadar senyuman tika orang lain memerlukan sokongan? saya sendiri belum cukup gah berdiri sendiri..bagaimana hendak membantu orang lain? seringkali terfikir sebegitu..

teringin menjadi seperti watak2 dalam Matahari, namun kemampuan saya terbatas..bila saya jatuh, adakah anda akan menarik saya dan menolong saya untuk bangun kembali? saya tidak betah melakukannya sendirian..

mungkin cahaya saya belum lagi sempurna menerangi alam sekeliling..buat Hilal Asyraf, terima kasih atas sokongan bermakna ini..membaca Matahari, saya rasa seperti saya mendapat sokongan, meski bukan dari segi pertemuan 4 mata dengan sahabat2 saya..

masalahnya, di mana mencari sahabat setia mencintai dan menyayangi saya kerana Allah?bukan kerana kelebihan atau pun kekurangan saya..

atau saya sendiri belum cukup menyayangi mereka kerana Allah..solusinya?

saya perlu muhasabah kembali diri supaya cahaya saya tidak padam untuk menerangi orang lain..wujudkah cahaya saya?

~sekilas di fikiran~

4/5/2011
9.00am
UTM

0 comments:

Post a Comment

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating