Skip to main content

~Matahari~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

assalamualaikum..

Matahari membangkitkan semangat saya untuk memperbaiki diri..saya suka part Mencari Ilahi, Masyitah dan Hari-Hari Terakhir..setakat ini, sampai cerpen ini yang saya sudah habis baca..



part Mencari Ilahi yang digarap dengan penuh jawapan juga misteri dari sebuah kepercayaan, pertanggungjawaban dan persoalan..memang menarik..dimulakan dengan satu provokasi.

"HOI, TERORIS!"

dan akhirnya, sebuah kebenaran yang ditemui oleh Ruben, seorang saudara baru dalam Islam..indahnya Islam digarap dalam cerpen ini..

"Islam dengan orang Islam itu adalah dua perkara yang berbeza. Islam daripada Allah s.w.t.,maka peraturannya padat dan sempurna. Pada masa yang sama, orang Islam adalah manusia yang punya kelemahan................."


"Kamu mempercayai Allah. Justeru di mana Allah?"

persoalan yang dibalas persoalan.

"Kamu hidup selama ini dengan menyatakan nyawa itu wujud. Justeru, di manakah nyawa?"

saya sendiri pernah berhadapan dengan persoalan aqidah seperti ini, dan ianya ditanyakan oleh seorang Muslim. mulanya, saya terkedu.
'Kenapa perlu mempersoalkan kedudukan Allah sedangkan dia mempercayai adanya Allah? ini soal aqidah, bukan untuk dipermain-mainkan'

oleh kerana dia seorang Muslim, maka jawapan saya:
"Allah bersemayam di Arasy-Nya"

2. Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.
[Surah ar-Rad 13:2]

part Masyitah, seorang wanita dan isteri yang bukan Masyitah zaman Nabi Musa:

"......saya jumpa satu perkara"
"apa dia?"
"kesederhanaan"

saya suka bila Hariz Arifi mempertahankan isterinya didepan Dr. Ali Zahidi..

"Kehadiran Masyitah adalah anugerah Allah yang terbesar buat saya. Dia menghilangkan penat saya, mengubati gundah saya, menambah semangat saya, dan buat saya sentiasa mengingati amanah yang Allah berikan kepada saya. Sebab saya cintakan Masyitah. Saya mahu masuk syurga dengan dia"


dan juga part Hari-Hari Terakhir.

Dia seorang wanita yang sederhana. Bukanlah seorang mujahidah segigih Zainab al-Ghazali. Bukan juga sesabar isteri Hassan al-Banna. Tidak pula sefaqih Aisyah isteri Rasulullah s.a.w. Bukan juga hebat beribadah seperti Rabiatul Adawiyah. Namun dia istimewa dalam hatiku. Perempuan terbaik untukku.

"Tiru. Mana aci." Hana bangun.

"Aci di situ, sayang"

Sempat lagi bergurau dan melawak saat-saat serius sebegitu.

Ya Allah, perkenankanlah!

Pergantungan pada Allah..

......Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
[Surah at-Talaq 65:2-3]

dan juga nasyid The Zikr, Isteri Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penyejuk jiwa
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

oh ya..lagi satu..part dalam Ekspedisi Cintaku..

"Hendak jadi suami, bukannya suka-suka saja. Kena bersedia terima tanggungjawab. Baru namanya serius hendak membina keluarga. Kalau bina keluarga atas dasar suka sahaja, tak akan ke mana. Hidup bukan semuanya manis. Tambahan, tanggungjawab kita bukannya kecil. Sangat besar. Hendak bawa keluarga ke syurga Allah. Tanggungjawab yang bukan senang. Jadi mustahillah persediaannya sekadar tahu munakahat saja "

itu sahaja setakat ini..tapi, saya perasan yang kali ini banyak berkisarkan Baitul Muslim..nampaknya Hilal Asyraf bakal melengkapkan satu lagi sunnah Nabi iaitu berkahwin..sama-sama kita doakan penulis ini..




Comments

  1. salam.

    oh. matahari ye.
    tak baca lagi.


    ^__^






    nota: kita manusia yang punya skrip tersendiri, punya peranan sendiri dan punya watak kita sendiri. moga berjaya dik!

    ReplyDelete
  2. yup!matahari!membuatkan saya teruja dan sentiasa memandang sekeliling dengan rahmat Allah Yang Maha Luas..bacalah kak..best..saya bg 4.5 bintang utk penulis muda ini..
    bacalah bebelan mutiara kerana isi penting berada di situ..
    terima kasih kak..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah baca..karyanya menyentuh tarbiah yang saya cari2..mg dapat aplikasi dalam kehidupan..begitu juga dengan vt,sinergi dan maka lihatlah..(",) thumbs up!!!

    ReplyDelete
  4. nurkilanhamba:
    betul2..sy start membaca terasing karya hilal asyraf ini dan saya melihat kelainan dlm tulisannya..ada satu semangat yg saya rasa sy dpt..kemudian,dr testimoni2 berkenaan sinergi,sy pergi cari sinergi pula..nyata,ia adalah salah satu bhn bacaan yg mesti dimiliki oleh seorg Muslim..lagi2 part Irfan x pernah meninggalkan sahabat2 yg bermasalah itu..siapa kita utk menghukum manusia lain sedangkan kita juga manusia biasa yg punya salah dan silap..
    maafla,membebel pjg pula sy disini..=)..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...