Wednesday, June 22, 2011

~a journey to remember~



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


assalamualaikum ya sahabat..kabare?waras nggak?



tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..

lihat sahaja gambaran hujan yang membasahi alam..bukankah hujan itu berupaya menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan juga bisa menyejukkan suhu bumi walaupun sebentar?



mari ucapkan alhamdulillah atas turunnya hujan ini..sesekali kita mengeluh kerana kepanasan bumi..nah!hari ini Allah telah turunkan hujan rahmatNya..



biar sesibuk mana pun kita di saat ini..jangan pernah berhenti berdoa padaNya..



teringat saya kenangan journey di Korea..alhamdulillah,berpeluang menjejakkan kaki saya ke sana..kabusnya setiap pagi seperti ini, namun kerana negaranya yang mempunyai 4musim, semakin lama suhunya semakin meningkat..maklum kerana sekarang musim panas..

awal musim panas, suhunya masih lagi mampu membuatkan orang-orang yang tak berapa biasa dengan musim sejuk seperti saya ini menggigil kesejukan..saat-saat paginya sangat-sangat saya tunggu kerana saya kepingin benar melihat kabus pagi di negara orang lain..terasa seperti mahu bermastautin di sana..namun setelah melawat Boramae Safety Experience Center, saya rasa beruntung menetap di Malaysia..



kabus paginya sangat tebal..sehingga boleh mengeluarkan 'asap' dari mulut..saya pun xtau nak membahasakan 'asap' itu sebagai apa..=)..tapi saya dan kawan-kawan begitu teruja..kata seorang kawan, suhu pada pagi saat mula-mula kami sampai adalah 18 darjah Celcius..pengalaman pertama sampai di negara orang dan pengalaman pertama menaiki kapal terbang..bermacam-macam terlintas di fikiran..(tulah,suka sangat tengok cerita thriller..=)..)

untuk bergerak ke KAIST, kami memulakan perjalanan dari Incheon seawal 6pagi..subuh di sana pada jam 3.30pagi..saya senang dengan cuaca sesejuk dan nyaman itu..tambahan lagi,Incheon pada waktu pagi jauh dari kesibukan..damai sangat saya rasa..

KAIST..Korea Advanced Institute of Science and Technology..ia adalah sebuah universiti terkenal di Korea..kami melawat Fakulti Elektrik di KAIST dan berjumpa dengan beberapa orang pelajar Malaysia yang belajar pelbagai jurusan di sana..mereka adalah pelajar-pelajar yang sangat berdedikasi..saya rasa bertuah dapat berjumpa serta berkongsi pengalaman mereka..

jatuh bangunnya sesebuah negara adalah juga disebabkan oleh generasinya..justeru saya melihat generasi mereka sangat mementingkan pendidikan setelah apa yang mereka alami sebelum ini..daripada tiada apa-apa,mereka bangkit menjadi sebuah negara yang maju dan berteknologi tinggi setelah merdeka..

~tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain~




0 comments:

Post a Comment

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating