Skip to main content

~rindu segenap sudut wajah tua itu~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Entah kenapa..rasa rindu pada seraut wajah itu..telah lama benar dia meninggalkan kami..kenangan terakhir bersamanya masih lagi terpahat di ingatan..

pandang lempeng kelapa buatan makngah..teringatku itu kesukaannya..dia sangat suka berkata-kata denganku..namun kata-katanya penuh dengan nasihat..walaupun dia tau waktu itu aku masih si kecik yang menagih tawa sentiasa..tidak terfikir dalam pemikiranku dia akan pergi tanpa tinggalkan pesan untukku lagi..tanpa ku tahu akan ketentuan Tuhan itu..

"ingat lagi angah lempeng ni ye?"..begitu kata makngahku bila ku pujuk dia untuk membuat lempeng kelapa yang biasa kami gelar "lempeng atuk"..kerana dia sangat suka lempeng ini..katanya ini makanan yang dia selalu makan waktu susah-susah dulu..

"lama da atuk pergi ye makngah..rasa baru je"..spontan jawapan itu terkeluar dari mulutku..memang!suasana itu yang masih aku rasa tambahan lagi apabila kedatangan syawal yang meriah..kerana peninggalan atuk seusai subuh..tatkala sujud terakhir subuhnya..

kami yang berada di kampung ayah dan memang seronok beraya..sangat-sangat terkejut!umiku apatah lagi..baru ramadan lalu atuk bercanda dan bergurau senda bersama kami sekeluarga di rumah kami..rupa-rupanya kami tak akan bertemunya lagi..

kata umi.."atuk sayang kat kamu sebab atuk kata kamu serupa umi waktu kecik-kecik dulu"..memang aku sangat sayang atuk..dia banyak mengajarku pelbagai perkara..ada yang masih kekal di ingatan..dan ada juga yang telah luput dimamah usia..

masih ku ingat..usai subuh..kami dan sepupu-sepupu akan beramai-ramai menunggu tazkirah dari atuk..solat kami juga sentiasa berjemaah..lelaki bertukar-tukar jadi imam..kami perempuan setia menjadi makmum..bila melihat rumah opah di kampung..kenangan-kenangan itu seakan berputar-putar di layar mata..sebelum maghrib..kami telah beratur menunggu azan masuk untuk berjemaah bersama-sama..aku rindu kenangan itu..

makan pun kami berjemaah..pendek kata..semuanya diisi dengan tawa..apatah lagi bila sudah berkumpul sanak saudara..petang-petang kami yang budak-budak ini habiskan bermain di laman opah..main police entry, air pasang air surut..macam-macam lagi..mak-mak dan ayah-ayah juga opah dan atuk ketawa terbahak-bahak melihat gelagat kami di anjung rumah..waktu mak-mak sebuk memasak di dapur waktu tengahari..kami pakai dapur opah di luar rumah bersama dengan periuk yang dah tak serupa periuk di laman belakang rumah opah..kami juga masak..tapi masak tipu-tipu je..yang lelaki-lelaki pagi-pagi sudah bangun membersihkan laman rumah dan apa-apa yang patut..

almari pink depan bilik opah tu pun masih ku ingat kata-katanya.."hensem tu perasaan..terhensem tu perasan"..hahaha..sukaku dengan kata-kata itu..penangan majalah ujang..majalah ujang dulu dengan sekarang agak berbeza..kami sepupu-sepupu berebut-rebut membaca majalah ujang..sambil di sebelah lain bahagian rumah ada yang bersembang,main lawan-lawan tangan,menonton berita sambil menunggu solat isyak dan seterusnya makan malam berjemaah..sangat teratur jadual hidup atuk..begitu juga kami..

bila atuk pergi..kemeriahan itu semakin pudar..mungkin masing-masing masih terasa dengan pemergian atuk..bila masing-masing semakin membesar..semuanya tinggal kenangan..kenangan manis buatku..namun di kemeriahan tahun baru ini..aku rindu pada segenap sudut wajah tua itu..meski berkedut namun senyumannya masih ikhlas memandang kami cucu-cucunya..apa yang salah..disapanya baik-baik..mana tak berkenan..diusapnya hati kami dengan kata-kata yang langsung tak mengguris hati..itulah atuk..

waktu atuk pergi..kami di perak bergegas pulang dengan juraian air mata mengiringi pemergian atuk juga kepulangan kami..tidak sempat menatap wajah atuk buat kali terakhir kerana kemunculan kami sangat-sangat lewat di rumah..atuk telah siap dikebumikan..terkilan sangat terkilan..namun apa daya..kami merancang..Allah tentukan..


sepatah kata yang mampu aku ucapkan tatkala ini..

"atuk..angah rindu atuk.."

Semoga atuk ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Angah sayang atuk..sampai hujung nyawa angah..

"Kullu nafsin dza iqatul maut.......wa mal hayaat uddunyaa illa mataa' ul ghurur"
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian..........dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
[Ali-Imran 3:185]

Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...