Skip to main content

.:::untukmu yang dicintai:::.

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

sajak oleh Aminah Qutb
[buku:pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul]


buat seseorang yang amat ku kasihi dan cintai,kerana Allah..ku doakan semoga semuanya berjalan dengan baik..sehingga masa yang ditetapkan..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia.Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa"[Riwayat al-Baihaqi]

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara:Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu"[Riwayat Muslim]



"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"[Surah an-Nur 24:26]

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"[Surah al-Rum 30:21]

berita gembira itu membuatkanku teruja dan rasa gembira..ada penambahan ahli keluarga..insyaAllah..namun dalam masa sama..ku rasa cemburu pada dia yang telah berkongsi kasih dari seseorang yang ku sayangi..maafkanku kerana belum ikhlas menerima si dia dalam hidupmu..kau akan pergi jauh melayari bahtera itu bersama-samanya..ku hanya mampu mendoakan yang terbaik untukmu yang kucintai..

untukmu yang kucintai..selamat menempuh segala-galanya dengan tabah dan sabar..perjalananmu masih jauh beribu batu..alam yang baru akan penuh dengan warna-warni yang dirimu sendiri tidak tahu apa sudahnya..hanya pada Allah tempat memohon kekuatan..

untukmu yang kucintai..ku ingin kau tahu bahawa ku menyayangimu..kerana Allah s.w.t.

p/s:berkongsi kisah kasih seseorang yang kucintai..

doa kepada orang yang meluahkan cintanya kepada kamu kerana Allah
"Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya"
[Riwayat Abu Dawud, 4:333. Kata al-Albaniy:hadis hasan. Lihat:Sahih Sunan Abi Dawud, 3:965]

Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...