Skip to main content

Rasulullah saw bersabda,

"Biarkanlah aku,apa-apa yang telah aku tinggalkan
untukmu,sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah
banyaknya pertanyaan mereka dan sikap mereka yang selalui menyalahi nabi-nabi
mereka.Apabila aku melarangmu dari sesuatu maka jauhilah dan apabila aku
memerintahmu dengan sesuatu, maka lakukanlah sekuat tenagamu (semampumu)"

(HR Bukhari dan Muslim)

Antara salah satu cara menunjukkan kita menyayangi Nabi adalah dengan mengikuti sunnahnya..Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian bahawa kita telah banyak menjauhi sunnah Nabi..Tuntutlah ilmu kerana tanpa ilmu, hati kita akan menjadi buta..Hati yang buta sukar sekali untuk diperbaiki apabila telah wujud tompok-tompok hitam yang memenuhinya..



Sama-samalah kita berusaha mengenali dan mempelajari ilmu hadis kerana itulah tinggalan terakhir Nabi sebagai pemimpin umat kita..Semoga kita mendapat keberkatan dalam mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Akhir kalam dari saya..Selamat menyambut Maulidur Rasul..(+_+)

Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

rindu menggunung: dia+ibu+ayah

RINDU.. pada segugus senyuman milik dia pengubat dan kekuatan yang Tuhan beri pada dia, dalam hidupku, Tuhan menciptakan dia,  dan memberi keizinan untuk dia berkongsi hidup denganku.. kadang-kadang,  ketidaksempurnaanku, dia lengkapkan, dan begitu juga aku harapkan sebaliknya, padanya.. bila rindu, selalu aku khabarkan pada ibu.. perihal dia, sambil ketawa, tersenyum, sering juga dengan airmata, mengenangkan perangai dan tingkahnya yang mencuit atau mengguris naluri kecilku, berkongsi, meminta nasihat, pandangan dari ibu yang sudah lama makan garam dari anaknya ini.. dan ibu pasti kata: 'anak ibu mesti rindu ni..dari tadi asyik bercerita perihal dia..' 'anak ibu ok?' ibu.. benarlah ibu itu lebih mengerti perasaan dan laku anak-anaknya, meski jauh terpisah beribu batu, namun gerak hati ibu seakan dapat membaca diari hidup anak-anaknya.. kuasa Tuhan yang satu.. 'anak ibu sihat?' 'kenapa diam, nak?' ...