mataku terkesima
menatap kedut-kedut tua di wajah mereka
Ya Allah
masa kian menginjak
ke akhir usia
dunia kian pudar
seri dan maknanya
Oh Tuhan
bagaimana nasib kami di sana?
mampukah kami berkumpul bersama?
Ya Allah
Maha Pengasih
Maha Penyayang
tempatkanlah mereka di syurgaMu
syurga penuh kenikmatan
syurga penuh kemanisan
kerana mereka
benar-benar menjaga amanahMu ini
sempatkah aku membalas?
kesungguhan mereka
membesarkanku sedewasa ini
Benar!!
Tak terbalas rasanya
setiap kasih yang dicurahkan
Cuma doa yang mampu
aku titipkan
kerana aku tahu
Tuhanku Maha Mendengar
setiap doa hamba-hambaNya
Ya Allah
perkenankan doa hambaMu ini
ampunkanlah dosa-dosa mereka
rahmatilah mereka
sepertimana
mereka menjagaku sejak kecilku
Ya Allah
Kau tempatku berharap
segala-galanya
...amin...
menatap kedut-kedut tua di wajah mereka
Ya Allah
masa kian menginjak
ke akhir usia
dunia kian pudar
seri dan maknanya
Oh Tuhan
bagaimana nasib kami di sana?
mampukah kami berkumpul bersama?
Ya Allah
Maha Pengasih
Maha Penyayang
tempatkanlah mereka di syurgaMu
syurga penuh kenikmatan
syurga penuh kemanisan
kerana mereka
benar-benar menjaga amanahMu ini
sempatkah aku membalas?
kesungguhan mereka
membesarkanku sedewasa ini
Benar!!
Tak terbalas rasanya
setiap kasih yang dicurahkan
Cuma doa yang mampu
aku titipkan
kerana aku tahu
Tuhanku Maha Mendengar
setiap doa hamba-hambaNya
Ya Allah
perkenankan doa hambaMu ini
ampunkanlah dosa-dosa mereka
rahmatilah mereka
sepertimana
mereka menjagaku sejak kecilku
Ya Allah
Kau tempatku berharap
segala-galanya
...amin...
0 comments:
Post a Comment