Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

kerana mati itu pasti

Allah! Allah! mendapat perkhabaran seorang sahabat dijemput Ilahi.. innalillahi wa inna ilaihi raji'un Allah menghantarkan pesananNya melalui perkara yang tak diduga biar seselamat mana kita menjaga diri meskipun sebaik mana kita berusaha mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini kuasa Ilahi, tiada siapa tahu akan menjemput kita pergi menghadapNya Allah! Allah! serasa diri ini semakin lalai dengan nikmat menggunung membaca entri-entri manusia-manusia yang tahu bersyukur dan menghargai kehidupan, aku bertuah masih dalam tautan ukhuwah yang sentiasa mengingatkan aku pada Rabbi siapa aku tanpa diriMu, Ya Rabb Allah! Allah! mati itu pasti ayuh serah diri pada Ilahi sebelum segalanya terlambat tak mengenal erti Ya Allah, semoga roh sahabat yang tak aku kenali tersebut ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman..mungkin kami pernah bersua muka..Wallahu 'alam.. ..Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa' fu 'anhu...

~musafirlah~

picture by: RAZ memandang alam yang terbentang luas, dirimu akan temui 1001 kisah kehidupan marilah bermusafir kerana ianya akan mengajarkan dirimu erti kesyukuran belajar dari alam, dirimu akan temui kebesaran Tuhan

baru dan lama

assalamualaikum semoga sahabat-sahabat alam maya saya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi.  setiap yang baru tu tak semestinya x baik, dan setiap yang lama tu x semestinya ditinggalkan sepenuhnya. begitula apa yang tejadi dalam blogspot saya ini. saya telah beralih ke tumblr. kerana dari sini saya bermula, dan saya akan terus bercerita dengan cara saya, melalui medium yang berbeza. ~semoga Allah redha, (HA, pinjam tagline ye..)~

tersentak?

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Lailaha illallah Muhammad Rasulullah ~Astaghfirullah~ bila hati menghadap Tuhan baru tersedar kelemahan  tidak lihatkah alam yang sentiasa berzikir memuji TuhanNya? bukankah Allah ciptakan ujian itu sesuai dengan kesanggupan diri hambaNya (Surah al-Baqarah) Maha Suci Allah lupa dengan hikmah tersirat lantaran alpa dengan kebenaran yang sudah tersurat Tersentakkah sebentar? * tidak pernah dia merungut walau dirinya kecil di tengah-tengah alam * bila hakikat kadang-kadang tidak menyebelahi impian punahkah harapan bila yang diimpi tidak kesampaian? Bukankah Allah tahu apa yang hambaNya tak mengerti? tersentak buat kali kedua! *..mengucap panjang di dalam hati..*

U.K.H.U.W.A.H

bismillah bicara ini ku mulakan dengan kalimah Allah indahnya persahabatan jika bersulam kasih dan sayang kerana Allah kemudian kasih itu disemikan lagi dengan masakan-masakan yang membuka selera apabila bertemu kerana saat memasak itu disimbahi kasih dan sayang untuk seorang sahabat yang sedang menanti dengan penuh kelaparan sambil bertasbih memuji yang Esa kerana mempertemukanku dengan seorang sahabat ~kala memandangnya, ku rasakan tenang, melihat tingkahnya, membuatkanku sentiasa mengingati Penciptaku Yang Satu~ ..Ya Rabbi, terima kasih memberiku sahabat sepertinya.. Buat sahabatku, terima kasih yang tak terhingga..Hanya Allah mampu membalas segala kebaikanmu..

~27th~

..bismillah.. In the name of Allah, alhamdulillah He makes them an 'easy' and longer journey in their relationship this date, after Zohor, they have been married for 27 years.. MasyaAllah such a long journey for them full of laughter full of pain and maybe a bit of sorrow but they overcome it with sabar and redha it's the keyword for love and to being loved dear mom and dad thanks for being such a good parents to us mom, dad I love you We love you from the bottom of our heart yesterday,today,tomorrow and forever insyaAllah ~happy anniversary mom and dad~ ^_^

~ choice ~

بسم الله الرحمن الرحيم

C.I.N.T.A

بسم الله الرحمن الرحيم ~ simple ~ usah di salah tafsir cinta yang suci kerana hanya cinta suci bermatlamat ingin sama-sama ke SyurgaNya

~saham~

بسم الله الرحمن الرحيم alhamdulillah..alhamdulillah..memasuki kalendar tahun baru masihi.. hampir 4 tahun rupanya saya telah memasuki dunia blogging ini semoga perkongsian saya selama ini mempunyai manfaatnya untuk pembaca-pembaca mudah-mudahan saya punya saham di akhirat sana doakan saya sahabat-sahabat ~ pantas tangan ini menaip melakarkan isi yang tersurat ilmu Allah sengaja ku titip agar sama-sama memikirkan yang tersirat~ tahun baru Hijrah yang lalu telah pun saya isikan dengan azam yang baru semoga Allah mempermudahkan segalanya amin.. ~ kerana manusia itu perlu kebergantungan pada Yang Tak Mati dan bukan sebaliknya ~ *p/s: ini bukan entri sempena tahun baru masihi ya..(>_<)*