Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

kerana mati itu pasti

Allah! Allah! mendapat perkhabaran seorang sahabat dijemput Ilahi.. innalillahi wa inna ilaihi raji'un Allah menghantarkan pesananNya melalui perkara yang tak diduga biar seselamat mana kita menjaga diri meskipun sebaik mana kita berusaha mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini kuasa Ilahi, tiada siapa tahu akan menjemput kita pergi menghadapNya Allah! Allah! serasa diri ini semakin lalai dengan nikmat menggunung membaca entri-entri manusia-manusia yang tahu bersyukur dan menghargai kehidupan, aku bertuah masih dalam tautan ukhuwah yang sentiasa mengingatkan aku pada Rabbi siapa aku tanpa diriMu, Ya Rabb Allah! Allah! mati itu pasti ayuh serah diri pada Ilahi sebelum segalanya terlambat tak mengenal erti Ya Allah, semoga roh sahabat yang tak aku kenali tersebut ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman..mungkin kami pernah bersua muka..Wallahu 'alam.. ..Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa' fu 'anhu...