Tuesday, January 26, 2010

Mari-marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia
Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka di beritakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri
Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya
Hibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni
Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu si jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah

Friday, January 22, 2010

tika wajah penat memikirkan dunia
maka berwuduklah
tika tangan letih menggapai cita-cita
maka serulah...
ALLAHU AKBAR
tika bahu tiada kuasa memikul amanah
maka bersujudlah
ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH
agar tunduk di saat yang lain angkuh
agar teguh di saat yang lain runtuh
agar tegar di saat yang lain masih terhampar
salam pertemuan...
saya ingin berkongsi isi-isi sebuah kuliah yang dihadiri sebentar tadi di masjid sewaktu kaum muslimin menunaikan solat jumaat..benar..Allah telah memuliakan kaum muslimat seperti juga kaum muslimin dalam kalamNya di dalam Surah an-Nisaa ayat 1 yang bermaksud:

1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

[263]. Maksud dari padanya menurut jumhur mufassirin ialah dari bagian tubuh (tulang rusuk) Adam a.s. berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Di samping itu ada pula yang menafsirkan dari padanya ialah dari unsur yang serupa yakni tanah yang dari padanya Adam a.s. diciptakan.

[264]. Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah seperti :As aluka billah artinya saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah.

Wanita..
satu perkataan yang boleh melabelkan banyak perkara..Antara kaca,permata juga air mata..
Pilihan yang terbaik terletak pada diri wanita tersebut sendiri..Namun, kita sebagai wanita mempunyai rujukan tersendiri..apatah lagi jika wanita tersebut seorang islam..Islam agama yang diredhai Allah..Kedatangan Islam telah merubah potret dunia yang dulunya selalu menzalimi wanita..Buktinya pada Surah an-Nahl ayat 58 yang bermaksud :

58. Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.

Kegemilangan Islam jua kedatangannya telah mengubah persepsi manusia dalam menghakimi manusia bernama wanita..Tetapi mengapa wanita kini semakin tidak menghargai diri mereka sendiri?Tepuk dada,tanyalah iman kita..

Apakah dengan memakai perhiasan dan menunjuk-nunjuk perhiasan yang sepatutnya disimpan menjadikan seorang wanita itu kekal gemilang di mata dunia?Sekekal mana kah perhiasan tersebut akan dipuji manusia?

Wahai wanita..Sayangilah dirimu kerana tiada yang lebih berharga dalam kehidupan ini selain REDHA NYA ALLAH pada kita..

Apakah kamu ingin menjadi kebanggaan dunia yang sementara sedangkan kamu mempunyai pilihan yang lebih baik dengan menjadi kesayangan Allah semata-mata???

96. Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (16:96)

Jadilah kamu wanita seperti mawar yang berduri, harumannya menggamit naluri namun untuk dimiliki payah sekali..

Jangan jadikan dirimu seperti kaca kerana sifatnya kaca mudah pecah dan senang untuk melukakan..

Jadikan air mata tahajudmu memohon kekuatan di kala mata-mata manusia lain terlena sudah..Jadikan Pencipta mu tempat meluahkan keluh kesah waima sandaran harapan untuk dirimu..Kerana seorang wanita itu boleh mengubah seisi dunia hanya dengan hayunan buaian dari tangannya sahaja..

Akhir kalam..
Sama-samalah kita bermonolog dan bermuhasabah diri..Segala yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri..

13. Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (67:13)



Tuesday, January 12, 2010

Syurga


Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah
tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;
aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih
kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku.
Tempat kerja syurga dunia harianku.
Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

ARWAH ASRI RABBANI

Saturday, January 2, 2010

garapan sekeping hati

duhai sang cahaya malam
dikau garapan indah
Pencipta Maha Esa
melihat sinaranmu menerangi alam
merenungmu membuatku rindu
menghayati indahnya tahajud pada Penciptamu

biar di luar sana betapa kabut jua cerianya
insan seagamaku
kerana 'Tahun Baru' telah menjelma
Tahukah mereka usia bumi juga semakin tua?
Ingatkah mereka satu tempat nun jauh di sana?
bila bumi sudah tiada?

sedih dan sayu
bila ku lihat
kekalutan insan seagamaku
mengagungkan sambutan 'Tahun Baru'
lebih dari mengingati Penciptamu
duhai sang Qamar
Penciptaku
Pencipta mereka

Khilafku dulu
semoga diampunkan
Pencipta kita
duhai sang Qamar

Betapa nikmat menggunung yang diberi
melebihi dari apa yang kita minta
duhai Qamar
tapi mengapa kita lupa?

Longgokan hiburan merajai
insan seagamaku
aku sedih
duhai Qamar
aku kecewa
wahai Qamar
aku malu
sang Qamar
melihat insan seagamaku
dijajah sedemikian rupa
tidak asing lagi
jika mereka mengenal
yang lain lebih dari
Pencipta kita, Qamarku

Wahai Pemimpin kaum Muslimin
Jawablah kamu dengan Pencipta
daku juga Qamar
juga Pencipta kamu
atas apa yang dipertanggungjwabkan kepadamu
bagaimana kamu memimpin umatmu
kelak kamu tahu
dunia ini pentas peragaan hidup sementara
ada yang abadi
menunggu di hujung waktu
nantikanlah!

Ingatlah janji Pencipta itu nyata
bagi setiap hambaNya yang berfikir
akan Kekuasaan juga KebesaranNya


 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating