Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

kalam mesra dari seorang hamba..part 1

assalamualaikum.. kerana kesuntukan waktu, saya sudah lama tak update blog..ya..rasanya lama juga tak melihat keindahan ciptaan Allah di luar sana..menatap keperincian ciptaan Allah.. Subhanallah..Tiada siapa yang dapat menandingi ciptaan Allah Yang Maha Agung..saya bersyukur diciptakan sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad s.a.w. dan mengecapi kemanisan Islam..Meski kadang-kadang, ujian yang diterima dirasakan terlalu berat,namun saya yakin bahawa Allah sedang menguji tahap keimanan saya..siapa saya hendak mentafsir kekuasaan Allah. Justeru, saya tidak melepaskan peluang mengambil angin sambil menghirup udara segar sedalam-dalamnya..Akibat kekangan masa pada urusan dunia, saya terlupa bahawa alam sekeliling saya turut memainkan peranan dalam mendidik jiwa saya sebagai seorang manusia..sungguh!!saya terkesan bila saya membaca tafsir Surah an-Nur ayat 41 - 46 yang bermaksud : 41. Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan ...

sekadar persinggahan

assalamualaikum bicara saya bermula.. kerana kekangan masa,saya terpaksa meringkaskan kalam saya di sini.. serba ringkas ingin saya kongsikan di sini dari satu blog sahabat yang menceritakan perihal dunia yang akhirnya akan mati juga,sama seperti kita..di sini saya sertakan alamat blog tersebut... http://asyrafdinie.blogspot.com/search/label/Kehidupan%20Dunia%2857%3A20%29 .. selamat membaca pada sahabat-sahabat sekalian...

beranikah??

egois

siapa kata kita tidak perlukan teman dalam hidup?? hidup bersendirian?? sahabat sejati adalah sahabat yang selalu mengingatkan pada kehidupan abadi.. memandangnya sahaja sudah mendamaikan.. akhlaknya sahaja sudah cukup mengajar kita.. tentang dunia juga akhirat.. namun akhlak terbaik hanyalah pada Rasulullah s.a.w. sukarnya mencari sahabat sejati.. kawan pula senang dicari.. mengapa perlu ego menguasai diri?? sedangkan egois itu belaian syaitan cukuplah ego yang sedikit kerana kadang-kadang ego itu perlu untuk pertahankan diri sendiri.. didedikasikan buat sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan pada kehidupan abadi yang menunggu di akhir hayat ini.. terima kasih sahabat.. ana uhibbu antum..

awas,debu-debu dosa!!

Ke arah mana halanya Bagi insan yang terleka Mengejar nikmat dunia Bagaikan hidup selamanya Tak peduli dosa noda Seksa azab neraka Hidup jauh dari rahmatNya Terpedaya pada dunia Pentas ciptaan manusia Terlupa pada segala Mengikut nafsu semata Membiar syaitan beraja Di hati dan juga jiwa Mengejar dunia penuh debu dosa Teguhkanlah iman dalam diri Moga dikau akan merasai Betapa indah nikmat Ilahi Dan yakin kau akan dirahmati Harus kau percaya dengan pasti Dunia tidak kekal abadi Hanya menguji cekalnya hati Sebagai khalifah yang sejati Tak perlu kau meragui Andai teguh keimananmu Pasti bahagia menanti Di akhirat yang abadi

jumaat penghulu segala hari

jangan malu jangan segan..muslimin,jom bersiap untuk menunaikan solat jumaat..muslimah pula jom kita ke kuliah agama di Dewan al-Ghazali,MSI. salam kasih dari saya.. kerana Islam itu indah maknanya..

hati berbisik..kalam ditagih

Hati!! Sukar untuk dimengerti Apa lagi difahami Hatiku!! hiduplah kau dalam diriku selamanya kerana kau tercipta untukku bila hati dan ragaku berpadu mujahadah itu terasa amat manis duhai hatiku.. janganlah dikau berpaling!! ..mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..

Titisan Air Mata Hati

catatan hatiku mengejar cintaMu lalu aku bersujud mengharap redhaMu jiwaku bertasbih memuji keagunganMu titis air mataku mendamba kasihMu Tuhan aku tidak mahu matiku kelak sia-sia Ya Allah biarkan mataku terjaga dalam rahmat masaMu Ya Allah izinkan aku menagih janjiMu kala embun pagi menitis memenuhi bumi aku bukanlah mawar berduri yang suci kerana itu izinkanlah aku memiliki cintaMu selama-lamanya milik siapa hati ini?? jika bukan milikMu Ya Tuhanku...