assalamualaikum.. semoga kalian sahabiah saya sihat semua hendaknya..bersyukur kerana masih dipanjangkan usia hinggakan kita berpeluang melalui nisfu syaaban pada malam ini.. pagi yang cukup tenang..dengan titisan-titisan hujan yang garang jatuh membasahi bumi Allah yang indah.. seusai berkumpul di suatu tempat kerana menunaikan satu tanggungjawab..sempat mata ini menatap ke arah sekumpulan manusia..pelbagai ragam jelas dilihat di mata.. kamera yang memfokuskan pada semua mula ditatap satu-persatu gambarnya..lelakinya segak berkot serta bersongkok lengkap lagak pegawai diraja..sedang wanita anggun berbusana kurung dengan hijab melilit kepala.. tidak asing bagi semua untuk acara-acara seperti itu..kesibukan menyambut seseorang yang penting mula terasa..masing-masing sibuk dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan.. kehadiran tetamu-tetamu mula memenuhi ruang dewan yang agak besar..dari berpangkat..hinggakan yang tiada pangkat seperti saya yang mana seawal matahari menjengah pagi telah pu...
sabda Nabi saw:"kalaulah kamu semua mengetahui apa yang aku tahu,pasti sedikit ketawamu dan banyak tangisanmu" ~riwayat Bukhari & Muslim~