Skip to main content

::life-long learning::

assalamualaikum..

semoga kalian sahabiah saya sihat semua hendaknya..bersyukur kerana masih dipanjangkan usia hinggakan kita berpeluang melalui nisfu syaaban pada malam ini..

pagi yang cukup tenang..dengan titisan-titisan hujan yang garang jatuh membasahi bumi Allah yang indah..

seusai berkumpul di suatu tempat kerana menunaikan satu tanggungjawab..sempat mata ini menatap ke arah sekumpulan manusia..pelbagai ragam jelas dilihat di mata..

kamera yang memfokuskan pada semua mula ditatap satu-persatu gambarnya..lelakinya segak berkot serta bersongkok lengkap lagak pegawai diraja..sedang wanita anggun berbusana kurung dengan hijab melilit kepala..

tidak asing bagi semua untuk acara-acara seperti itu..kesibukan menyambut seseorang yang penting mula terasa..masing-masing sibuk dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan..

kehadiran tetamu-tetamu mula memenuhi ruang dewan yang agak besar..dari berpangkat..hinggakan yang tiada pangkat seperti saya yang mana seawal matahari menjengah pagi telah pun ada di ruang dewan ini..

kelibat yang pelbagai ragam..saya perhatikan dari anjung kamera yang menapak di sudut dewan..dengan sut-sut yang saya boleh agak harganya untuk menyambut seseorang yang penting seperti sekarang..dengan dewan yang telah pun setengah penuh..saya mula teringatkan sesuatu..

mengapa bila majlis-majlis ilmu yang melatari bumi universiti tidak dipenuhi kerusinya seramai ini??sedangkan bilik yang berhawa dingin,kerusi empuk juga karpet yang bila dipijak itu tenggelam kakinya..menjanjikan seribu satu ilmu yang mungkin setengah daripada warga dewan ini tidak mungkin akan dapat di dewan kuliah..

hmm..fikiran mula menerawang jauh mengenang hari yang telah berlalu itu..

sedih bila melihat fenomena di depan mata..ke mana agaknya semua warga dewan ini pada hari itu??tidak lagi ditambah dengan muzik-muzik yang mengaumkan bunyinya saat konsert-konsert dimainkan..pasti muncul segenap manusia dari seluruh pelosok..

saya berfikir sendiri??adakah manusia kini mula lupa yang ilmu itu bukan hanya di bilik kuliah sahaja??

sengaja buku-buku di ruang belajar saya susun sedemikian rupa..ingin melihat apa yang bakal dipilih oleh teman bila berkunjung..jelas..tidak ramai mahu meneliti buku yang berkaitan alam selepas roh meninggalkan jasad..

kenapa??pernah soalan ini saya utarakan..apakah isinya kurang informasi atau kurang berkeyakinan penyampaiannya??tidak sama sekali..tetapi ramai manusia yang melupai hakikat bahawa mereka bakal pergi dari dunia fana ini..

hedonisme menyekat hati dari memahami sesuatu yang pasti berlaku..longgokan-longgokan hiburan telah menutup pintu hati untuk menghayati kebenaran..ilmu-ilmu pula semakin berkurangan dari memenuhi bumi Allah ini..

generasi muda telah didedahkan dengan budaya hedonisme seawal usia 5 tahun lagi..mereka jugalah bakal pemimpin masa depan dunia kita..sedar atau tidak..bagaimana mereka 20 tahun akan datang jika tidak dipenuhi dada mereka dengan ilmu jiwa dan rohani yang semakin dilupakan ini??

hmm..fikiran tidak mampu lagi menerawang sejauh itu bila mata mula menunjukkan bayang-bayang dan kantuk yang telah pun bermaharajalela..

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini
tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka
pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi
ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

[40 Hadis tentang Peristiwa Akhir Zaman]


Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...