Skip to main content

nikmatNya..jangan pernah lupa..versi 1

assalamualaikum w.b.r.

wah..formal skali nampaknya ucapan salam saya kali ini..inilah ucapan dalam agama yang murni ini yang tiada tolok tandingnya dalam mendoakan sesama rakan..salam sejahtera ke atas kamu..maka..apa yang patut sahabat2 sekalian lakukan??jawablah salam saya kembali ya..=]

entri berkenaan kekasih..=]..bila sebut berkenaan kekasih..ramai yang boleh kita jadikan sebagai kekasih..dan bukan pada berlainan jantina sahaja..contohnya ibu ayah kita..pelajaran kita..motor kita..dan yang paling utama..Allah dan Rasul kita..lucu pula bila teringat ada kawan2 yang menamakan kenderaan mereka dengan pelbagai jenis nama..nah!apa maksudnya??itulah kasih pemilik pada hartanya..

Kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya tiada galang ganti..malah tidak perlu untuk dibalas..berlainan pula dengan kasih kita sesama manusia..kadang2..ada yang mengharapkan balasan..dan kita sebagai seorang manusia yang bersifat lemah..x tercapai apa yang dikehendaki oleh orang2 tersebut..

Nah!!lupakan saja kisah mereka..fokus saya pada bicara kali ini tentang betapa nikmatNya kita terima..dan betapa mudahnya kita melupakanNya..

Tenangnya pagi itu
sorak sorai burung
bersama gemersiknya dedaunan
ditiup angin nan syahdu

setiap kali bangun pagi..berdoakah kita bila nyata kita masih lagi bernyawa??jika ya..tahniah buat sahabat sekalian..jika tidak..nah!!apa lagi yang kalian tunggu??bersyukurlah atas nikmat nyawa kita..=]

meneroka alam nan indah
dengan pacuan menderu
di kaki jalanan bertar

kita miliki kenderaan untuk kita menunaikan impian kita..seperti belajar..bekerja..ianya adalah 1 ibadah..jangan mencacatkan suasana dengan keluhan..senyumlah kerana senyuman bisa menjana energi yang luar biasa dalam memulakan kerja..

hirupan udara segar
menggamit peparu
berfungsi dengan rela

sedut udara..oksigen..keluarkan udara..karbon dioksida..CO2 pula diproses oleh tumbuh-tumbuhan supaya dapat mengeluarkan oksigen..semua untuk manusia..manusia=khalifah di muka bumi..nah!!mengapa bisa merosakkan alam yang membantu kita??


Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

rindu menggunung: dia+ibu+ayah

RINDU.. pada segugus senyuman milik dia pengubat dan kekuatan yang Tuhan beri pada dia, dalam hidupku, Tuhan menciptakan dia,  dan memberi keizinan untuk dia berkongsi hidup denganku.. kadang-kadang,  ketidaksempurnaanku, dia lengkapkan, dan begitu juga aku harapkan sebaliknya, padanya.. bila rindu, selalu aku khabarkan pada ibu.. perihal dia, sambil ketawa, tersenyum, sering juga dengan airmata, mengenangkan perangai dan tingkahnya yang mencuit atau mengguris naluri kecilku, berkongsi, meminta nasihat, pandangan dari ibu yang sudah lama makan garam dari anaknya ini.. dan ibu pasti kata: 'anak ibu mesti rindu ni..dari tadi asyik bercerita perihal dia..' 'anak ibu ok?' ibu.. benarlah ibu itu lebih mengerti perasaan dan laku anak-anaknya, meski jauh terpisah beribu batu, namun gerak hati ibu seakan dapat membaca diari hidup anak-anaknya.. kuasa Tuhan yang satu.. 'anak ibu sihat?' 'kenapa diam, nak?' ...