Monday, December 19, 2011

habaan mansuraa



بسم الله الرحمن الرحيم


Serasa lama tidak menconteng kanvas blog ini..rindu mula bertapak..hati mula berkocak…tangan mula bertindak..memuntahkan lava-lava yang saya simpan sejak sekian lama..Kerna dengan bicara, saya dapat mengupas sesuatu dari sudut pandang saya sendiri..biarlah lantunan bicara saya tidak diketahui, saya seronok menulis dengan cara ini..

‘Berbicaralah atas nama kasih’..

melihat judul sahaja sudah membuatkan saya begitu kepingin memilikinya..alhamdulillah..tinggal satu sahaja sewaktu saya membelinya..mungkin ini rezeki saya..=)

Bahasa yang mudah dengan sudut pandangan seorang guru, seorang isteri dan seorang ibu, malah telah melalui zaman sebagai seorang remaja, saya kira buku ini amat bermakna jika dimiliki para sahabat saya..

Saya tersenyum berseorangan saat membaca berkenaan habaan mansuraa(bagai debu-debu berterbangan di udara, tiada nilainya)..

saya suka frasa ini..

Mendengar itu, saya memandang wajah suami sambil mengangkat kening, ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,’ bisik saya di dalam hati..

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya..=)..

Juga pada frasa ini..

“untuk suka dan sayang pada seseorang atau sesuatu perkara, tidak semestinya perlu berjumpa dahulu. Suka dan sayang boleh hadir cukup dengan hanya melihat dan mendengar bukti-bukti, tanda-tanda dan hasil daripada kehebatan dan kualiti yang ada pada seseorang atau sesuatu perkara. ”

Saya melihat betapa hikmahnya ibu dan bapa ini dalam mendidik anak mereka..diselitkan pengajaran di sebalik pelajaran..diselitkan pengertian dan pemahaman mendalam untuk sang anak memahami apa yang akan dihadapinya kelak..terima kasih untuk perkongsian di dalam buku ini..

ingin saya jadi seperti mereka..berilmu serta beramal bersama yang tersayang menemani..indah, bukan?

Semoga Allah merahmati penulis ini dan keluarganya..

hilal asyraf, saya pinjam tagline ye..’SEMOGA ALLAH REDHA’

2 comments:

  1. Bolehlah pinjam buku tue.. Macam best jer?? Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. shidah,boleh saja..meh dtg amek kat bilik kita..=)

    ReplyDelete

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating