~bismillah~ lazimnya, PJJ didefinisi sebagai pembelajaran jarak jauh, tapi tidak pada saya juga suami..berjauhan..kami juga sedang melalui perkahwinan jarak jauh, kerana komitmen masing-masing.. jujur, perkahwinan ini mengajar kami bersabar, saling bertolak ansur, saling percaya mempercayai, sokong menyokong antara satu sama lain.. PJJ- seeloknya, sebelum berkahwin lagi sudah ada perbincangan berkenaan PJJ ini dengan bakal suami masing-masing..redha suami itu perlu saat termeterai saja akad antara wali dan suami..ianya mungkin kelihatan mudah di pandangan mata kasar, namun ketahuilah, dengan izin Allah, kami melalui semua ini.. dan yang paling membahagiakan, saat berjumpa semula, terasa seakan pengantin baru kembali..saling cuba kenal-mengenali di antara satu sama lain,kembali.. berjauhan tak bermakna kasih sayang sesama suami isteri boleh pudar..siramilah bunga-bunga cinta yang memekar dalam hati kalian dengan kasih sayang dan cinta untuk pasangan masing-masing..i...
sabda Nabi saw:"kalaulah kamu semua mengetahui apa yang aku tahu,pasti sedikit ketawamu dan banyak tangisanmu" ~riwayat Bukhari & Muslim~