Monday, February 25, 2013

pengalaman PJJ

~bismillah~

lazimnya, PJJ didefinisi sebagai pembelajaran jarak jauh, tapi tidak pada saya juga suami..berjauhan..kami juga sedang melalui perkahwinan jarak jauh, kerana komitmen masing-masing..

jujur, perkahwinan ini mengajar kami bersabar, saling bertolak ansur, saling percaya mempercayai, sokong menyokong antara satu sama lain..

PJJ- seeloknya, sebelum berkahwin lagi sudah ada perbincangan berkenaan PJJ ini dengan bakal suami masing-masing..redha suami itu perlu saat termeterai saja akad antara wali dan suami..ianya mungkin kelihatan mudah di pandangan mata kasar, namun ketahuilah, dengan izin Allah, kami melalui semua ini..

dan yang paling membahagiakan, saat berjumpa semula, terasa seakan pengantin baru kembali..saling cuba kenal-mengenali di antara satu sama lain,kembali..

berjauhan tak bermakna kasih sayang sesama suami isteri boleh pudar..siramilah bunga-bunga cinta yang memekar dalam hati kalian dengan kasih sayang dan cinta untuk pasangan masing-masing..itu juga sebenarnya cabaran untuk PJJ ini..namun, carilah pendekatan supaya yang jauh dapat didekatkan..inshaaAllah, yakin pada Allah setelah berusaha memenangi hati pasangan masing-masing..pelbagai medium dapat digunakan untuk urusan ini..

untuk bakal pengantin di luar sana; sahabat-sahabat saya, permudahkanlah urusan pernikahan sahabat sekalian, kerana yang halal itu lebih indah, malah menambahkan pahala untuk kalian..

sedikit perkongsian dari saya, mudah-mudahan bermanfaat untuk sahabat sekalian..

0 comments:

Post a Comment

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating