Friday, December 18, 2009

Tangisan Keredhaan

Imam an-Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Solihin telah mengkhususkan satu bab berkenaan "KELEBIHAN MENANGIS KERANA ALLAH".

Firman Allah yang bermaksud : " Dan mereka menundukkan kepala lalu menangis.Maka itu menambah khusyuk pada diri mereka " (17:109)

Berkata Allah lagi dalam firman-Nya yang bermaksud : " Apakah dengan mendengar Al-Quran ini mereka hairan?Lalu mereka ketawa dan tidak menangis? " (53:59-60)

Telah diceritakan oleh seorang sahabat Nabi, Abdullah bin Mas'ud:
Suatu hari Rasulullah datang kepadanya dan menyuruh beliau membacakan ayat-ayat Al-Quran.Beliau kehairanan lalu berkata : " Wahai Rasulullah, adakah aku perlu membacakannya untukmu sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada mu? "

Maka Rasulullah saw membalas : " Sesungguhnya aku suka mendengarnya daripada orang selainku "

Maka beliau membacakan untuk Rasulullah beberapa ayat daripada surah an-Nisa'. Apabila sampai kepada ayat 41 yang bermaksud : " Maka bagaimanakah keadaannya apabila Kami mendatangkan daripada setiap umat itu ( di akhirat ) dengan seorang saksi dan Kami membawamu ( wahai Muhammad ) sebagai saksi kepada mereka semua "

Maka ketika itu Rasulullah saw bersabda kepada Abdullah bin Mas'ud : " Cukuplah setakat ini "

Lantas Abdullah bin Mas'ud berpaling ke arah Rasulullah saw, lalu kelihatan air mata suci Baginda mengalir menangisi dan menghayati ayat tersebut.

Lihatlah Baginda!memang terang-terangan Baginda akan masuk syurga,tetapi Baginda tetap takut kepada Allah..Inikan kita sebagai manusia biasa yang banyak dosa..Masya Allah..
Astaghfirullah al- a'zhim..Banyakkanlah kita beristighfar dan takutlah kepada kekuasaan Allah..Mungkin kita sering terlupa bahawa semua amalan kita sentiasa dicatat oleh Malaikat Raqib dan A'tid..Marilah kita bermuhasabah diri..

0 comments:

Post a Comment

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating