بسم الله الرحمن الرحيم
Serasa lama tidak menconteng
kanvas blog ini..rindu mula bertapak..hati mula berkocak…tangan mula bertindak..memuntahkan
lava-lava yang saya simpan sejak sekian lama..Kerna dengan bicara, saya dapat
mengupas sesuatu dari sudut pandang saya sendiri..biarlah lantunan bicara saya
tidak diketahui, saya seronok menulis dengan cara ini..
‘Berbicaralah atas nama kasih’..
melihat
judul sahaja sudah membuatkan saya begitu kepingin
memilikinya..alhamdulillah..tinggal satu sahaja sewaktu saya membelinya..mungkin
ini rezeki saya..=)
Bahasa yang mudah dengan sudut
pandangan seorang guru, seorang isteri dan seorang ibu, malah telah melalui
zaman sebagai seorang remaja, saya kira buku ini amat bermakna jika dimiliki para
sahabat saya..
Saya tersenyum berseorangan saat
membaca berkenaan habaan mansuraa(bagai debu-debu berterbangan di udara, tiada
nilainya)..
saya suka frasa ini..
Mendengar itu, saya memandang
wajah suami sambil mengangkat kening, ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,’
bisik saya di dalam hati..
Bagaimana acuan, begitulah
kuihnya..=)..
Juga pada frasa ini..
“untuk suka dan sayang pada
seseorang atau sesuatu perkara, tidak semestinya perlu berjumpa dahulu. Suka dan
sayang boleh hadir cukup dengan hanya melihat dan mendengar bukti-bukti,
tanda-tanda dan hasil daripada kehebatan dan kualiti yang ada pada seseorang
atau sesuatu perkara. ”
Saya melihat betapa hikmahnya ibu
dan bapa ini dalam mendidik anak mereka..diselitkan pengajaran di sebalik
pelajaran..diselitkan pengertian dan pemahaman mendalam untuk sang anak memahami
apa yang akan dihadapinya kelak..terima kasih untuk perkongsian di dalam buku
ini..
ingin saya jadi seperti mereka..berilmu serta beramal bersama yang tersayang menemani..indah, bukan?
Semoga Allah merahmati penulis ini dan keluarganya..
hilal asyraf, saya pinjam tagline
ye..’SEMOGA ALLAH REDHA’