Wednesday, March 30, 2011
~inspiration from Kalamullah~
Monday, March 28, 2011
~amanahmu wahai suami~
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
~untuk mereka yang bakal menjadi suami..ketahuilah tanggungjawabmu bukan sahaja memberi makan dan mengasihinya sahaja~
Sunday, March 27, 2011
~key of productive~
Wednesday, March 23, 2011
~kisah kasih~
tersimpan kukuh pesanan-pesanan mereka dalam ingatanku..insyaAllah..
Tuesday, March 22, 2011
~dimandikan malaikat~
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
~Handzalah..sahabat Nabi saw yang baru berkahwin lalu syahid dalam Perang Uhud dan mendapat keistimewaan dengan dimandikan oleh malaikat~
betapa hebat kisah perjuangan sahabat Nabi dalam mempertahankan agama suci Islam..beliau baru sahaja berkahwin lalu mendapat tahu perang akan berlaku..tanpa berlengah,beliau pergi berjuang di medan jihad hingga gugur syahid..
terasa malu dengan sikap sendiri dalam menegakkan agama suci Islam bila membaca kisah-kisah perjuangan sahabat-sahabat Nabi saw..iman yang mantap dan berjuang kerana Allah..tapi diri saya sendiri,selalu cepat mengalah bila ditimpa musibah..sedangkan musibah yang diterima amat kecil berbanding dengan yang diterima Nabi Muhammad saw juga para sahabatnya..MasyaAllah..
~Ya Allah..ampunilah hambaMu yang kerdil ini~
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."
[Surah al-Mu'minuun 23:115-118]
Saturday, March 19, 2011
Tuesday, March 8, 2011
~nostalgia~
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
~ceritera kami~
Friday, March 4, 2011
~bahagia itu ada di sana+bahumu kurindu~
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan,
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan
Hari ini ujian ini,
Dan esok ujian itu,
Hingga aku sendiri menjadi mangli
Dan air mataku telah kering berhenti
Gembira, sedih
Suka, duka
Putaran ini wujud di dunia,
Kesedaran hidup di alam fana
Aku patut berhenti berfantasi
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya
Hanya wujud di syurga sana
Sama ada aku memilih untuk berdiri
Atau aku tidak akan mendapatkannya nanti
~Hilal Asyraf~
1235AM
040311
Irbid, Jordan
dan kerana saya merindui sahabat saya..puisi ini untuknya..yang senantiasa ada menemani saya waktu susah mahupun senang..gembira mahupun berduka..juga saya petik dari puisi hilal asyraf..kerana saya suka makna dan penyampaiannya..
Kala aku sukar,
Kau sentiasa menyuakan bahumu,
Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,
Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,
Sukar mencari sepertimu,
Kerna setakat ini kau seorang sahaja,
Berjauhan kita takdir Tuhan,
Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,
Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,
Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,
Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,
Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.
Bila bersendiri,
Aku rindu saat kita bersua,
Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,
Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,
Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,
Bila kau berkata “Enta nak ana bantu apa? Ana usahakan.”
Kadangkala hingga tertitis air mata ini,
Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi
Hatta berjauhan,
Kau masih memberikan bahumu,
Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,
Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,
Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,
Nyata bahumu kurindu,
Untuk kuluah segala-gala,
Kerna kau sahaja,
Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.
~Hilal Asyraf
1100PM
010311
Irbid, Jordan.