Wednesday, March 23, 2011

~kisah kasih~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

cuaca yang redup mengingatkan daku pada kisah kasih ibu ayah pada si anak yang berada jauh di mata mereka..

bila teringat anaknya sukakan durian,perjalanan dari utara ke selatan terasa dekat dengan membawa durian-durian dari kampung pakcik saudaranya..itulah ibuku..lebih senang aku memanggilnya ummi..walau jauh di mata,kasihnya tak lekang di hati..

"teringatkan angah,ummi bawak durian-durian tok cik tu..padahal bonet kereta dah penuh sepenuh-penuhnya.." kata opah lewat tandanganku ke kampung..

ummi hanya senyum memandangku..ummi,ketahuilah..anakmu ini amat berterima kasih kepadamu..

"makanlah..nanti da balik johor,x merasa nanti..mari ummi kopekkan..ambil golok opah tu"

dengan kasih sayang,ummi mengopek durian untukku..

"cantik isinya ummi..ummi x makan?ayah?"

soalku tatkala melihat isi durian yang kekuning-kuningan itu.

"sedap..makanlah..ummi ayah da kenyang makan kat rumah tok cik hari tu"



"ayah suruh ummi letak durian-durian tu kat bonet..ummi kata x apa..biarlah letak kat depan,tempat duduk ummi tu"..begitu kata ayah..begitu sekali kasih ummi pada anak-anaknya..bercalar-calar sikit badan ummi ku lihat kerana penangan duri durian itu..tersagat sebentar hatiku melihatnya..



keranaku sukakan durian,ummi sanggup bersusah payah dari jauh membawanya..kerana itu..biarpun perut sudah tidak larat dipenuhi lagi,demi kesusahan dan kepayahan ummi ayah,ku habiskan juga durian-durian tok cik yang memang terkenal dengan keenakkannya itu..

"majalah-majalah Sunnah tu jangan lupa bawa balik nanti..ummi x habis baca lagi kamu da ambil ye"

pesan ummi memerhati dari dapur saat ku senyap-senyap mengambil majalah-majalahnya untuk bekalan rohaniku tatkala berada jauh di negeri orang..kadang-kadang,ku cemburu dengan ilmu-ilmu yang ummi ada..untuk itu,perlu untukku membaca apa yang ummi baca..buat menambah ilmu juga..lawak juga rasanya bila cemburu dengan ummi..cemburu dari segi ilmu..dibenarkan syara'..



"x cukup duit ke?xpe,ummi bayarkan.."

tiba-tiba,suara ummi dekat di telingaku membisikkan sesuatu saat ku x cukup wang membeli novel kegemaranku,Sinergi untuk dijadikan koleksi novel-novel kesayanganku..



"angah..minyak-minyak ni ummi baru beli hari tu..ni pakai sebelum sempat migrain tu teruk ya..yang ni pulak sapu bagi kalau perut tu masuk angin..jangan da kena baru nak sapu..insyaAllah..kita ikhtiar..Allah menyembuhkan.."

ku tersenyum tersipu-sipu mengenangkan ummiku yang sudah seperti doktor di klinik lagaknya..walau jauh di mata..ummi x pernah lupa pada anak-anaknya..menjaga makan minum anak-anaknya..rohani dan jasmani..



"ambillah angah kalau nak.."

suara ummi memecah suasana bila melihat ku kerap menatap Quran baru pembeliannya itu..



"terima kasih ummi"..tanpa segan silu ku ambil pemberiannya dengan senang hati..azamku..akan ku baca Quran ini setiap waktu senggangku berselang-selikan Quran yang telah ada di hostelku itu..ku kucup pipi ummiku kerana kasihnya itu..



"kasturi ni elok untuk urat-urat saraf..pakai sebelum tidur..minyak zaitun ni untuk otak..sapu selalu kat kepala tu"

ada-ada saja bekalannya tiap kali ku pulang ke kampung halaman..semua demi kesihatan dan kecergasan mental serta fizikalku..



"ni..ambil vitamin-vitamin ni..Omega3 baik untuk otak..makan bagi habis ya.. pharmacist tu cakap B Complex elok untuk orang tekanan darah rendah ..makan tu jaga..jangan ikut sedap je nak telan apa..nanti sakit,ummi ayah jauh.. "

"baik ummi.."

balasku sepatah sambil tersenyum memandang wajahnya lewat kami singgah di farmasi..nasihatnya keras demi kesihatanku..



"kalau ada terjumpa madu asli..belilah..elok untuk kesihatan..sunnah Nabi tu.."

sambil memesan,terselit nasihat dan juga panduan dari ummi..membuatkanku bertambah-tambah sayang padanya..

tersimpan kukuh pesanan-pesanan mereka dalam ingatanku..insyaAllah..

"nak beli apa-apa lagi?ayah singgah kat mart tu"

soalnya tiap kali sebelum ku pulang semula ke universiti..meski tiada masa untuk diri sendiri,dia x pernah meninggalkan masa untuk bersama-sama kami..



"anak ayah sihat?dah solat?dah makan ke belum ni?kalau ada apa-apa x cukup,bagitau la ya.."

berpusu-pusu soalan keluar darinya..juga pesanan seorang ayah dari corong telefon..

"Quran jangan lupa baca ye nak..solat jangan tinggal..jaga nama ummi ayah sepanjang berada kat tempat orang"



"nak pergi jalan-jalan tak?semua anak-anak ayah ada ni..lama kita x jalan sama-sama"



akhirnya,kami mendapat kejutan dengan ayah dan ummi membawa kami ke teluk senangin..kata ayah,sempena untuk merehatkan minda juga diri setelah kami bertungkus lumus mempelajari ilmu..ayah dan ummi pula dapat merehatkan diri dan mengeratkan lagi cinta mereka..



"belajar macam mana?bagus semuanya?"

soalnya mengambil berat..

"belajar bagus-bagus ya nak..ilmu tu penting..x ilmu,x guna hidup nak.."


terharuku dengan sikap serta perhatian ummi dan ayah pada kami..menitis air mata seorang anak kerana kasihnya ibubapa pada anak-anaknya..tiada yang dapat dibalas untuk mereka..hanya doa menjadi peneman setia..Ya Allah,tempatkan mereka di syurgaMu serta permudahkanlah urusan dunia juga akhirat mereka..untuk ummi dan ayah tercinta..akanku balas jasa-jasamu sebaik-baiknya..InsyaAllah..permudahkanlah urusanku Ya Allah supaya ku dapat membalas jasa-jasa mereka yang berharga itu..

argh!!rindunya pada ummi ayah..menatap wajahnya saja sudah dapat pahala..bila lagi kita akan ketemu ya ummi ayah?x sabar rasanya nak balik rumah berkhidmat pada ummi ayah setelah lama menghabiskan masa menuntut ilmu jauh di negeri orang ini..doakan angah berjaya dunia dan akhirat sentiasa..

~mode:rindu pada raut wajah-wajah kesayangan hamba~

2 comments:

  1. Salam b,

    Bestnya ummi u..
    hehe ;p

    ReplyDelete
  2. suma mama akan buat benda yang serupa jah..hee..alhamdulillah..mendapat ibu sepertinya..

    ReplyDelete

 

web site traffic statistics
Palm Harbor Florida Dating