Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

satu teguran

sesak nafasku meremang bulu romaku menggeletar jasadku kecut hati dan jiwaku bila mendengar tazkirah seorang sahabat usai zohor tadi Dajjal,Ya'juj dan Ma'juj bukan khayalan apatah lagi fantasi ianya realiti harus kita tempuhi kita?? siapa?? umat Nabi Muhammad s.a.w umat akhir zaman Bagaimana iman kita hari ini? semalam yang berlalu?? adakah amal semalam, berharga bagiku?? jika ya?? alhamdulillah.. ada amalmu untuk bekal ke sana!! jika tidak?? adakah masa dapat ku undur kembali? Nah!! terimalah natijah buat kamu yang gembira menatap dunia sementara buat mereka yang tak pernah terleka alangkah girangnya Dibimbingi Allah tiap masa Cinta Allah tidak pernah berdusta! kuatkah iman kita, mencintaiNya? atau sekali dijentik terus kita menyerah kaku? jadi robot pada nafsu?? atau sekali disergah terus kita gagap menyembah selain-Nya?? Saat itu pasti tiba.. ibu lari tinggalkan kandungannya langit jatuh tersungkur bersama bumi yang setia tiada lagi teman untuk muhasabah bersama hilang sudah...

Indahnya Sunnahmu Ya Rasulullah

Assalamualaikum pembuka bicara.. Saya terkesan untuk menyampaikan ilmu yang saya dapati dari sebuah masjid di sebuah universiti tempatan dengan tarikhnya 12 Rabiulawal 1431H..Seorang professor sebagai penceramah jemputan beserta seorang yang ahli dalam institusi agama di Johor dijemput untuk mengupas isu berkenaan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Tidak banyak yang dapat saya kongsikan di sini berikutan kelewatan menghadiri kuliah agama tersebut kerana terpaksa menyelesaikan suatu tanggungjawab sebagai seorang pelajar terlebih dahulu yang sinonim dengan tugasan,kuliah juga peperiksaan. Suka saya menjelaskan dengan kurang terperinci berkenaan hujah professor tersebut yang menerangkan pengertian Surah al - Humazah yang rata-rata kita mungkin melupai akan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak, juga sengaja atau tidak sengaja..Maksud saya dengan perkataan kurang terperinci adalah kerana saya masih lagi dalam proses menuntut ilmu dan masih banyak yang bol...
Rasulullah saw bersabda, "Biarkanlah aku,apa-apa yang telah aku tinggalkan untukmu,sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan mereka dan sikap mereka yang selalui menyalahi nabi-nabi mereka.Apabila aku melarangmu dari sesuatu maka jauhilah dan apabila aku memerintahmu dengan sesuatu, maka lakukanlah sekuat tenagamu (semampumu)" (HR Bukhari dan Muslim) Antara salah satu cara menunjukkan kita menyayangi Nabi adalah dengan mengikuti sunnahnya..Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian bahawa kita telah banyak menjauhi sunnah Nabi..Tuntutlah ilmu kerana tanpa ilmu, hati kita akan menjadi buta..Hati yang buta sukar sekali untuk diperbaiki apabila telah wujud tompok-tompok hitam yang memenuhinya.. Sama-samalah kita berusaha mengenali dan mempelajari ilmu hadis kerana itulah tinggalan terakhir Nabi sebagai pemimpin umat kita..Semoga kita mendapat keberkatan dalam mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Akhir kalam dari saya..Selamat menyamb...

rimbun keampunan

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan Kerana keinginan tidak pernah kesampaian Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan Bangkit semula meneruskan baki perjalanan Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda Ku minta diberikan sejenak kesempatan Untuk ku ulangi kembali langkah pertama Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan Melerai segala kusut dan kecamuk dihati Ku cari kejernihan di segenap ruang maya Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu RIMBUN KEAMPUNAN HIJJAZ

dambaan hatiku

mataku terkesima menatap kedut-kedut tua di wajah mereka Ya Allah masa kian menginjak ke akhir usia dunia kian pudar seri dan maknanya Oh Tuhan bagaimana nasib kami di sana? mampukah kami berkumpul bersama? Ya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang tempatkanlah mereka di syurgaMu syurga penuh kenikmatan syurga penuh kemanisan kerana mereka benar-benar menjaga amanahMu ini sempatkah aku membalas? kesungguhan mereka membesarkanku sedewasa ini Benar!! Tak terbalas rasanya setiap kasih yang dicurahkan Cuma doa yang mampu aku titipkan kerana aku tahu Tuhanku Maha Mendengar setiap doa hamba-hambaNya Ya Allah perkenankan doa hambaMu ini ampunkanlah dosa-dosa mereka rahmatilah mereka sepertimana mereka menjagaku sejak kecilku Ya Allah Kau tempatku berharap segala-galanya ...amin...

benarkah masih wujud lagi??

seiring tulisan saya pada post yang lepas..benarkah masih wujud lagi seorang lelaki bernama suami seperti Rasulullah saw yang sangat bertanggungjawab pada isteri..dari pandangan mata yang sentiasa memerhatikan..ramai suami membiarkan isterinya mendedahkan aurat di hadapan bukan muhrim..banggakah dia??memiliki isteri dengan paras rupa yang menarik??kenapa dibiarkan dilihat oleh lelaki lain??bukankah kecantikan seorang isteri itu milik sang suami sahaja?? melihatkan ramai rakan seumur mendirikan rumahtangga..tedetik di hati..ingin memiliki tapi benarkah masih wujud lagi??dalam seribu..mungkin wujud dalam 100 orang lagi yang mencontohi Nabi..wahai sang suami..kamu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak kerana tidak mendidik isterimu..Setelah lafaz akad nikah yang diucapkan oleh kamu..tanggungjawab mendidik sang isteri adalah tanggungjawab kamu..bukan ibu dan bapa sang isteri tadi..kerana syurga seorang isteri berada pada sang suami.. sukarnya mencari..mendirikan rumahtangg...