Skip to main content

~maulud Nabi saw~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nabi saw lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah..55 hari sebelum Nabi saw lahir,Abrahah dan pasukan tentera bergajahnya telah menyerang Mekah untuk meruntuhkan Kaabah..namun kuasa Allah telah mematahkan serangan itu dengan menghantar burung-burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu panas dari neraka.

lama sudah Nabi saw meninggalkan kita..sebelum baginda wafat,ummati..ummati..ummati..katanya..

namun bagaimana kita hari ini ya?Nabi berperang bermati-bermatian untuk menyelamatkan aqidah umat Islam pada waktu perang Uhud dulu hinggakan Nabi saw terpaksa solat duduk kerana sakit yang teramat..Hamzah,bapa saudara Nabi saw juga meninggal dalam keadaan menyayat hati..namun baginda tidak pernah berdendam dengan Hindun yang dengan kejamnya membelah dada Hamzah untuk diambil hatinya setelah Hindun memeluk Islam..bagaimana kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut?bagaimana aqidah kita hari ini?mari periksa aqidah kita bersama-sama..

mari sama-sama hidupkan kembali sunnah Nabi saw tanpa bid'ah yang telah dicipta setelah Nabi saw wafat..berapa banyak kitab hadis yang ada di rumah kita untuk tatapan dan pengetahuan kita yang telah lama ditinggalkan oleh Nabi saw ini?Kitab-kitab seperti Hadis Bukhari,Hadis Muslim,Fiqh dan Sunnah oleh Sayid Sabiq,Riyadhus Solihin,Bahrul Madzi sepatutnya dirujuk setelah Al-Quran dalam mempelajari sunnah Nabi..telah banyak pengajian-pengajian sunnah di sekeliling kita..pekakah kita dalam menghadirinya?

alhamdulillah..saya berpeluang mempelajarinya..mula-mula belajar,banyak rupanya yang saya tak tahu..semakin lama belajar,lagi banyak rupanya yang saya tak tahu..ambillah peluang hidup kita ini untuk mempelajari sunnah Nabi saw dengan berpandukan kitab-kitab ini..hadis-hadis inilah tinggalan Nabi saw pada kita,umat akhir zaman ini..setiap perlakuan kita seperti menguap,makan,tidur telah diajar oleh Nabi saw..Nabi telah mengaplikasikannya beribu tahun dahulu..

sekian coretan di pagi maulud Nabi saw..persiapan mental dan fizikal wajib dikukuhkan dari masa ke masa untuk menghadapi zaman ini yang penuh dengan dusta dan tipuan belaka..semoga Allah menetapkan hati-hati kita dengan sinar Islam-Nya..amin..

ada satu rancangan realiti di luar negara dalam mengingatkan manusia kepada sunnah Nabi saw..boleh jadi contoh pada stesyen tv di Malaysia..bukan hanya hiburan semata-mata tanpa pengisian..saya suka lagu tema program ini..laukana bainana..boleh dengar di instrument saya di sebelah kanan..disini ada maksud untuk lagu tema tersebut,saya ambil dari munsyid inteam..xdapat nak upload rancangan tersebut kerana masalah internet..maaf ya,sahabat-sahabat saya..

لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ

Kalaulah kekasih itu (Nabi) ada di sisi kita (zaman kita), …

لَدَنَى الْقَاصِي وَالْقَرِيبْ

… nescaya yang jauh dan dekat akan menghampiri…

مِن طَيْبَةَ قَبْلَ الْمَغِيبْ

… Thaybah (Madinah) sebelum kematian mereka.

طَالِبًا قُرْبَ الْحَبِيبْ

Demi memohon supaya didekatkan dengan Nabi.

بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيبْ

Dengan mendekatinya jiwa ini akan menjadi baik …

وَتَدْعُو اللهَ يُجِيبْ

… dan menyeru Allah supaya menjawab (baginya).

أَنوَارُ طَهَ لاَ تَغِيبْ

Segala cahaya Thoha (Nabi) itu tidak akan lenyap.

بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيبْ

Sampaikan kami bertemu dengannya wahai Maha Penerima doa.

فَذَكَّرُوا فِيَ الْحَبِيبْ

Maka ingatlah aku ini wahai kekasih (Nabi).

مُحمَّدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيبْ

Iaitu engkaulah wahai Muhammad yang memuliakan orang asing.

بِقُرْبِكَ الرُّوحُ تَطِيبْ

Dengan mendekatimu, roh ini akan menjadi baik.

يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينْ

Wahai rahmat ke seluruh alam


atau boleh download lagu tema program laukana bainana di sini...

laukana bainana habib

sekian untuk hari ini..selamat beramal...

p/s:sedang membaca sirah Nabi,Raheeq al-Makhtum karangan Syeikh Mubarakfury..

Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...