Skip to main content

~cahaya~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

assalamualaikum w.b.r

sihat semua sahabat2 saya?semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. dan jangan lupa update iman dan amal kita walaupun tengah sibuk final exam ni..selamat menjalani final exam untuk semua sahabat...

saya juga sedang menghadapi paper final..insyaAllah..tahun akhir hendaknya..sejurus habis paper first pagi tadi,saya ke kedai buku..pada saya,dengan melihat buku-buku sudah memberi inspirasi dan memberi sedikit ketenangan..alhamdulillah..

dan..yang paling saya gembira..saya dapat 1 buku baru..matahari..(*_+)..saya suka!!!hehe..

saya nak baca buku yang da lama saya tunggu2 ni..kenapa matahari?itu yang saya nak tau..setau saya,matahari memancarkan sinarnya untuk menerangi alam..jadi,dalam buku ini,apa kaitannya?

teringat nasyid cahaya oleh Rabbani..tapi ni cahaya Ilahi..entah kenapa saya rasa nasyid Rabbani banyak memberi keinsafan..mungkin ianya disampaikan atas dasar Islam dan iman serta dilagukan dari hati..


Indah Bintang Di Langit
Sejahteralah Bumi Nur Kasih Yang Terpancar
Kebesaran CiptaMu

Di Sini Ku Temui
CahayaMu Ilahi
Membuka Pintu Hati
Ke Jalan Kebenaran

CahayaMu Penuh Kemuliaan
CahayaMu Penuh Kasih Dan Sayang
Memimpin Kami Menjulang Panji
Berbalas Senyum Dalam Redha

Mengajar Ertinya Ketaqwaan
Mengajar Ertinya Ketabahan
Memutih Hati Yang Kian Rawan
Penawar Jiwa Yang Melara

Biarpun Mata Terpejam
Kasih Tetap Di Hati
Terukir Peribadi
Segirang Matahari
Memancar Hati Sanubariku Berseri
Menerangi

Tak Terputus Khalimah
Sekilasnya Cahaya
Segalanya Kudratku
DariMu.. Ya Allah
Memberi Jalan Yang Diredhai OlehMu
Penyuluh Di Malam Hari

satu sajak saya cipta semasa khusyuk memandang cahaya bulan yang penuh di langit gelap nan pekat pada 1 malam..kerana hakikat manusia yang perlukan Tuhan..dan pesona yang ada dari segi godaan yang mendatang serta pesona yang wujud dari kasih Ilahi itu sendiri..kerana itu,saya beri tajuknya..Pesona..

~Pesona~

memandang alam penuh misteri
ku terpaku sendiri
kapan ku akan pergi?
meninggalkan amalan dan doa anak soleh sebagai ganti

bila ku sedar diri diuji
tertunduk sedih ku meratapi
inikah pengakhiran nasib diri?
sampai kapan ia mahu ditanggungi?

penuh dada ku cuba isi
untuk melawan nafsu yang berdiri
namun x mampu ku turuti lagi
kepada Allah ku mohon jawapan pasti

Ku cari cahaya di celah-celah kabus pagi
sedang dunia memandangku penuh keji
lagaknya bagai sempurna segala sisi
namun ku masih tak henti mencari
hakikat diri yang tenggelam dek nafsu duniawi
kerna pesonanya memukau penuh warna warni

sujud bertafakur ku sendiri
saat alam sunyi sepi
kerna ku tahu Ilahi di sisi menemani
saat matahari tidur di paksi
ku serah diriku menuntut cinta hakiki
yang tak akan pudar walau tiada mentari lagi

~jangan pernah lupa mencari cahaya kebenaran dari Ilahi~

18/4/2011
2.30am
KBE

..kerana Allah tak pernah melupai hamba-hambaNya..

Comments

Popular posts from this blog

perjalanan

ku telusuri perjalanan panjang hidupku, pelbagai perkara datang dan pergi, semuanya menjadi kenangan yang manis juga pahit yang pastiku simpan dalam kotak kenangan lama sudah rasanya tak berkelana  menjenguk bumi Tuhan menjengah jejak-jejak pengajaran yang mungkin wujud pada satu-satu penciptaan Tuhan memujuk diri dengan kelana yang panjang sukar.. menjadi sabar dan redha tak sesukar mengungkapkan kata-kata suruhan  untuk berbuat demikian lantas aku sering berfikir apakah hikmah di balik tiap kejadian yang aku alami selalu buntu menemani diri akankah berulang? mungkinkah selamanya? sampai bila semua ini perlu berlaku? apa yang perlu aku lakukan? redhakah aku? sekuat mana aku boleh bersabar? kotak fikirku jadi tepu berlegar-legar mencari satu jawapan mungkin.. x seberat pada pandangan mata insan namun yang merasai terasa berat bebanan yang ditanggung namun kala hati dipujuk iman dengan kalam Tuhan saat e...

..........

terkadang, rasa derita itu terasa akan terus berpanjangan, tapi, bila kita beriman dengan Tuhan Semesta Alam, kita tahu,  semua yang berlaku itu ada sebab tersendiri.. tiadalah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia,  pada orang yang mahu berfikir.. selalu terjumpa ayat-ayat ini, dalam Al-Quran.. rasa terkilan, rasa menyesal, segala bagai perasaan yang menjerut hati.. jadi tenang, mungkin bukan sepenuhnya.. tapi,rasa tenang itu tetap ada.. kerana seorang Islam itu diajar untuk bersikap redha.. beriman dengan Qada' dan Qadar.. selalu, ada insan-insan yang terkesan memujuk hati.. mungkin bukan secara berhadapan, ataupun punya masalah yang kita sendiri tak tahu, apa masalah yang dia hadapi... tapi, kerana dia juga beriman, kami berkongsi solusi, atas dasar yang sama.. terkadang, kita rasa kita sudah cuba yang terbaik, tapi,tetap, ujian itu selalu ada.. untuk setiap hamba-hambaNya.. ketidakpastian itu, pasti akan ada...

~i'm the chosen one~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ alhamdulillah..it's the precious moments I've ever had besides it's improving my soft skills..I've got a lot of knowledge and friends during the program.. now,lets reveal the program..What is that program?actually, it is the program of young women engineers of IEM-UTM that launched in UTM..and of course,it's the first time launching in UTM.. the program consist of 3 section which every section have the activities from an experienced engineers..It was about the leadership,success and failure..The engineers are IR June Lau Yuk Ma and Dato' IR Hj. Ahmad Murad Hj. Omar..They're ex-UTM..Can you imagine how much happy I am to get know the successful persons and they're just in front of your eyes??speaking casually without formality??Wah!it's really the precious moments for me.. alhamdulillah..i'm the chosen one.. p/s:to be continued.. or you may click here for more information: nhmy wani .. on the road of success the...