بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
esok bersamaan 11 april genap sudah 25 tahun hidupnya dipinjamkan Allah..
buatnya yang saya sayangi..terima kasih kerana selalu meminjamkan bahu bila saya bercerita kisah sedih padanya..terima kasih kerana mengambil berat terhadap saya meskipun kadang-kadang saya sendiri tidak dapat membaca apa yang tersirat dalam hatinya..terima kasih kerana selalu menggembirakan saya..terima kasih kerana bertanggungjawab pada kami adik-adik..
ketahuilah..angah sangat menyayangi along..juga adik-adik..maafkan kami andai ada mengguris perasaan dan menyakitkan hati along..maafkan kami yang sentiasa menyusahkan along dengan peranan kakak sulung itu..
buat along yang saya sayangi..ketahuilah..kami menyayangi along hingga hujung nyawa kami..
nanti kita makan kek sama-sama ya along..
malam ni supper angah susu panas + madu je..kalau nak,kenalah datang sini..ingat kek ni lagi?nah,special untuk along..
~rindu zaman kekecik dulu saat masing-masing belum berpisah jauh-jauh gini~
5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya....
[Surah al-Hajj 22:5]
semoga amalmu seiring pertambahan usiamu
..yang menyayangimu kerana Allah jua..
B, kirim salam kat Along ye.. =)
ReplyDeletedone jah..hee..trima kasih..=D
ReplyDelete