Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

~salam ramadhan~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ~ elaika ~ bila buntu, ku ucapkan namaMu, bila gelisah, ku mohon padaMu, bila tenang dan senang, bukankah itu petanda Kau mengujiku? sungguh! limpah kurniaMu teramat luas untuk ku rasai Lihat pada alam Tuhan yang luas terbentang, terasa kerdil sebagai hamba yang selalu menentang ~by live your seoul ~ di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua atas segala salah dan silap saya..terima kasih untuk mereka yang sentiasa menemani dan mewarnai hidup saya..saya doakan kalian senantiasa dalam rahmat dan naungan Allah.. ..salam ramadhan dari saya.. ..mari kita kejar bulan penuh rahmat dan maghfirah ini..

~nota az-zahra'~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ assalamualaikum.. di rumah saya x astro..tapi bila berkesempatan menonton astro..tertekan pula channel baru..tv al hijrah..masyaAllah..pengisiannya, pada saya, patut dipuji..contohnya, laukana bainana..rancangan seperti itulah yang patut ditonton kerana saya melihat pada zaman serba canggih ini, manusia semakin hilang akhlaknya.. saya berkesempatan menonton nota az-zahra' tadi.. menitis air mata saya melihat kesungguhan seorang wanita ini..tak perlulah saya sebutkan namanya, kerana umum telah mengetahui perihal wanita ini..kesungguhannya membela nasib anak-anak malang itu membuatkan saya berfikir akan kehidupan saya selama ini.. katanya, "yang paling saya gembira, bila anak-anak saya khatam Quran" diterapkan anak-anaknya dengan ilmu dunia juga akhirat.. katanya lagi, "sayang anak dipukul-pukulkan, barulah menjadi insan berguna" keikhlasannya, kesabarannya dalam mendidik anak-anak yang langsung tiada pertalian darah dengannya, h...

~syukran~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ assalamualaikum.. pengkritik tetap,ini untuk kamu! =D.. trima kasih sudi baca tulisan-tulisan saya.. saya amat-amat menghargainya.. ..sila baca.. acapkali saya diagah dengan ideanya untuk menulis..tapi hari ini, saya ingin berleter berkenaan ujian.. semua berhadapan dengan ujian ini..ada yang besar, ada yang sederhana, ada yang kecil..namun itu semua mendekatkan kita pada Pencipta kita.. saya juga sedang menghadapinya..setiap hari.. tahukah kita, tanpa ujian, kita tak akan sedar sejauh mana kita mencintaiNya..betapa kasihNya Dia dengan kita.. tapi AWAS! jangan salah pilih pedoman untuk menyelesaikan ujian itu.. Kamu tau kan, kegetiran ujian itu mengajar kita bersabar, mendidik kita bertawakal, mengasuh kita bergantung harap denganNya..bukan dengan makhluk.. Nah! apa tunggu lagi.. Dia sentiasa membelai kita dengan usapan kasihNya..perlu apa lagi untuk menyandarkan bahu kamu kepada manusia? sandarkan harapan dan petunjuk kepadaNya sahaja.. Yakinlah..Dia...

~ucaplah alhamdulillah~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ salamun a'laik..apa khabar semua? setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza-beza untuk sesuatu situasi yang berlaku..namun, setiap situasi itu bukanlah diciptakan secara sia-sia..pasti punya alasan, sebab juga akibat untuk situasi itu..membaca fanzuru..saya didedahkan dengan cara berfikir secara 360 darjah dan secara 3D.. kadang-kadang, apa yang kita impikan x seperti apa yang kita bayangkan..kadang-kadang, langsung ianya tak pernah terlintas dalam akal fikiran kita..namun ketahuilah..apa yang Allah telah aturkan amat baik perancangannya daripada perancangan manusia.. nah!lalu apakah yang patut kita lakukan? ucapkanlah alhamdulillah!! teringat saya surah ar-Rahman..maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? nikmat iman dan Islam.. nikmat bernafas.. nikmat melihat.. nikmat berfikir.. maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..hanya kita sendiri bisa mencorakkan nikmat-nikmat yang diberi itu dengan sebaiknya.. Indahnya Islam.....

~sulit~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ kadang-kadang, hidup ini amat sulit untuk dimengertikan.. seperti kata mutiara bernilai ..kerana Tuhan bekerja dalam rahsia.. benar bukan? kadang-kadang, terasa hidup ini amat sukar untuk difahami..rencananya, kisahnya, watak-wataknya, semuanya dalam genggaman Yang Maha Esa..kita manusia yang diciptakan terbatas akal fikirnya.. kadang-kadang, hidup ini amat payah ditafsirkan..rancangan kita tidak sehebat rancangan Dia..penuh kisah kasih pada sesiapa yang mengerti kesahihan kalam-kalamNya.. kisah kita hanya Dia yang mengetahui..kerna kita berada di bawah naungan langit indah ciptaanNya.. kita bertuah berpijak di dunia ciptaanNya..kita beruntung menjadi hambaNya.. kadang-kadang..kesulitan itu akan menjadi indah bila kita sentiasa berpayung pada hujan rahmat dan salju kasihNya.. Kerja Allah tidak pernah rahsia bagi yang mahu memahaminya..~ Tn.Rohidzir Rais ~ ~bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan!~

~cetusan rasa~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ membaca karya Dr.MAZA seperti mengerti apa yang dirasai..pelbagai tafsiran saya dengar, baca dan lihat..keliru mungkin..Wallahua'lam.. seperti juga membaca coretan oleh Genta Rasa ..cukup lembut hatta berkesan untuk saya memahami maksudnya mungkin..Wallahua'lam..

~sediakah?~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ..assalamualaikum.. Ramadhan bakal menjelang..satu bulan saja lagi..bagaimana persiapan kita semua? mari kita banyakkan berpuasa di bulan Syaaban sebagai salah satu cara untuk kita membiasakan diri di bulan Ramadhan nanti.. saya nak kongsi satu jadual untuk bulan puasa nanti supaya masa kita nanti benar-benar terisi..insyaAllah..saya ambil dari productive Muslim.. productive Ramadhan so,let's plan our Ramadhan!! insyaAllah..